saat hatiku diketuk....


Malam yang hening, kedengaran deraian gerimis menambahkan lagi kesejukan malam yang semakin melabuhkan tirainya.Saat itu terdetik hatiku untuk membuka 'KITAB'ku yang dalamnya tercatat pelbagai 'rahsia' Sang Khaliq yang tidak pernah ku tahu bahkan tidak ku pelajari tika di alam persekolahan dulu.........
Saat itu kelihatan "love letter" berwarna pink yang terselit kemas di ruangan berupa file kecil......perlahan-lahan ku buka isinya dan acap kali ku baca isinya, senyuman pasti terukir di bibirku, diikuti dengan kaca-kaca jernih yang berkumpul di kelopak mataku.....
masih segar di ingatanku saat pertama kali membaca warkah yang ku anggap sebagai "warkah cintaku" ini....deraian air mata yang mengalir laju ku biarkan....saat merasai kasih sayang seorang insan terhadap diriku yang serba kekurangan....hati yang penuh dengan kekotoran....jasad yang dipenuhi dengan palitan maksiat dan dosa........
"begitu mudah insan ini mengungkap sayang, sedangkan baru 2 atau 3 kali kami bersua".....fikirku.....saat itu...

my dear,
Thanks for coming. Cahaya Allah itu lebih menyinari dan lebih terserlah dari cahaya biasa yang tampak. Cahaya Allah itu datang hanya dari Allah. Cahaya Allah itu hanya dipunyai oleh mereka yang saling berkasih sayang bukan kerana nasab keturunan (darah daging). Dan ia juga bukan kerana kepentingan. Tapi mereka yang saling berkasih sayang, berukhuwah itu adalah mereka yang layak menerima dan berada di dalam cahaya Allah.
Dan SAYANG, golongan mereka berkasih sayang ini dicemburui oleh para nabi dan syuhada'.
Sayang,
Bersamalah kita membentuk diri yang ideal. Membentuk diri menjadi Peribadi/Individu Muslim melalui metod tarbiyyah yang tersusun ini. Ingatlah tarbiyah itu bukan segala-galanya tapi segala-galanya tidak boleh dicapai TANPA TARBIYAH. Pusat tarbiyah terpenting adalah usrah.

"usrah adalah nukleus kepada tarbiyah, dan tarbiyah itu adalah nukleus kepada dakwah....."


Thanks a lot my dear.

Love,
xxxxxx

Saat itu hatiku diketuk.....diriku "dirisik" demi melangkah ke sebuah alam yang penuh dengan rahmat dan kasih sayangNya...
Dan alhamdulillah hingga saat ini daku bersyukur , senang hati kerna dipertemukan dengan insan ini.....saban minggu kami "berdating".....saban waktu kami menyemai rasa sayang demi meraih sebuah CINTA yang AGUNG....cinta sang PENCIPTA...

"Ya Allah,
tetapkan hati kami berjuang di jalanMu..
rahmati kami meniti usia...
biarpun kami terpisah di alam nyata..

namun temukanlah kami di taman syurga.."


"ana uhibbuki fillah ya ukhti!"
-30 Dh-Qa'ida 1429H-


Busynye KITA.....


Bismillahirrahmanirrrahim.....

kisah ini telah diedit dan dipetik dari iluvislam.com

*****************************************************************************

Usrah, Meeting, Program dan...?

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."

"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!".
Tariq kaget. Tiada satu jawapan yang mampu ditulisnya dalam minit-minit terawal. Lebih jahat lagi Azazil menghasut:
"Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah."
Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi.
"Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq.
"Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya"
, jawab Pak Cik Murabbi.
"
Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya.
Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak."
Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Sebelum pulang sempat Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq hingga menampakkan susunan gigi-gigi putihnya. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.
"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."(Pepatah Arab)
***********************************************************************

