al-mukminah as-solehah




"diri kita ibarat intan berlian..lagi dijaga lagi disimpan rapi, lagi tinggi nilainya dan lagi
mahal harganya!Jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual di tepi-tepi jalanan....terdedah dan dipegang-pegang...akhirnya menjadi rosak dan basi!!
Duhai Muslimah, peliharalah aurat dan maruahmu...sayangilah dirimu kerna dirimu
amat berharga!!"


p/s: moga program Autumn Gathering di nagano esok hingga isnin depan berjalan lancar dan dimudahkan segala urusan kita di sana nanti..ameen^_^.....jumpe di sane er....sama-sama kita betulkan niat dan kompas kita agar kita sentiasa beroleh keredhaanNya dalam setiap amal kita..insyaAllah...yosh ikou!!=)

rintihan seorang hamba


ya Rabb...
satu-persatu daku lihat
daku dengar....
mula meninggalkan jalanMu ini
mula melangkah keluar
dari meneruskan perjuangan di jalan yang mulia ini...

ya Allah...
hati ini sedih...
sedih di kala melihat sahabat-sahabat yang turut sama
mengorak langkah ke jalan ini
sahabat yang turut sama mengucapkan syukur di kala sama-sama
merasai hidayahMu
suatu tika dulu...
kini tersungkur di pertengahan jalan...
namun..ya Rabbi
Kau bimbinglah mereka...lindungilah mereka
agar mereka sentiasa merasai tarbiyahMu
moga suatu hari nanti mereka dapat kembali
meneruskan perjuangan kekasihMu..

ya Rabb...
hati ini juga takut..
takut kiranya suatu hari nanti
diri ini juga turut berpatah balik
menyusuri jalan yang tika dulu pernahku telusuri
yang penuh dengan karat-karat jahiliyah...
takut kiranya daku tiada kekuatan
tiada kekuatan bagi menempuhi ujian-ujianMu suatu hari nanti
kerna itu...pimpinlah daku
bimbinglah daku agar daku tidak bisa kembali ke masa silamku..

ya Allah...
sesungguhnya diri ini mengerti..
bahawa Engkau sedang menguji..
sedang menguji hati-hati yang sedang berjuang di jalanMu ini..
semata untuk memilih
siapakah di antara hati-hati ini
yang sepenuh hatinya menyerahkan diri
demi mempertahankan agamaMu...
kerna itu mengingatkanku pada kisah jalut dan thalut...(al-baqarah:246-252)

ya Rabb...
tetapkanlah hati hambaMu ini
tetapkanlah hati-hati yang bersamaku ya Allah
agar kami terus istiqamah..
ikatkanlah hati-hati kami ya Rabbi

agar kami merasai kekuatan bagai sebuah bangunan yang kukuh..(as-saff:4)

agar kami terus tekad menyelusuri pahit manis bersama..
pahit manis sebuah jalan
yang bisa membawa kami
kepada pertemuan denganMu
yang bisa menjanjikan nikmat syurga
di akhirat kelak....

"Wahai jiwa yang tenang!Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurga-Ku."(Al-Fajr:27-30)

"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya yang (sebenar). Penuhkan piala hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Amiin."

Sejernih dan semurni air susu...


Di kala mata berpinar-pinar membaca nota dielectric yang penuh dengan kanji (japanese character) yang kebanyakannya sukar difahami, ditambah pula dengan jiten(electronic dictionary) saya yang tertinggal di rumah kakak 'L' di tokyo hampir 2 minggu yang lalu...syaitan dan nafsu mula menghasut diri,timbullah perasaan malas untuk meneruskan pembacaan. Iman saya diuji lagi dengan 'ketibaan' buku "The Kite Runner" karya Khaled Hosseini yang saya beli melalui internet beberapa hari lepas, pasti hati ini lagi tertarik untuk membaca novel yang sudah lama saya idamkan itu. Di saat membelek-belek novel tersebut,tetiba saya tersentak di kala terdengar DJ nasyid fm menyebut nama seseorang iaitu "Aimi Samihah binti Azuhan" yang menjadi tajuk berita utama akhbar berita harian pada hari ini. Bagi memastikan kesahihan berita tersebut,saya cuba melayari laman web bharian online dan alhamdulillah,sangkaan saya tepat sekali.
Nama yang dimaksudkan dalam berita tersebut adalah bekas senior sekolah saya (SMSTSSS a.k.a soksek) yang telah mencatat sejarah kerna bukan saja menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia kelas pertama, malah muncul penerima pertama Anugerah Lonza dari Imperial College London. Berita selanjutnya boleh klik di sini bharianorNST

