Selamat Bermujahadah...




ربي زدني علماً وارزقني فهماً
Rabbi zidni ilma, warzuqni fahma
"Wahai tuhanku tambahkanlah kepadaku akan ilmu, dan kurniakan aku kefahaman."

"Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang kusyuk"(Al-baqarah:45)
Sahabat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama lemparkan persoalan kepada diri masing-masing, adakah kita telah bersungguh-sungguh dalam jihad ilmu ini sebagaimana Nabi Muhammad (saw) telah bersungguh-sungguh dalam menyampaikan amanah risalah? Dan adakah kita telah merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhan kita, sebagaimana Nabi Muhammad (saw) merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhan baginda?Renungkanlah...

"Ya Allah, bantulah kami dalam mujahadah kami dan tetapkanlah niat kami semata-mata keranaMu sebagaimana ikrar kami; sesungguhnya solat kami, ibadah kami, kehidupan kami dan kematian kami adalah semata-mata keranaMu, Tuhan sekelian alam."

Maa taufiq wannajah fil imtihan....

ikhlas dari,
FloWeRLoVeR^_^

my little cute Isya


Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Final lab presentation finished....
Lab report finished...
Semua telah selesai, dan kini tinggal final exam yang insyaAllah akan bermula next week.
Alhamdulillah...minggu-minggu yang penuh dengan ujian tetapi sarat dengan nikmat dan tarbiyyah dariNya.
Beberapa hari lepas, saya dapat berita gembira dari ibu...alhamdulillah my 1st sister is pregnant..bertambah satu lagi anak saudara...alhamdulilllah3x..
dan sehari selepas tu, saya call my second sis dan diceritakan pula tentang perkembangan anak saudara saya yang pertama yang semakin sihat dan aktif...katanya dah mula belajar nak berjalan...alhamdulillah3x...

Moga Isya menjadi seorang muslimah yang dapat berbakti untuk agamanya suatu hari nanti..insyaAllah...



isya semasa baru lahir...



isya 3 bulan yg lepas.....

isya dah makin chubby

miss her..

p/s: maaf entry kali ini tiada sebarang pengisian...insyaAllah nantikan entry yg terbaru nnti...
kepada sahabat-sahabat di jepun...selamat bermujahadah...bi taufiq wan najah fil imtihan!

Are you angry??




Marah....satu perasaan yang sangat sinonim dengan insan yang bergelar manusia. Pelikkan kiranya di alam ini ada manusia yang tidak pernah merasai perasaan marah?Marahnya kita kerna apa yang kita inginkan tidak dipenuhi oleh kedua ibubapa kita. Marahnya kita kerna orang mengatakan sesuatu yang tidak disukai kita. Marahnya kita kerna kouhai(junior) tak nak dengar cakap kita sebagai sempai(senior). Marahnya kita kerna tinggal dengan housemate yang agak kurang rajin yang menyebabkan kita sahaja yang perlu melakukan kerja rumah. Marahnya kita kerna orang tak nak mengikut ajakan kita ke arah kebaikan. Marahnya kita kerna partner jikken(lab) yang selalu membuli dan mempermainkan kita. Marahnya kita kerna sensei(lecturer) mentertawakan percakapan bahasa jepun kita.Marahnya kita kerna gagal lulus peperiksaan sedangkan kita telah berusaha siang dan malam!...Huh!Banyakkan sebab yang boleh menimbulkan kemarahan seseorang itu. Tapi, cuba kita fikir kembali.

Bagaimana perasaan marah itu boleh timbul?
Apa yang kita buat apabila timbul perasaan marah itu?
Adakah kita cuba mengawalnya atau membiarkannya menguasai kita?
Hinggakan semua percakapan kita ketika itu tanpa disedari telah menyakiti pihak yang lain?
Adakah kita rasa puas setelah melepaskan amarah kita pada si mangsa?


Tidak saya nafikan, apabila sesuatu yang bertentangan dengan kehendak kita terjadi, pasti hati mula berasa panas dan jika tidak dikawal sampai meluap-luap jadinya lantaran terlalu dilayan perasaan ketika itu. Sahabatku, hati seorang insan yang sentiasa bersabar akan ujian Allah dan sentiasa menerimanya dengan jiwa yang tenang tidak memerlukan perasaan marah ini dalam hidupnya. Kerna baginya marah itu tidak akan membawa sebarang keuntungan untuk dirinya bukan sahaja untuk di dunia bahkan di akhirat kelak. Apabila kita memarahi seseorang, kita bagaikan telah melayan nafsu dan membiarkannya menguasai diri kita sehinggakan kekadang orang yang sedang marah itu sendiri tidak menyedari kata-kata kasar yang telah dikeluarkannya yang mungkin telah menyakiti hati insan lain. Nah, di sini kita sendiri yang rugi. Menggandakan dosa sendiri yang sememangnya sudah menggunung...nauzubillah!
Apakah saat itu kita telah menguasai diri kita? atau membiarkan nafsu menguasai kita???