Moga kisah tariq ini boleh dijadikan teladan buat kita pada masa kini dan akan datang. Allah s.w.t kurniakan kita sehari sebanyak 24jam...seharusnya seseorang yang tahu dan faham akan mengapa dan untuk siapa dia 'bekerja' serta matlamat hidupnya tidak akan menjadikan alasan kesibukan dakwah sebagai penghalang untuk berjaya dalam pelajaran...kerna setiap jam,setiap minit dan setiap saat tidak akan dibazirkannya...baginya masa itu sesuatu yang amat berharga dan terleka satu saat sekalipun merupakan suatu penyesalan baginya dalam mengawal nafsu duniawi...Namun, saya akui iman kita pasti ada naik dan turunnya. Belajarlah memelihara iman agar kesibukan itu mampu membuat kita mengukir senyuman bahagia tanda kita redha dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab itu.
kata-kata Hassan Al-Banna:" …kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada.”
Berusaha dan buat semampu mungkin kerna kita memikul banyak tanggungjawab. Tanggungjawab kita bukan sahaja meningkatkan iman, pelajaran, malah turut perlu menunaikan hak orang di sekeliling kita. Fahamilah tujuan kita dijadikan di atas bumi ini. Ibadah sahaja masih belum tentu menjanjikan syurga di akhirat kelak kiranya tujuan sebagai khalifah tidak disempurnakan.

Ingat lagi tentang kisah "ghulam dakwah"?Ghulam percaya akan ajaran rahib dan tahu bahawa ajaran rahib itu adalah benar serta mesti mengikuti pengajiannya. Tetapi, pada masa yang sama ghulam telah terikat dengan ahli sihir yang ingin mengajarkannya ilmu sihir. Begitulah juga dengan kita. Kita terikat dengan pihak kerajaan yang mengamanahkan kita untuk belajar di sini dengan bantuan scholarship yang diberikan, pihak universiti yang mahukan kita berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang dan sebagainya. Sebagai seorang mukmin, kita tidak boleh lari dari memungkiri janji begitu sahaja. Bukankah Islam mengajar kita untuk menunaikan amanah kita?

Ilmu tidak bermaksud menuntut secara formal bersama segulung ijazah semata-mata. Tetapi ia juga bermaksud apa sahaja yang berkaitan dengan pertambahan pengetahuan. Kemahiran membahagi masa juga merupakan salah satu ilmu yang sepatutnya kita perlajari dengan tekun, bukankah begitu? Malah pengisian yang kita perolehi ketika menghadiri program-program dan usrah juga merupakan satu ilmu. Luaskanlah skop pemikiran kita dalam pencarian ilmu.


Sahabatku...kiranya kita yakin akan 'jalan' yang kita pilih ini, sayangilah ia sebagaimana sayangnya kita pada dinulislam...kerna kiranya tersilap langkah, akan tercatat satu fitnah pada 'jalan ini' hinggakan perjuangan al-haq kita akan tercoreng lantaran kekhilafan kita menonjolkan kebenaran dan kemanisan dalam berada di 'jalan ini'.Jangan biarkan kemanisan berada dalam tarbiyah dipahitkan oleh kebatilan yang akhirnya mendatangkan pandangan serong manusia terhadap usaha-usaha murni kita ini. Yakinlah pada penolong kita yang SATU. Tetapkanlah hati kita akan janji-janjiNya. Sesungguhnya janjiNya suatu yang PASTI!
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong(agama)Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."(Muhammad:7)
*kata-kata dan tulisanku adalah satu nasihat sebagai pengingat diri lantaran kealpaanku dalam melaksanakan tanggungjawabku sebagai hambaMu...ighfirly ya Allah!ighfirly ya Allah*

