tangisan hati seorang murabbi


tangisan hati seorang murabbi...
ada kalanya kerna gembira 
atas perubahan pada mutarabbinya...
ada kalanya kerna sedih
lantaran terguris...

beginilah agaknya perasaan seorang ibu
acapkali anaknya beroleh kejayaan
tangisan kesyukuran itu dipanjatkan
dan...
acapkali si anak meninggikan suaranya
rasa marah dihamburkan padanya
tanpa penuh simpati
astaghfirullah.....

dan itulah kebiasaan hati ibu yang mulia
biarlah dimarahi..
hatinya tetap tenang mendengar tanpa membalas

indah kiranya seorang murabbi itu
bisa tegar seperti itu
sabar dan terus sabar
terus melangkah dengan senyuman
biarpun disakiti mutarabbinya...

kerna dia yakin
tarbiyah itu satu proses
yang mungkin panjang dan sukar...
namun dengan tarbiyahlah dia beriman
mutarabbinya bisa menjadi LUAR BIASA dari biasa
bisa menjadi SESEORANG dari bukan siapa-siapa...

kerna di hatinya 
tersemat nilai TAQWAdan IKHLAS
senjata yang mampu mematahkan segala suara
yang bisa melemahkan himmah juangnya...


ampunilah khilafku ya Rabb
andai ia punca
hidayah lewat pada si dia...

sungguh Kau Maha Mengetahui kelemahanku
berhadapan dengan insan yang panas hatinya
sedangkan aku sensitif peribadinya
sedalam mana tergurisnya hati ini
akan ku telan biar jadi lumat

kerna  dia adalah sayangku
kerna dia adalah ratu hatiku
yang sedang ku gilap
agar dia menjadi permata buat dakwah ini
agar dia menjadi srikandi buat agama ini

tenangkanlah hatinya..........
kerna hanya Engkaulah Pemegang hati-hati kami...
Ighfirly ya Qayyum....Ighfirly ya Latif....Ighfirly ya `Aziz...

dan itulah TARBIYYAH darimu...
mengajarku dari titik kelemahanku....

Angan-angan dan azam


Bismillahirrahmanirrahim...

Bersama uswatun hasanah mengingatkan ana pada perjumpaan bulanan W yang pernah dibuat di bumi penuh kedamaian lagi kehijauan itu pada suatu tika dahulu. Perjumpaan yang pasti akan membasahkan hati yang kering dan rindu mendengar kata-kata manis yang keluar dari akhawat-akhawat yang ana sayangi. Kini, W tidak lagi berpeluang ke bumi penuh kedamaian itu.
Namun, Allah hadirkan permata-permata hati yang sangat junsui hatinya dari bumi tersebut. Alhamdulillah ana masih diberi keizinan untuk menjejakkan kaki ke sana.



Bersama mereka, seperti memberi kekuatan dan kata semangat buat diri ini walaupun ternyata tugas yang dipikul tidak semudah itu. Membina rijal-rijal!!.. dan bukannya membina rumah yang boleh sahaja roboh pada bila-bila masa. Namun, atas rasa cinta dan sayang yang Allah hadiahkan, semakin kuat dirasakan ikatan tali anugerah Illahi itu. Masing-masing ada karakternya. Melihat ke dalam diri mereka, mengingatkan ana pada diri ini ketika masih bertatih di jalan ini. Seperti ada cermin yang mereflekkan kembali zaman silam ana.

" Akak, saya takutla. Saya mempunyai azam yang sangat tinggi terhadap anak binaan saya. Kalau boleh saya nak diorang jadi orang yang sama-sama berjuang untuk agama ni. Tapi, saya risau kalau saya hanya memasang azam tapi tidak berjaya melaksanakannya.....seperti tidak membenarkan azam saya..."

Tergamam seketika tatkala seorang dari mereka meluahkan rasa di hatinya. Mungkin sedikit terkesan dengan pengisian yang disampaikan pada waktu itu. Jika diimbas kembali pengalaman dulu, boleh sahaja air mata berharga ini mengalir keluar, tapi di hadapan mereka ana kuatkan hati. Tidak akan sesekali kelemahan diri ini ditonjolkan di hadapan mereka.