Hadith;"Seseorang yang dikatakan berkuasa adalah orang yang berjaya menguasai dirinya ketika marah."
Kemarahan sebenarnya melenyapkan sama sekali orang yang lemah iaitu orang yang lemah menguasai dirinya, lemah menghadapi kelakuan yang tenang, sekalipun dia orang yang gagah dan ditakuti. Kerna itulah rasulullah berpesan,"Janganlah marah"
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w:"Berilah wasiat kepada aku."Sahut Nabi;" Janganlah engkau marah." Kemudian ia mengulangi beberapa kali.Sabdanya; "Janganlah marah."(Riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa marah itu puncanya dari hati yang sedang bakar dengan hasutan syaitan. Dan kita mengetahui bahawa syaitan itu dijadikan Allah daripada api. Maka tiada lagi jalan terbaik untuk memadamkan api yang sedang membakar selain menggunakan air. Kerna itu Rasulullah s.a.w menganjurkan agar kita lantas mengambil wudhuk tika hati kita mula panas dengan api kemarahan. Tiada ruginya kita berwudhuk. Malah dengan berwudhuk juga kita dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita...bi iznillah!

Berkata Nabi Isa a.s kepada Nabi Yahya bin Zakaria a.s;
" Saya akan mengajar engkau satu ilmu yang berguna iaitu jangan engkau marah!"
"Bagaimana caranya supaya saya jangan marah?",tanya Nabi Yahya a.s.
Jawab Nabi Isa a.s:"Bila ada orang yang mengatakan tentang kesalahan engkau, maka katakanlah sememangnya dosa yang saya tidak ingat dan kerananya saya minta keampunan kepada Allah. Dan jika ada orang yang mengatakan satu yang tidak ada pada engkau, maka bersyukurlah pada Allah kerana dia telah membuat kebaikan kepada engkau dengan menghina engkau."

Imam Ghazali pernah berkata: "Kemarahan manusia bermacam-macam. Setengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Setengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Setengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yang terpuji."

Islam yang syumul mendidik kita dengan berakhlak mulia. Ketika inilah bergunanya sikap sabar. Sahabatku, marah itu berpunca dari nafsu kemarahan dan kemarahan itu sendiri merupakan satu-satu dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan. Maka, didiklah nafsu kita dengan sifat sabar ini. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang bersabar dan mengerjakan kebajikan. Ketiadaan marah adalah punca kepada akhlak yang mulia dan perangai yang baik dalam kehidupan seseorang. Berdiam diri itu juga adalah jalan terbaik untuk menahan hati yang sedang marah, tetapi janganlah diam kiranya kehormatan peribadi dan agama dihina dan diganggu musuh. Banyakkanlah istighfar, moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang telah lepas.
"Ada seorang yang datang kepada Rasulullah s.a.w dari pihak hadapannya lalu berkata;'Hai Rasulullah, apakah amal yang lebih utama?' Sabdanya;'Elok perangai'.Setelah itu ia datang dari pihak kirinya lalu berkata;'Hai Rasulullah!Apakah amal yang lebih utama?'Sabdanya;'Elok perangai'.Akhirnya ia datang dari pihak belakang Rasulullah, dan berkata:'Hai Rasulullah!Apakah amal yang lebih utama?' Maka bersabdalah baginda kepadanya; "Kenapa engkau tidak faham? Elok perangai itu ialah engkau tak usahlah marah jika engkau berupaya." (Hadith)



Dust is my bed




Kematian...
Setiap dari kita pasti akan menemui ajal suatu hari nanti.Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batasan.