Penghuni HUTAMAH




Gentar hati ini tika mendengar bagaimana gambarannya neraka hutamah itu.
"neraka hutamah gambarannya bagaikan sebuah 'rice cooker'....penghuninya akan ditempatkan dalam neraka yang tertutup seperti itu di mana api akan membakar hingga ke hati dalam keadaan penghuninya terikat pada satu tiang yang panjang...bayangkan jika kita berada dalam 'rice cooker' yang sedang dipanaskan...pasti kita akan menjerit kepanasan dan kesakitan sedangkan terkena wapnya sedikit pun kita sudah tidak mampu menahan kepanasan....begitulah hutamah!!.."
Siapakah penghuni neraka ini?
“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela,yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya,manusia mengira hartanya itu akan mengekalkannya.Sekali-kali tidak.Pasti dia akan dilemparkan ke dalam neraka hutamah.” (Al Humazah: 1~4)
Allah s.w.t telah berfirman bahawa neraka hutamah adalah hanya untuk dua golongan ini iaitu pengumpat dan pencela serta pengumpul harta yang tidak menggunakannya ke jalan yang diredhaiNya. Fitrah manusia, sesungguhnya kita amat lemah sekali, terutamanya dalam mengumpat dan mencela, mudah sekali kita tergelincir sebagai pengumpat dan pencela. Apabila timbul kesangsian dan perasaan tidak suka kepada seseorang, saya yakin pasti ramai yang tidak dapat menahan hatinya dari terus bekata-kata lalu terpancarlah ke mulut untuk berbicara mengenai seseorang itu, demi kepuasan hati kita sendiri. Tapi, itu bukanlah cara terbaik untuk kita mendamaikan atau memuaskan hati kita yang sarat dengan perasaan prasangka atau tidak suka itu.
"Wahai orang-orang yang beriman!Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang."(Al-Hujurat:12)
Adalah lebih baik kiranya kita husnuzon(bersangka baik) terhadap setiap perlakuan setiap sahabat dan teman kita walaupun kita tidak menyukai sikapnya kerna ingatlah sahabatku bahawa syaitan itu sentiasa akan berusaha untuk "mencucuk"hati-hati kita dari pelbagai arah malah kita juga tidak tahu dari mana pintu masuk syaitan. Janganlah kita menjadi seseorang yang mengapi-apikan lagi percakapan sahabat kita yang sedang mengumpat atau mencela seseorang yang lain kerna mendiamkan diri itu adalah jalan terbaik.
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah salahnya. Barangsiapa yang banyak salahnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

Biarpun ada di kalangan teman yang tidak menyukai kita dan sering berkata di belakang kita, bersabarlah. Tahanlah kata-kata kita dari berbicara sesuatu yang tidak akan mendatangkan manfaat sebaliknya hanya memuaskan nafsu semata. Biarlah orang mengumpat kita kerna ujian yang kita hadapi tidak sehebat Rasulullah s.a.w dan para sahabat ketika menyebarkan dakwah islamiyah ketika era penyebaran dakwah di Makkah suatu tika dulu. Baginda dicaci malah turut dihina. Namun, baginda dan para sahabat tetap bersabar atas keimanan mereka yang tinggi terhadap Allah s.w.t. Sahabatku,berdoalah moga Allah mengurniakan hidayahNya pada hati-hati mereka yang "terkunci" kerna Dialah yang memegang hati-hati kita dan ingatlah bahawa doa adalah senjata orang mukmin.