Adik sayang,

Siddiq itu ada tingkatannya. Mempunyai azam yang tinggi dan penuh kebaikan itu satu yang baik. Tidak salah untuk dirimu memiliki tekad yang tinggi. Fitrah manusia, mengimpikan sesuatu yang belum tentu terjadi. Tapi, dengan usahamu untuk mencapai azammu, itu adalah yang terbaik walaupun mungkin ia belum tercapai seperti mana katamu "membenarkan azammu". Mungkin pada tahap sekarang, adik berada pada tingkatan siddiq dalam tekad/azam dan bukan lagi pada tingkatan siddiq menepati tekad. Allah tahu apa yang kamu usahakan ya dik. Jangan sampai rasa takut itu melemahkan tindakan dan usahamu.
Yakinlah, Allah itu Maha Adil dan menyukai hamba-hambaNya yang membenarkan janjiNya.


"Dan di antara orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur , dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya), agar Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan mengazab orang munafik jika Dia kehendaki, atau menerima taubat mereka. Sungguh Allah Maha Pengampun Maha Penyayang." (Al-Ahzab:23)

Seperti mana kata-kata Yahya bin Muaz;
 " Seseorang akan terus berlambat-lambat selagimana dia dibuai dengan angan-angan."


Angan-angan dan azam itu tidak sama ya dik. Jangan sampai azam kita hanya tinggal angan-angan kerna setiap orang yang menjadikan angan-angan sebagai pemandunya, sudah pasti langkahnya akan menjadi amat berat. Akhirnya dia hanya akan menemui fatamorgana yang memperdayakannya sahaja.
Tetapi seseorang yang tidak mempunyai angan-angan, iaitu seorang yang tinggi keazamannya, kita akan dapati dia sentiasa terkehadapan dalam setiap kebaikan selama-lamanya. Ha..bagaimana nak jadi macam ni?


Keazaman yang tinggi adalah teman kepada niat. Ingat lagi tingkatan siddiq sebelum azam? Niat kan. Siddiq dalam niat. Kerna itu kita perlu sentiasa bersihkan hati terlebih dahulu. Niat yang bersih dan ikhlas itu penting dalam berdakwah. Bagaimana kita dapat menyentuh hati manusia kiranya hati kita masih bercampur dengan keinginan dunia yang lain? Sesuatu usaha dakwah itu tidak akan berjaya kecuali apabila syaitan dan nafsu tidak mempunyai bahagian di dalam kontrak yang berlaku di antara seorang daei dan Tuhannya.
Mari kita teliti kata-kata Mutarrif bin Abdullah al-Shikhir al-Amiriyy, iaitu seorang tabiin dan anak kepada seorang sahabat yang masyur;


"Kebaikan amal adalah dengan sebab kebaikan hati. Kebaikan hati pula adalah dengan sebab kebaikan niat. Sesiapa yang suci, maka dia akan disucikan. Tetapi sesiapa yang mencampur adukkan, maka dia akan dicampuradukkan."


Keazaman yang tinggi itu mengekalkan kebersihan hati dan mengelakkannya daripada ditimpa sebarang perkara remeh, bahkan ia sentiasa disibukkan oleh perkara-perkara yang besar. Bahkan, keazaman yang tinggi juga dapat memelihara hati daripada terkena pelbagai jenis penyakit, keaiban serta panahan syaitan. Jadi, tak salah ya dik jika kita memiliki azam yang tinggi kerna ia dapat membersihkan hati kita. Tetapi, sebelum kita memasang azam yang lain lagi, muhasabah kembali niat kita untuk memikul tugas dakwah ini. InsyaAllah jika niat itu juga siddiq, maka adik tidak akan rasa berat dan takut untuk meneruskannya. Kerna itu niat di permulaan, iaitu permulaan yang betul itu perlu supaya kita bisa tsabbat di jalan ini. Bi iznillah.


"Hati umpama burung. Setiap kali meninggi, ia akan jauh daripada sebarang penyakit. Tetapi setiap kali merendah, dia akan diterpa pelbagai penyakit."-Ibn Qayyim

Indahnya kiranya hati kita juga bisa jadi seperti burung. Yang sentiasa terbang tinggi ke langit seperti mana keazaman yang tinggi. Yang bisa menjauhkan dari sebarang penyakit hati dan memiliki jiwa yang besar untuk sentiasa bersedia menanggung bebanan dakwah.
Jagalah hati kita ya dik kerna hati itu sentiasa berbolak-balik. Mohonlah pada Pembolak-balik hati, agar bisa hati kita ditetapkan di jalanNya.


Carilah keikhlasan pada hati yang suci dan tenang iaitu hati yang sentiasa mengingati Allah.


Ala bizikrillahi tatmainnal qulub....
"Ingatlah, dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."(Ar-rad:28)


Jadikanlah ia sebagai bekal, kerna ikhlas itu kunci hati seorang daei.