~congratulations kak aimi!proud of you~

Apa yang ingin saya kongsikan di sini bukanlah tentang beliau, namun sesutu yang terkesan di hati lantaran kejayaan senior saya yang saya kagumi kerajinannya sejak dari alam persekolahan lagi. Lantas hati yang sedang di ambang kemalasan untuk membaca nota dielectric tadi terasa tercabar dengan kejayaan beliau dan perasaan malu(serta sedikit marah) dengan sikap diri sendiri yang tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Pernah dulu saya berazam untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik akademiknya dari seorang kafir, tetapi melihatkan diri sendiri yang sejak akhir-akhir ini semakin kurang bersemangat untuk belajar, timbul perasaan malu pada Dia yang Maha Mengetahui segala isi hati. Melihatkan kejayaan senior saya tersebut, saya kembali bermuhasabah....cuba memikirkan mengapa saya belajar? Apa tujuan saya belajar?Untuk apa dan siapa saya belajar sehingga berjaya menempatkan diri di salah sebuah universiti 'terkemuka' di jepun ini?
Sememangnya sebagai seorang muslim,saya membawa imej serta identiti seorang Muslim yang belajar.... tetapi, persoalannya,sudahkah saya melaksanakan tanggungjawab tersebut? Astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim...ighfirly ya Allah..ighfirly ya Allah!!Maafkanku ya Rabbi atas kelalaian hambaMu yang lemah ini.....
Alhamdulillah, tika hati sarat dengan perasaan bersalah dan sedih, petunjuk dr-Nya datang... kembali memujuk diri."La tahzan!"
Jazakillah buat kakak 'M' yang call saya (on the rite time) dan mengingatkan saya tentang "mengikhlaskan diri". Moga perkongsian berkenaan ikhlas ini dapat memberi manfaat kepada sahabat semua dan juga diri saya sendiri=)

"Ya Allah ya Rabbi,berilah aku niat yang baik, perbaguslah niatku, berilah aku niat yang ikhlas,ya Allah ya Tuhanku kurniakanlah keikhlasan dalam ku beribadah kepadaMu."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba-Nya.Ia tida diketahui malaikat, sehingga ia tiada kuasa menuliskannya. Tiada pula diketahui syaitan, sehingga ia tiada kuasa merosakkannya." -Al Junaid
Ikhlas merupakan rahsia yang hanya di ketahui pemiliknya dan Allah s.w.t semata. Maka, tatkala seorang hamba merasa ingin menangis dan hatinya berdetak kencang untuk melakukan ketaatan, itulah detik-detik munculnya keikhlasan. Jika semalam kita merasa menunaikan solat sesuatu yang membebankan, sehingga terasa ingin sahaja ditinggalkan. Tetapi keesokan harinya, kita merasa begitu tenang dan bahagia, malah walaupun terpaksa mengerjakan solat di tepi-tepi jalan, maka inilah tanda keihklasan! Tatkala orang memandang pelik ke arah kita lantaran pergerakan kita, namun yang ada dalam hati hanyalah 'solatku hanyalah untukMu, cukuplah Engkau sebagai saksiku'.

"Dan cukuplah Allah sebagai saksi..."(Al-Fath:28)

Mari sama-sama kita amati perumpamaan indah tentang keikhlasan yang Allah ceritakan dalam Al-Quran.
"Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya(berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya." (An-Nahl:66)
Allah mengatakan,"Bagi kalian dalam binatang ternak itu terdapat ibrah(pengajaran) yang menakjubkan." Cuba kita fikirkan apakah ibrah yang Allah maksudkan itu? Dalam ayat tersebut, Allah ceritakan air susu keluar dari binatang ternak, iaitu antara tahi dan darahnya.Dan air susu yang keluar itu bersih dan menyegarkan,mudah ditelan oleh peminumnya. Pernahkah kita memeras air susu, lalu ia tercampur dengan setitis darah? Tidak mungkin air susu itu tercampur dengan air seni bukan? kerna kita pasti tidak mahu meminumnya sekiranya ia bercampur dengan bahan lain...subhanAllah!indahnya ciptaan Allah.Renungkan bagaimana bersihnya air susu itu, begitu bersih, begitu murni. Sahabatku, begitulah juga dengan keikhlasan kita. Bagaimana bersihnya 'susu yang murni' (labanan khalishan), maka demikianlah juga ikhlas dalam beramal. Ia perlu bersih dari segala campuran. Malulah kita dengan Allah. Dia telah memberikan kita sesuatu yang murni, kenapa kita perlu memberiNya amal yang tercampur? Ikhlaskanlah hati kita. Bersihkanlah amal kita dari segala macam campuran...hanya untuk Dia yang SATU.