Manusia sering berbangga-bangga dengan harta, kekayaan yang dimilikinya serta kejayaan yang diperolehinya. Misalnya apabila membeli barangan baru, ditambah pula jika barangan tersebut berjenama dan mahal, pasti ingin ditunjukkan pada satu dunia tentang kemampuannya untuk memiliki barangan seumpama itu. Begitulah senario masyarakat kita sekarang. Tahniah saya ucapkan kepada pengasas hedonisme yang berjaya membuatkan manusia kemaruk dengan falsafahnya yang mana berseronok dan kemewahan adalah matlamat hidup mereka!!Tapi, lupakah kita bahawa semua itu adalah milik Allah.Ya, milik Allah!!Semua yang kita miliki di dunia adalah pinjamanNya. Kekayaan, kebahagiaan, kejayaan...semuanya adalah pinjaman dariNya. Ingatlah tanpa pertolongan Allah kita tidak akan mampu memiliki semua itu.
Tahukah kita apakah pinjaman Allah yang terbaik?
"Wahai orang-orang yang beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(Iaitu)kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."(As-saff-10~11)
Dalam hidup ini, Allah kurniakan kita keluarga, tubuh badan yang sihat dan akal yang cerdas sebagai PINJAMAN. Dan Dia jadikan ilmu pengetahuan serta kebijaksanaan sebagai MODAL. Kedua-duanya adalah untuk kita gunakan dalam perdagangan atau perniagaan kita ketika di dunia. Tapi, PERDAGANGAN yang bagaimana?Iaitu kita beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya dengan PINJAMAN dan MODAL yang dikurniakanNya. Apakah pula KEUNTUNGAN dari PERDAGANGAN ini? Begitulah yang dijanjikanNya kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa iaitu keuntungan SYURGA di akhirat kelak.
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah,sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjiNya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."(At-Taubah:111)
Dalam perniagaan atau jual beli, pasti ada pembeli dan penjualnya. Jika barang yang ingin dibeli itu suatu yang berkualiti, sudah tentu si penjual akan menjualnya dengan harga yang mahal menandakan pembeli perlu membayar dengan harga yang tinggi setanding dengan kualiti barang tersebut. Begitulah juga Allah. Dia melaksanakan jual beli dengan hambaNya. Jadi, jika kita ingin menjadi penghuni syurga di akhirat kelak bagaimana kita akan memperolehinya kiranya amalan kita tidak setanding dengan pemberian Allah itu?

Banyak kisah para sahabat zaman rasulullah s.a.w dulu yang boleh kita contohi melalui sifat zuhud yang dimiliki mereka. Saya ingin ceritakan sedikit mengenai seorang sahabat iaitu Abu ad-Darda. Pada zaman pemerintahan al-Farouq r.a, beliau ingin melantik Abu ad-Darda sebagai petugasnya di Syam, tetapi beliau menolak. Maka Umar mendesaknya dengan sungguh-sungguh. Akhirnya Abu ad-Darda berkata:
"Jika kamu setuju saya ke sana untuk mengajarkan mereka Al-Quran, Sunnah Nabi dan mengimamkan solat mereka, saya akan pergi."
Umar r.a setuju dengan cadangan itu.
Abu ad-Darda pun bertolak ke Damsyiq. Apabila sampai di sana, beliau mendapati manusia telah bergelumang dengan kemewahan. Mereka tenggelam dalam kenikmatan.Suasana itu mengejutkan beliau. Beliau lantas mengajak orang ramai berkumpul di masjid. Setelah orang ramai berkumpul, beliau bangun berucap;

"Wahai penduduk Damsyiq, kamu semua adalah saudara seagama, jiran tetangga dan penolong melawan musuh."
"Wahai penduduk Damsyiq, apakah yang menghalang kamu daripada mengasihi dan menerima nasihat saya. Padahal saya tidak menuntut apa-apa daripada kamu. Nasihat saya adalah untuk kamu sedangkah nafkah saya bukan kamu yang tanggung."

"Kenapa saya lihat para ulama kamu telah meninggal dunia, namun orang yang jahil masih tidak belajar?...Saya juga lihat kamu bersungguh-sungguh mengejar perkara yang Allah telah jamin untuk kamu, sebaliknya kamu meninggalkan perkara yang diperintahkan kepada kamu?!

"Kenapa saya lihat kamu mengumpul harta yang kamu tidak makan?!

"Kamu membina bangunan yang tidak kamu diami?!

"Kamu berangan-angan perkara yang kamu tidak boleh sampai kepadanya?!!
"Sesungguhnya umat sebelum kamu telahpun mengumpul harta dan berangan-angan...Tetapi sekejap sahaja, harta yang mereka kumpulkan itu menjadi hancur dan musnah...Angan-angan mereka cuma tipu daya semata-mata...Dan kediaman mereka menjadi kubur....."