"Katakanlah:Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Al-Jumu'ah:8)
Namun...
Berapa kali dalam sehari kita mengingati mati??
Berapa kali dalam sehari hati kita bergetar saat mengingati azab seksaan di neraka kelak??
Sahabatku..
Ingatkah kalian bahawa rasululullah s.a.w pernah bersabda:
“ Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya”. (Riwayat al-Bukhari dan muslim)
Renungkanlah kembali amalan sehari-hari kita...
Adakah amal baik kita semakin bertambah sehari-hari???
Jika sebaliknya..perbanyakkanlah amal ibadah kita di saat kita masih mampu bernafas..
kerna Allah berkuasa untuk menarik kembali ruh kurniaanNya bila-bila masa sahaja.
Sahabatku..
Lupakah kalian bahawa di akhirat kelak amal kita akan bertukar menjadi jasad??
Jasad yang berupa seekor ular yang besar kiranya amal buruk kita melebihi amal baik kita..hinggakan amal baik kita tidak mampu untuk membantu kita mengelak dari amal buruk kita sendiri...nauzubillahuminzalik!!
Astaghfirullah!Astaghfirullah!Astaghfirullah!
Bermuhasabahlah....
Dunia ini hanya sementara, yang kekal hanyalah kehidupan di akhirat kelak.
Jadikanlah dunia sebagai ladang kita menanam pohon-pohon yang subur yang bakal menjadi bekalan di akhirat kelak...
Semoga Allah menempatkan kita bersama ahli-ahli syurga di akhirat kelak.
Seindah mana kehidupan di dunia, ke tanah juga jasad kita akan dikembalikan....

just for you...GAZA

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight



Abu Hurairah RA reported, The Prophet sallalahu 'alaihi wassalam said:

"He who removes from a believer one of his difficulties of this world, Allah will remove one of his troubles on the Day of Resurrection; and he who finds relief for a hard-pressed person, Allah will make things easy for him on the Day of Resurrection; he who covers up (the faults and sins) of a Muslim, Allah will cover up (his faults and sins) in this world and in the Hereafter. Allah supports His slave as long as the slave is supportive of his brother…”
[Muslim]

ke mana hatiku???


hati ini...
pilu..pilu..pilu
entah kenapa ...
sejak kepulanganku
dari bumi yang penuh "keputihan" itu..
yang bagaikan bumi sang semut..

hati ini...
perit..perit..perit
menahan kesedihan di hati
yang bersarang lama..
hanya kerna sebuah "ikatan hati"
yang terluka..
lantaran sahabat
bagaikan semakin menjauhi..

hati ini..
sakit..sakit..sakit
dengan kepulangan hati yang sedikit terguris
kubaca...
kudengari..
kutatapi..
satu demi satu berita..
saudaraku diperlaku kejam
sekejam-kejamnya..
oleh zionis yang tidak berperikemanusiaan..
lantas
kupejamkan mata...
astaghfirullahalazim!!
di saat saudaraku di gaza bermati-matian
berjuang mempertahankan
bumi suci kepunyaan ummat ini
aku masih bersedih..
bersedih kepada perkara yang "kecil"
bagaikan kanak-kanak kecil yg hilang mainannya..
sebaliknya...seharusnya..
aku bersedih melihatkan
saudaraku di"sembelih" begitu sahaja
bagaikan binatang yang kelaparan!!
seharusnya aku contohi...
semangat saudaraku di sana yang kental melawan
tentera-tentera KUFFAR!!!

hati ini...
ke mana kau menghilang?
ke mana kau menyorokkan diri?
kembalilah..!!
kembalilah..!!
tiada guna kau bersedih atas
sesuatu perkara yang "kecil"
sedangkan sesuatu yang "besar" menantimu...
baikilah dirimu..
bersihkanlah HATImu..
kerna di situ terdapat matlamat hidup yang jelas...
kerna di situlah adanya kekuatan untukmu
menghadapi musuh-musuh agamamu..
sepertimana semangat yang dimiliki saudaramu di sana..
iaitu kepercayaan yang teguh terhadap Penciptamu
iaitu keyakinan yang utuh terhadap janji Tuhanmu..

hatiku...
buanglah kesedihan yang bersarang di dadamu..
kesedihan atas alasan "ikatan hati" terguris...
itu hanyalah mainan syaitan..
yang ingin menjauhkanmu
dari memikirkan masalah ummah
namun...
inilah yang dikatakan ujian dari rabbmu
sedarlah bahawa Dia sedang mentarbiyyah dirimu..
belajarlah "bersangka baik" wahai hati...
bersangka baik terhadap sahabatmu
dan yang lebih awla(utama)..
bersangka baiklah terhadap setiap ujian dariNya.......

"MAAFKANku palestina....atas kelalaianku..."


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. "(2:120)