"Amal ini tidak untuk sesiapapun kecuali Engkau, ya Rabbi. Sejernih dan semurni air susu."
Ikhlas memang sesuatu yang sulit dan berat. Bayangkan, kita harus memurnikan semua sisa hidup kita dari segala campuran. Dari yang kita rahsiakan atau yang kita tampakkan, semata-mata ikhlas keranaNya.
Katakanlah:"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya, dan demikian itulah yang diperintahkan padaku...."'(Al-An'am:162-163)

Imam Sufyan Ats-Tsauri rahimallah pernah berkata,"Tidaklah aku mengubati sesuatu yang lebih berat dari niatku."Maksudnya sesuatu yang paling berat untuk diubati adalah qalbu(hati), kerna ia mudah berubah-ubah. Teringat saya kepada kata-kata seorang ustaz di sekolah dulu,"Penyakit yang paling sukar untuk diubati adalah penyakit HATI."
Dari hatilah juga datangnya niat. Jika hati itu bersih dan dekat dengan Penciptanya, maka lahirlah niat yang suci yang menzahirkan keikhlasan seseorang hamba dalam beramal.
"Sesungguhnya semua amal itu dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang ia niatkan. Barangsiapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu untuk Allah dan RasulNya. Dan barang siapa hijrahnya kerana dunia atau wanita, maka hijrahnya itu untuk apa yang ia berhijrah kerananya."(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabatku, marilah sama-sama kita memperhatikan dan memperbaharui niat dalam setiap amal kita. Kerna pintu gerbang keikhlasan adalah niat. Seorang salaf mengatakan, "Pelajarilah niat kalian, sebagaimana kalian belajar ilmu." Dalam menuntut ilmu, kita seharusnya memikirkan mengapa kita belajar!Kita mungkin menjawab,"Saya belajar agar tidak dimarahi orang tua...saya belajar untu berbakti kepada negara."Namun, cubalah untuk mengatakan,

"Saya akan belajar, kerana orang soleh tidak layak gagal. Sehingga saya tidak mencoreng muka orang mukmin nan soleh.."
"Saya akan belajar kerana sampai sekarang yang menokhdai dunia adalah orang kafir, orang fasik. Maka kini tiba giliran salah satu dari orang soleh memimpin dunia..."
"Saya akan belajar hingga saya memiliki kedudukan terhormat di kalangan masyarakat, lalu saya akan menyeru manusia kepada Allah s.w.t.."


Mungkin agak berat bagi kita untuk memikirkan niat kita menuntut ilmu sehingga ke tahap tersebut. Namun, kiranya hati kita hanya ada Allah, setiap ibadah hanya dilakukan keranaNya. Tidak rugi untuk kita berniat baik bagi setial amal kita terutama sekali ketika belajar kerna dengan niat itu, setiap goresan pena atau pandangan mata pada kitab(buku) akan menerima pahala. Indahnya agama ini, mengubah adat kebiasaan menjadi suatu ibadah. Kekadang selama 2 jam kita mentelaah, tiada satupun yang kita pelajari atau fahami, tetapi saat niat itu datang, lahirlah ikhlas, terbitlah redha, maka jadilah hati yang rajin...insyaAllah.
Marilah sama-sama kita pelajari niat!Kerna dengan niat datanglah keikhlasan. Dengan mengikhlaskan diri, maka bersihlah amal kita dari tercampur dengan 'bendasing' lain, saat itu jadilah amal kita sebersih dan semurni air susu.