"Wahai penduduk Damsyiq, perhatikan kaum 'Aad. Mereka telah memenuhi bumi ini dengan harta dan anak pinak...Tapi, pada hari ini, siapakah yang mahu membeli peninggalan 'Aad daripada saya dengan harga 2 dirham??"


Abu ad-Darda memperingatkan mereka dengan penuh perasaan. Orang ramai mula menangis sehingga suara tangisan dapat didengari dari luar masjid. Semenjak hari tu, Abu ad-Darda berulang-alik ke perhimpunan orang ramai dan menjelajah ke serata pasar mereka. Beliau menunaikan hajat mereka yang meminta, mengajar mereka yang jahil dan memperingatkan mereka yang lalai. Beliau merebut setiap peluang dan memanfaatkan setiap keraian untuk tujuan tersebut.
************************************
Jika kita telusuri sejarah Islam, golongan as-sabighun al-awwalun atau golongan awal yang memeluk Islam begitu merasai dan menghargai syahadah. Kerna itu mudah bagi mereka merasai bahawa harta kekayaan mereka, semuanya adalah milik Allah s.w.t semata dan sering merasakan bahawa dunia hanyalah pinjaman dari Allah s.w.t.
"Apabila seseorang itu sedar tujuan hidupnya di atas muka bumi ini hanyalah sebagai hamba Allah, akan terdetik di hatinya bahawa semua yang dimilikinya adalah pinjaman semata dari Allah s.w.t"
Seperti apakah neraka hutamah itu?
“Api (azab) Allah yang dinyalakan,yang membakar sampai ke hati, sungguh api itu ditutup rapat di atas diri mereka, sedang mereka diikat pada tiang yang panjang.” (Al Humazah: 6~8)

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t mengingatkan kita tentang "azabNya yang dinyalakan". Azab itu bukan hanya diberikan kelak di akhirat nanti bahkan sejak di dunia lagi, orang yang termasuk golongan penghuni hutamah ini telah mendapat azab. Lihatlah orang yang kikir dan baghil. Mereka sentiasa merasakan hartanya mampu menjamin hidupnya, tetapi enggan memberi sebahagian hartanya untuk fakir miskin. Allah telah tampakkan azab dunia sebagai mana firmanNya, "hidupnya tidak tenteram, selalu takut akan berkurang hartanya, ke mana-mana berselisih tentang harta, banyak menzalimi orang sehingga hatinya terasa terbakar.Bahkan Allah menutup rapat api itu atas diri mereka, maksudnya hidupnya penuh dengan masalah, jarang sekali hatinya merasai ketenangan, sehingga apa-apa yang dilakukan mengiring mereka kepada azab Allah s.w.t."Nauzubillahuminzalik....moga kita dijauhkan dari tergolong dalam golongan seperti ini.

Sahabatku, Allah mengajar kita supaya berakhlak mulia kerna itulah cermin kepada kebenaran yang dibawa agama ini. Bahkan "sesungguhnya rasulullah s.a.w diutuskan kerana akhlak baginda."Justeru itu, jauhkanlah diri kita dari tergolong dalam dua golongan tersebut, sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al-Humazah ayat 1~4. Mahupun mengumpat dan mencela serta menghitung-hitung harta yang dimiliki bukanlah amalan yang mampu membawa kita kepada kebahagiaan yang hakiki. Kerna kebahagiaan yang hakiki hanya layak dirasai bagi jiwa-jiwa yang tenang. Ingatlah, sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

“Wahai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintah” (At-Tahrim: 6)
*video selingan....insyaAllah sama-sama kita bermuhasabah kembali=)


Rehlah ALAMi....



di bawah sinaran sang mentari...
berpayungkan kebiruan sang langit..

