Istiqamah dalam mencintaiMu



Hati ini sering bertanya
Di mana Dia dalam hatiku?
Di mana Dia dalam amalku?
Di mana Dia dalam tawakalku?
Kadang hati ini pilu
pilu teramat sangat
Kadang hati ini malu
malu teramat sangat
Kerna hati ini tidak bisa setia dalam mencintaiNya
Kerna hati ini tidak bisa istiqamah dalam mendambakan kasihNya

Ighfirly ya Allah!Ighfirly ya Allah!
Tidak bisa hati ini meraih cintaMu
andai qalbi masih penuh noda duniawi
andai qalbi masih belum mengerti
erti KUSYUK dalam menyemai rindu padaMu

Letakkanlah dunia di tanganku, di genggamanku
dan bukan di hatiku..
agar hati ini bisa mengenang nikmat-nikmat kathirMu
agar hati ini bisa kembali istiqamah
ISTIQAMAH DALAM MENCINTAIMU
ISTIQAMAH DALAM BERMUJAHADAH
menegakkan kalimah LA`ILAHAILLALLAH
kerna telah ku berjanji atas kalimah itu
menjadi SAKSI AL-HAQ pada manusia sejagat!
kerna atas janji itu...
hati ini yakin akan pertemuan denganMu..ya Waduud~
"Thank you Allah...kerna dalam perjalanan yang panjang itu ku temui KEBENARAN dan CINTAMU"



....kerna kesucian cintaMu, hati ini bisa IKHLAS dalam MEMBERI......

Perginya seorang daei...


Bismillahirrahmanirrahim....


Kematian....
Tatkala ia datang
Itulah pengakhiran kehidupan di suatu alam
dan tatkala ia datang
bermulalah kehidupan di alam yang baru
suatu alam yang tiada siapa ketahui
pengakhirannya....
suatu INFINIT!!!
Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya....

Tersentak...Sedih...Takut..Insaf...
Bercampur baur perasaan hari ini. Pagi-pagi lagi saya search website TV9 untuk menonton rancangan berita siaran stesen televisyen tersebut. Hati tersentak lantaran berita yang disiarkan adalah berkaitan salah seorang ikhwah yang kemalangan jalan raya setelah baru sahaja 4 jam lepas selesai akad nikah, iaitu antara ibadah yang sangat dituntut dan juga menjadi kesukaan Rasulullah s.a.w. bagi umatnya, kejadian berlaku pada hari jumaat, penghulu segala hari . Kemudian, saya baca lagi berita di mailing list, disertakan sekali dengan gambar-gambar yang menyayat hati dan menginsafkan insan-insan yang melihat. "Innalillahiwainnailahiraji`un...."
Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,ia PASTI menemui kamu…”(Al-Jumu’ah:8)

‘Mahu tak kamu tahu apakah perkara yang menjadi pemutus kepada kelazatan dunia?’ Rasulullah pernah bertanya.

‘ Itulah dia mengingati mati..’

Walaupun saya tidak mengenali arwah akhi yang dimaksudkan, namun mungkin kerna atas fikrah yang sama, sedikit sebanyak turut menyentuh hati yang masih baru dalam lapangan dakwah ini.

Kematian datang tanpa kita mampu menjangka bila ia akan berkunjung, walaupun baru sahaja selesai menyarungkan cincin tanpa sempat majlis perkahwinan dilangsungkan. Itulah ketentuanNya. Kita hambaNya yang lemah ini tidak berkuasa untuk menghalang sebarang ketetapanNya. Yang pergi tetap pergi dan yang masih bernyawa perlu meneruskan perjuangan suci ini hingga saat Sang Pencipta memanggil kita pulang ke pangkuanNya.
Moga roh arwah serta kedua ibubapanya diberkatiNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di syurga kelak.

Buat para duat, sama-sama kita luruskan kembali niat, moga redhaNya serta kebahagiaan syurgaNya yang hakiki sentiasa menjadi impian kita sebagai puncak perjuangan kita menegakkan kembali al-haq di atas muka bumi ini.
"Seandainya dunia terjadinya perpisahan, moga di syurga kelak terjadinya pertemuan kembali."

Kadang kita leka mengejar dunia
hingga kita lupa untuk mendekatiNya
kita lupa untuk memohon ampun
atas dosa-dosa lalu
walaupun sesaat...walaupun seminit!
Namun, kematian juga tidak akan menunggu kita
walaupun SESAAT...!
Tiada apa yang mampu dilakukan
saat jasad dan ruh terpisah...
Banyakkanlah muhasabah
Banyakkanlah mengingati mati
Kerna dengan mengingati mati
Hati itu "HIDUP".....

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. "(Ali- 'Imran: 185).


"Ya Allah ya Rabbi, matikanlah kami dalam husnul khotimah"
sumber lain: berita harian

Hati Seorang Daei


Hati yang terluka
itu adalah kebiasaan baginya
kerna tidak semua akan menerima ajakannya
tidak semua akan suka akan ajarannya
itulah fitrah seorang daei.

Namun,
dia juga insan biasa
insan yang serba kekurangan
insan yang bisa menangis
tika kebenaran yang dibawa
ditolak bulat-bulat oleh masyarakat sekeliling..
Kenapa begitu sukar
untuk manusia menerima al-haq itu?
Kenapa al-batil tetap menjadi pilihan mereka?
walau berbuih sudah mulut menyatakan kebenaran!

Kerna itu adalah ketetapan Illahi..
tiada paksaan dalam menerima hidayah
lantaran ia adalah hak milik sang pencipta.

Seorang daei...
walau hatinya dihiris luka
dari kata-kata pedih manusia
dari reaksi yang mengharukan
Itulah hakikat yang harus diterima
Kerna dia hanyalah perantara
Kerna dia hanyalah penyebab
untuk hidayah Allah itu sampai
pada manusia yang terpilih...

Wahai insan yang bergelar pembela agama suci
Cerminlah dirimu...
andai kata hidayah itu sukar sampai pada insan di sekelilingmu
Reflekkanlah dirimu kembali..
adakah usahamu setimpal dengan apa yang diimpikan?
adakah hatimu cukup ikhlas dalam bekerja?
adakah redhaNya yang kau dambakan?
adakah cintaNya yang kau rindui?
andai cinta tanpa kusyuk ,
andai kasih tanpa redha,
andai sayang tanpa ikhlas,
keringlah hati sang pendamba cinta suci....
keringlah hati sang pembela agama suci....
kerna hati seorang daei itu...
memancarkan kelembutan jiwanya..
menjelmakan keikhlasan perjuangannya..

Teguhkanlah hatimu untuk terus berjuang
kerna ikhlas dan sabar itu kunci hati seorang daei.


Sabda Rasulullah S.A.W;
"Allah menjamin seseorang yang berjihad fi sabilillah, yang keluar dari rumahnya tiada yang lain hanyalah untuk berjihad fi sabilillah dan untuk membenarkan janjiNya bahawa Allah akan memasukkan dia ke dalam syurga atau mengembalikan dia ke rumahnya yang telah dia tinggalkan dengan membawa pahala atau ghanimah yang dia perolehi."(Hadith riwayat Bukhari, Muslim,Tirmidzi dan Malik)