p/s: untuk berbicara tentang ikhlas bukanlah suatu yang mudah dan memerlukan masa kerna ia suatu yang berat dan sulit....saya juga masih dalam proses memurnikan amal saya semurni air susu^_^...insyaAllah jika berkesempatan akan saya kongsi lagi di sini...
bagi yang belum menonton movie 'Sang Murabbi', saya syorkan sahabat semua menonton movie tersebut kerna dari situ saya terkesan dengan keikhlasan dan betapa dekatnya hubungan seorang daei dengan Penciptanya....wallahualam=)

Allah juga cemburu=)


Di dalam hidup ini, kita dikurniakan Allah s.w.t dengan pelbagai nikmat sebagai pelengkap kehidupan kita.Seorang ibu dikurniakan anak sebagai penyeri kehidupannya,seorang isteri dikurniakan suami sebagai rakan berkongsi hidupnya,manusia dengan makan yang cukup serta tidur yang lena.Allah limpahkan rahmatNya agar manusia itu tidak merasai kesusahan dalam kehidupannya.SubhanAllah..Allah itu Maha Pemurah kan?Tapi, malangnya ramai manusia yang terbuai-buai dengan nikmat kurniaan Allah itu sehingga hatinya hanya mengingati duniawi dan melupakan Ar-Rahim yang mengurniakan segala-galanya.Tidak malukah kita pada Allah yang berterusan memberikan `permata` kepada kita tetapi hati kita tidak mengingatiNya,tidak sujud dengan rendah hati mensyukuri nikmat kurniaanNya.Sebaliknya,kita mengagungkan insan yang bergelar manusia yang juga punya kelemahan seperti kita serta lena dibuai keindahan kehidupan dunia.Si kaya dengan hartanya,si couple dengan kekasihnya, si cantik dengan alat kosmetiknya,si kacak dengan perfume brandednya.

Hati juga merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah kepada manusia.Bayangkan sekiranya kita tidak mempunyai hati?Pasti kehidupan ini terasa kosong tanpa sebarang perasaan untuk merasai kasih sayang,menangis malah untuk marah sekalipun.Seorang hamba Allah yang bertaqwa pasti sentiasa menjaga hatinya agar bersih dari kotoran duniawi supaya dapat dia mendekati `kekasihnya` dengan hati yang hanya penuh dengan perasaan cinta padaNya.Namun,untuk menyatakan cinta pada Allah bukanlah sesuatu yang mudah kiranya amal perbuatan kita tidak setanding dengan perasaan cinta itu.Bagaimana mungkin seorang hamba mengaku cinta pada Allah sedangkan ia tidak cemburu apabila melanggar perintah Allah.Samalah juga bila ada yang mengaku mencintai seseorang tetapi tidak cemburu pabila kekasihnya dikacau orang lain malah turut menyakiti kekasihnya sendiri.
Sahabatku,Allah juga begitu.Allah juga pencemburu seperti kita.

"Sesungguhnya Allah cemburu dan seorang mukmin juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah jika seorang mukmin melakukan apa yang dilarang-Nya.” (HR. Bukhari Muslim).
Cemburu bila hamba-Nya justeru mengutamakan yang lain, selain-Nya. Cemburu bila hamba-Nya justeru mementingkan yang lain, selain-Nya. Cemburu bila hamba-Nya enggan dan malu melakukan sekadar bangun malam dan solat di sepertiga malam. Cemburu bila melihat hamba-Nya justeru lebih sering mengingat yang lain, selain-Nya. Cemburu bila mendapati hamba-Nya melakukan kemaksiatan di tengah limpahan nikmat dan kurnia-Nya. Cemburu bila mendapati hamba-Nya melanggar perintah-Nya. Hamba yang mencintai Allah juga akan cemburu sesuai kadar cinta yang ada pada dirinya. Jika rasa cemburu tidak tersisa dalam hati, bererti cinta telah pergi, sekalipun lisan seseorang mengaku cinta.