berteduhkan rimbunan dedaun menghijau..
nyaman...tenang....aman...
di setiap sudut manusia berkumpul
yang bermain, berlari penuh keriangan
yang berBBQ penuh keseronokan
terpancar sinaran kebahagiaan di setiap wajah-wajah mereka...
di saat itu terdetik di hatiku...
"indahNya ciptaanMu...sunguh besar nikmatMu...
sungguh tidak Engkau jadikan semua ini sia-sia...
hinggakan dalam satu taman yang cukup indah ini..
manusia mampu melakukan pelbagai perkara...
mampu tersenyum riang bagaikan tiada masalah untuk dirungsingkan... Namun....indah lagi kiranya semua manusia yang berada di sini...
juga seorang muslim...tahu bahawa nikmat-nikmat ini adalah pemberianMu..
turut sama merasai ketenangan seperti mana yang 'kami' di sini rasai
bertunjangkan kepercayaan yang satu..ad-dinulIslam!
ya Allah...kerdilnya diriku dibandingkan dengan nikmatMu yang tidak terbilang ini.. kerdilnya diriku yang saban hari penuh dengan palitan dosa....
mampukah diriku...
mengotakan janji-janjiku...
membimbing manusia-manusia ini kembali ke jalanMu...???(T_T)............"


'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi orang yang berakal,(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata),"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka."..'(Al-Imran:190~191)


久宝寺公園(osaka kyuhouji park )


"Let yesterday be history,tomorrow a mystery and today as a gift...appreciate it!"
jazakallahukhair dear sisters for unforgetable weekend......



sweetnye ALLAH...


SWEETnye ALLAH....
tika hambaNya leka dengan nikmat dunia
Dia sedarkan hambaNya akan tipu duniawi
tika hambaNya lena dibuai mimpi indah
Dia kejutkan hambaNya hanya semata untuk bangun sujud padaNya
tika hambaNya penuh dikotori sarang maksiat
Dia sentuh hati hambaNya demi menyucikan hati hambaNya
tika hambaNya bersedih dengan kehidupannya
Dia hilangkan kesedihan itu dengan hanya berkata dirinya tidak sendirian
tika hambaNya futur dalam melaksanakan tanggungjawabnya
Dia tiupkan ketabahan ke dalam jiwa hambaNya
tika hambaNya mengkhianati janji-janjiNya
Dia hadirkan hidayahNya...nurNya...tarbiyahNya...
semata untuk menyedarkan hambaNya
akan sayangNya Dia pada hambaNya
akan rinduNya Dia pada hambaNya...

SWEETnye ALLAH...
walaupun hambaNya sedikit pun tidak mengingatiNya
walaupun hambaNya alpa akan tujuan sebenar hidupnya di atas muka bumi ini
Dia tidak membiarkan syaitan dan nafsu menjadi raja
pada ciptaanNya yang bergelar "manusia"!
SayangNya ALLAH pada KITA
RinduNya ALLAH pada KITA
tapi sayang sekali...sedikit sekali dari KITA yang bersyukur
sedikit sekali yang menyedari
bahawa kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya...
Subhanallah....SWEETnye ALLAH!!!!!



Autumn Gathering'08:Sebuah coretan...


“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu (syar’i), Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” [Hadis Sahih, Riwayat Imam Muslim]

'Tika kaki mula melangkah, hati yang pada awalnya terasa berat untuk mengatur langkah mula merasai kerinduan untuk bertemu sahabat-sahabat yang sekian lama tidak ditemui. Begitulah fitrah manusia, pasti akan terdetik rasa malas dalam diri tika ingin meninggalkan kediaman yang menjanjikan katil yang empuk, rancangan tv yang best-best dan makanan yang sedap-sedap! Namun Allah itu Maha Pengasih. Dia tidak akan menyiakan usaha hambaNya yang membuka langkah meniti satu jalan bagi menuntut ilmu serta semata-mata untuk memperoleh keredhaanNya. Pengorbanan dan kesusahan yang dihadapi semata-mata untuk sampai ke sini jangan dibiarkan hanya tinggal kepenatan. InsyaAllah jika diniatkan "Lillahitaala",kita akan dapat lebih dari apa yang kita inginkan.Marilah sama-sama kita betulkan niat kita sebelum semuanya bermula di sini....'
Muqadimah yang ringkas namun sarat dengan pengertian yang rata-rata terkesan di hati setiap para peserta Autumn Gathering kali ini. Ternyata masing-masing mula membetulkan niat.

