Tazkirah sebelum tidur: Saham seorang daei


Dari abu darda berkata;aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Barangsiapa melangkah kakinya ke suatu perjalanan menuntut ilmu,ALLAH akan menunjukkan baginya satu jalan dari jalan jalan menuju ke syurga,maksudnya bahawa kemahiran nya terhadap ilmu menjadi sebab baginya untuk memasuki syurga.
Para malaikat membentangkan sayap sayap kerana suka ke atas seorang yang menuntut ilmu.Para penghuni langit dan di bumi dan ikan ikan di laut,semuanya mendoakan keampunan bagi orang orang yang menuntut ilmu.Sesungguhnya kemuliaan seorang alim(org berilmu) ke atas seorang abid(ahli ibadah) adalah seperti kemuliaan bulan purnama ke atas bintang bintang.Dan sesungguhnya para ulama ialah pewaris para nabi.

Dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan harta pusaka seperti dinar atau dirham(harta kekayaan) kecuali ilmu pengetahuan.Oleh sebab itu,barangsiapa yang mencari harta pusaka ini,sesungguhnya dia telah menerima baginya kebaikan yang besar

(HR Abu Daud & Tirmidzi)

Tanpa ilmu siapalah seorang daei itu.
Ilmulah saham seorang daei dalam melaksanakan kerja dakwah.

Tanpa ilmu kata-kata seorang daei itu kosong.
Bagai buih di lautan yang sirna tanpa guna.

Dan dengan ilmu seorang daei itulah, manusia beramal.
Sehingga mampu mengislah dunia yang kian hanyut dalam kegelapan

Dengan ilmu akan membawa seorang daei itu kepada amal.
Dan dengan amallah akan membawa sorang daei kepada redha dan syurgaNya.

Moga cinta pada dakwah membawa cinta kita pada ilmu...begitu juga sebaliknya.............