Allah cemburu pada hati manusia.Apa ertinya?Allah mencintai kalau hati seorang hamba terkait denganNya sendirian ketika ia sedang dalam keadaan taat.Tetapi kadang-kadang hamba itu tersibukkan oleh dunia, maka Allah mengambil dunia tersebut, agar ia hanya sibuk dengan urusan Allah sahaja dan bertawakkal padaNya.
「Lihatlah Nabi Ibrahim a.s saat tertarik pada nabi Ismail a.s.Nabi Ibrahim sangat menyayangi nabi Ismail sehinggakan Allah cemburu dengan nabi Ibrahim.Lalu Allah mengambil nabi Ismail dari tanganya.Dia memerintahkan padanya untuk menyembelih anaknya.Ketika ia meletakkan pisau di leher anaknya,yang ada di hatinya hanyalah kecintaan pada Allah.Begitu juga ketika nabi Yaakub a.s sangat tertarik pada nabi Yusuf a.s, sehingga kecintaan terhadap nabi Yusuf a.s memenuhi semua hidup dan hatinya.Maka Allah mengambil nabi Yusuf a.s selama 20 tahun, sehingga hatinya kembali dipenuhi cinta pada Allah.Setelah itu,Dia mengembalikan nabi Yusuf a.s padanya.」
Terkadang,begitu cintanya Allah pada kita, Dia mengambil semua "sebab" yang kita telah terbiasa dengannya.Seperti mereka yang dekat di hati, misalnya ahli keluarga kita atau bahkan sesuatu yang kita cintai. Ada yang meninggalkan tugas dan pekerjaan yang selama ini dilalui bersama, atau bahkan meninggal dunia. Dengan semua itu, seolah Allah ingin mengatakan kepada kita,
"Wahai hambaKu, Aku ingin engkau datang dan berlindung hanya kepadaKu."
Makna ini indah sekali.Ketika kita ditimpa musibah,kita sangat jauh dari Allah, sehingga kita terlebih dahulu meminta bantuan insan lain tanpa terus memohon pertolongan Allah. Allah cemburu kerna kita melupakanNya dan mendahulukan yang lain selainNya.Ketika kita dibuai-buai dengan nikmatNya,Allah turunkan ujianNya.TujuanNya hanyalah untuk kita kembali kepadaNya.Agar hati kita hanya mengingatiNya. Khadijah dan Abu Talib diwafatkan, agar Nabi s.a.w semakin bergantung kepada Allah s.w.t."Kau Muhammad, hanya perlu kembali kepada-Ku, kerana Aku telah mengambil semua sebab (kemenangan) bagimu."Ketika semua jalan tertutup,janganlah bersedih. Ketahuilah bahawa Allah menginginkan kita kembali padaNya hingga kita mengetahui Dia itu Al-Wakil. Peliharalah hati agar sentiasa bertasbih mengingatiNya.Ingatlah hati adalah raja kepada tubuh badan kita.Seluruh anggota mentaatinya,tidak menyalahinya.Jika ia menjadi raja yang baik,maka seluruh rakyat menjadi baik,sebaliknya jika ia menjadi raja yang rosak,maka rosaklah seluruh rakyatnya.
"...........Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya.Dan apabila rosak, rosaklah badan sekeliannya.Ketahuilah!Itulah HATI." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s:bagi yang sibuk menyiapkan jikken report and presentation mcm saya nih pun,ingatlah Allah itu cemburu bila mana kita sibuk dgn urusan kita sehingga melupakannya,misalnya melewatkan solat......insyaAllah nasihat ini kembali untuk diri ini juga=)

SHARING IS CARING,WE SHARE BECAUSE WE ARE MUSLIM UMMAH....^_^

warkah buat mama


mama.....
berada di jalan ini menuntut daku untuk berkorban
berkorban wang....
berkorban masa...
berkorban tenaga...
berkorban harta...
pengorbanan ku bukanlah atas paksaan
bukan juga atas pujukan insan lain
namun...atas kerelaan diriku sendiri
demi sesuatu yang jika ku ceritakan mungkin sukar untuk kau menerimanya
melihatkan anakmu yang masih muda...
padamu `kerja-kerja` ini hanya layak pada mereka yang berumur
pada mereka yang sudah bergelar `ustaz ustazah`...alim ulama`
tapi....itulah hakikatnya

mama...
setiap kali berbicara denganmu....
pasti hal itu yang kau bicarakan...

"duit ade lagi tak?"
"asyik keluar hujung minggu,belajar okay tak?"
"makan minum terjaga?"

daku faham perasaanmu mama..
seorang ibu yang risaukan anaknya..
yang terpisah beribu batu..
tapi...tiada lafaz yang mampu kukatakan...