************************************
Kemanisan ukhuwah mula dirasai tika ice breaking games bermula. Setiap peserta diberikan sekeping kertas dan perlu menulis ciri-ciri fizikal mengenai diri sendiri tanpa menulis nama sebenar. Kertas-kertas mula bertukar tangan dan setiap peserta akan menerima kertas yang ditulis oleh peserta lain dan perlu mencari siapa gerangan yang menulis itu.....Dalam slot ini saya ingin berkongsi tentang tuan punya kertas yang saya miliki....
Mulanya,ingatkan saya ni 'quite lucky' sebab dapat kertas yang tertulis nama tuan punya kertas. Tapi, bila mula mencari-cari orang yang bernama "munirah" ni, tiada siapa yang kenal.Saya tengokla pulak hint kedua...hmm pakai beg pink????Tika saya mula nak mencari, tiba-tiba nampakla seseorang nih tengah pegang beg die, maybe nak keluarkan sesuatu dari begnya.
"Haaa....awak munirah kan?"tanya saya.
"Eh....takla,nama saya bukan munirahla."jawab dia.
Saya mencuba nasib dengan menunjukkan kertas itu padanya.
"Nih awak punye kan?"
"Hehe...aa sayala tuh.Tapi,nama saya mimi...senpai yang panggil saya munirah sebab katanya sekali tengok muka saya macam sesuai dengan nama munirah..huhu."
Kami tertawa dan meneruskan perbualan.....Seronok juga bila mengingatkan kembali saat-saat berkenalan dengan adik mimi ni. Banyak persamaan yang kami miliki.Semestinya yang menarik hati...saya suka bunga dan dia pun suka bunga^_^...Subhanallah indahnya percaturan Allah....

**********************************
REAL MUSLIMAH vs FAKE MUSLIMAH

Seorang muslimah berbeza dengan wanita-wanita biasa kerna dia memiliki konsep hidup yang jelas. Berimannya dia kepada Allah merupakan suatu matlamat, Al-Quran dan As-sunnah adalah panduan hidupnya dan akhirat itu destinasi terakhir perjalanan hidupnya.Setiap amalnya adalah kerana Penciptanya dan bukannya kerana komuniti yang menilai dirinya dari segi caranya berfesyen dan sebagainya. Yang penting jika itu yang disukai Penciptanya maka itulah yang akan dilaksanakannya. Seorang muslimah tidak akan menggayakan sesuatu pakaian misalnya, hanya kerana mementingkan pandangan komuniti atau masyarakat. Tetapi pada muslimah, pandangan Allah itu adalah sebaik-baik penilaian. Jika dilihat kembali video tadi, pasti kita dapat menilai who is the real and who is the fake muslimah? Secara peribadi, perbezaan pendapat ini berlaku adalah disebabkan kefahaman seseorang dalam memahami ad-deennya.Jika kaitannya adalah kefahaman maka puncanya tentulah kembali kepada HATI.
Dari seorang wanita biasa atau wanita "bebas" kepada perubahan menjadi seorang muslimah sukar untuk dikecap sekiranya tiada pentarbiyahan yang berterusan. Maka untuk menjadi seorang muslimah atau individu muslim itu sendiri, perlunya kita untuk berada dalam sistem tarbiyah kerna dalam sistem ini seseorang itu akan berada dalam suasana yang terpelihara dan saling memberikan pengaruh yang positif serta menguatkan potensi "islah"(pembaikan). Jika dilihat kepada definisi tarbiyah itu sendiri, tarbiyah merupakan satu proses pendidikan yang mempunyai sentuhan pembinaan bersifat individu,adanya perhatian, adanya pengarahan, adanya potensi diri yang optimum serta adanya evaluasi terhadap proses dan hasil yang merangkumi hati, akal,dan jasad unuk meningkatkan potensi bagi melaksanakan khalifah dan ibadah kerana Allah s.w.t(2 tujuan manusia dijadikan atas muka bumi ini, boleh rujuk 2:30 dan 51:56).
Wasilah(cara) tarbiyah yang paling berkesan adalah dalam manhaj(sistem) keluarga atau dikenali sebagai "usrah". Namun sistem usrah yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti sistem keluarga kita sekarang iaitu sistem yang terbentuk atas pertalian darah, tetapi "usrah" yang dimaksudkan di sini adalah sistem yang terdiri daripada murabbi iaitu naqib/naqibah yang mampu mendidik mutarabbinya(anak-anak usrah) dalam biah(surrounding) soleh/solehah. Mengapa kita perlu berada dalam tarbiyah? Jika kita seorang yang peka dengan perkembangan semasa melihatkan perkembangan sekularisme yang bersungguh-sungguh ingin memisahkan agama dari sistem kehidupan manusia, pasti terdetik kerisauan di dalam hati memikirkan nasib generasi muslim akan datang yang mungkin salah seorangnya adalah dari zuriat kita sendiri. Maka, bagi mempersiapkan generasi muslim akan datang yang soleh dan solehah, siapa lagi kalau bukan kita yang perlu berusaha membentuk diri menjadi individu muslim dan the "real muslimah". Ibu adalah madrasah pertama untuk membentuk generasi muda, bukan guru dan bukan sesiapapun......
"Sebagaimana Kami telah mengutuskan seorang Rasul(Muhammad) dari (kalangan ) kamu, yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu, menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Kitab(Al-Quran) dan Hikmah(Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui."(Al-baqarah:151)
Alhamdulillah....ini adalah sebahagian dari isi pengisian yang dapat saya coretkan untuk dikongsikan bersama. Moga bermanfaat untuk diri saya dan sahabat semua....

***********************************
Hati dan akal telah terisi, tetapi tidak cukup "seimbang" kiranya jasad tidak 'diaktifkan'. Explorace games dan Malam kebudayaan yang saya rasakan cukup menarik kerna dalam program-program lepas aktiviti-aktiviti seperti ini tidak diadakan. Ukhuwah sesama kami begitu teruji dalam kedua-dua aktiviti ini yang mana memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulan dan kesepaduan hati dalam sama-sama mencapai misi yang dituju. Kelakar rasanya pabila mengenangkan aksi di satu check point yang mana memerlukan kami semua untuk membuat "tarian poco-poco" secara serentak sesama ahli dalam satu kumpulan. Dari yang tidak pandai menari terus jadi pandai semata-mata untuk membantu team masing-masing mara ke check point seterusnya. Yang pastinya dalam setiap perlawanan pasti ada yang menang dan yang kalah. Itulah sunnatullah. Kita sebagai hamba perlu redha dan bersangka baik dengan setiap ketetapanNya.
Special dedication to Asma team: "Even we`re the 1st to arrived at almost of the checkpoint, but unfortunately we`re the 1st to be knocked out of the game....heehe....redhalah dengan ketentuanNya...mungkin bukan rezeki kita..... kita gambare lagi next time er..insyaAllah jumpe lagi di program akan datang...Asma go!go!^_^"

Nyanyian lagu tema "Puteriku Sayang" secara beramai-ramai sambil semua peserta memegang erat antara satu sama lain bagaikan tidak ingin berpisah menjadi penutup tirai Autumn Gathering'08....Biarpun jasad kita berpisah tapi hati kita sentiasa tertaut..insyaAllah...ukhuwah fillah abadan abada!!
"Ya muqallibal-qulubi,thabbit qalbi 'ala dinika..... O Controller of the hearts make our heart steadfast in Your religion..amin"
*rakaman kenangan sepanjang autumn gathering'08....semoga terhibur=)