"alhamdulillah...duit ade lg"
"alhamdulillah...kerja rumah dah disiapkan"
"alhamdulillah..semuanya serba mencukupi"


mama...
ada sesuatu yang terbuku di hati ini...
yang masih sukar untuk kuungkapkan
namun...hanya doa yang mampu ku panjatkan
moga Dia mengurniakan hidayahNya
moga Dia membukakan hatimu untuk memahami
untuk menyedari kemurniaan usaha yang sedang ku lakukan
kerna apa?...
kerna semua itu mampu menjawab segala persoalan yang bersarang di fikiranmu

mama...
ku sentiasa impikan....
moga kita sama-sama belayar dalam kapal yang sama...
sama-sama merasai pahit manis melayari bahtera ini..
sama-sama merasai nikmatnya SYURGA hadiah dari Ilahi...

di akhirat kelak....

mama...
ketahuilah....
tanpamu tak mungkin ku mampu sampai ke tahap ini...
selain Dia tempat ku mengadu...
kau jualah pengubat segala duka-lara ku..
TERIMA KASIH mama
ucapan sayang mungkin tidak pernah kuungkapkan...
tapi...ketahuilah mama..
I LOVE YOU so MUCH!!


curahan hati
-anakmu-
22 syawal 1429H,kamar 301

p/s:sayangilah dan hargailah ibu anda ketika hayatnya..=)



komik tariq ad-da`wa^_^




"Ingatlah, Allah tidak memberi kita air susu, kecuali jika susu tersebut bersih dan jernih. Apakah kita akan memberiNya amal yang tercampur?
-Amru khalid"

katakanlah:"Ini Jalanku.."



Assalamualaikum wbt....
"Katakanlah:Ini jalan(agama)ku.Aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata.Maha suci Allah s.wt.,dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf:108)"
Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.Jalan inilah juga yang dilalui oleh para daei dalam menegakkan ad-din di atas muka bumi ini.Namun,jalan ini tidak seperti jalan-jalan yang lain yang dihiasi dengan taman-taman nan indah,dihamparkan karpet-karpet merah dan diiringi dengan nyanyian mengasyikkan.Ternyata jalan ini tidak ditaburi bunga-bunga,tetapi merupakan satu jalan yang susah,panjang serta penuh dengan onak-duri.Kerana berada di jalan ini menuntut kita untuk memikul satu tugas yang berat iaitu menghapus yang batil dan menegakkan al-haq,mengembalikan manusia kepada ajaran Islam yang sebenar-sebenarnya kerna manusia tidak mungkin bahagia tanpa menjadikan Islam sebagai cara hidupnya.


Ingatlah sahabatku,seperit mana berada di jalan ini selalulah beringat tentang sabda Nabi s.a.w:"Ad-dunya mazra`tul akhirat".Dunia adalah ladang akhirat.Biarlah kita terpaksa bersusah memimpin manusia kembali ke jalanNya,namun ingatlah dunia hanyalah persinggahan kita,tempat untuk kita menyediakan bekal sebelum belayar menuju destinasi terakhir kita yang kekal abadi iaitu akhirat.Segala yang ada dalam kehidupan kita di dunia,semua nikmat,harta benda,kekuasaan,kesenangan dan kemewahan semuanya kecil belaka.Tiada satu pun yang dapat menandingi betapa besar balasan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa...yang pastinya balasan di akhirat nanti adalah syurga yang seluas langit dan bumi.Di dalamnya disediakan apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah telintas oleh fikiran.Dan kemuncak dari semua ini ialah `keredhaan Allah`.Di jalan ini,setinggi-tinggi hala tuju kita adalah Allah s.w.t.KepadaNya kita beriman,kepadaNya kita beribadah dengan sepenuh hati.Tidak ada sebab lain untuk melakukan semua ini melainkan semata-mata mencari keredhaanNya dalam dalam setiap usaha kita dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya dalam setiap kegiatan hidup kita dengan penuh keikhlasan serta benar-benar yakin bahawa di situlah terletaknya kebahagiaan yang sejati,hidayah hakiki dan kejayaan yang sebenar.Kerna redha Allah itu kemuncak segala usaha kita.
"Dan keredhaan Allah adalah lebih benar,itu adalah keberuntungan yang besar."
(At-taubah:72)



"Ya Allah ya Rabbi,ikatkanlah hati-hati kami yang berada di jalanMu ini agar kami terus tsabat dan sabar menghadapi mehnahMu dalam menegakkan deenMu atas muka bumi ini.
Amin ya rabbal a`lamin."