Busynye KITA.....


Bismillahirrahmanirrrahim.....

kisah ini telah diedit dan dipetik dari iluvislam.com

*****************************************************************************

Usrah, Meeting, Program dan...?

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."

"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!".
Tariq kaget. Tiada satu jawapan yang mampu ditulisnya dalam minit-minit terawal. Lebih jahat lagi Azazil menghasut:
"Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah."
Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi.
"Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq.
"Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya"
, jawab Pak Cik Murabbi.
"
Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya.
Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak."
Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Sebelum pulang sempat Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq hingga menampakkan susunan gigi-gigi putihnya. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.
"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."(Pepatah Arab)
***********************************************************************

Moga kisah tariq ini boleh dijadikan teladan buat kita pada masa kini dan akan datang. Allah s.w.t kurniakan kita sehari sebanyak 24jam...seharusnya seseorang yang tahu dan faham akan mengapa dan untuk siapa dia 'bekerja' serta matlamat hidupnya tidak akan menjadikan alasan kesibukan dakwah sebagai penghalang untuk berjaya dalam pelajaran...kerna setiap jam,setiap minit dan setiap saat tidak akan dibazirkannya...baginya masa itu sesuatu yang amat berharga dan terleka satu saat sekalipun merupakan suatu penyesalan baginya dalam mengawal nafsu duniawi...Namun, saya akui iman kita pasti ada naik dan turunnya. Belajarlah memelihara iman agar kesibukan itu mampu membuat kita mengukir senyuman bahagia tanda kita redha dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab itu.
kata-kata Hassan Al-Banna:" …kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada.”
Berusaha dan buat semampu mungkin kerna kita memikul banyak tanggungjawab. Tanggungjawab kita bukan sahaja meningkatkan iman, pelajaran, malah turut perlu menunaikan hak orang di sekeliling kita. Fahamilah tujuan kita dijadikan di atas bumi ini. Ibadah sahaja masih belum tentu menjanjikan syurga di akhirat kelak kiranya tujuan sebagai khalifah tidak disempurnakan.

Ingat lagi tentang kisah "ghulam dakwah"?Ghulam percaya akan ajaran rahib dan tahu bahawa ajaran rahib itu adalah benar serta mesti mengikuti pengajiannya. Tetapi, pada masa yang sama ghulam telah terikat dengan ahli sihir yang ingin mengajarkannya ilmu sihir. Begitulah juga dengan kita. Kita terikat dengan pihak kerajaan yang mengamanahkan kita untuk belajar di sini dengan bantuan scholarship yang diberikan, pihak universiti yang mahukan kita berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang dan sebagainya. Sebagai seorang mukmin, kita tidak boleh lari dari memungkiri janji begitu sahaja. Bukankah Islam mengajar kita untuk menunaikan amanah kita?

Ilmu tidak bermaksud menuntut secara formal bersama segulung ijazah semata-mata. Tetapi ia juga bermaksud apa sahaja yang berkaitan dengan pertambahan pengetahuan. Kemahiran membahagi masa juga merupakan salah satu ilmu yang sepatutnya kita perlajari dengan tekun, bukankah begitu? Malah pengisian yang kita perolehi ketika menghadiri program-program dan usrah juga merupakan satu ilmu. Luaskanlah skop pemikiran kita dalam pencarian ilmu.


Sahabatku...kiranya kita yakin akan 'jalan' yang kita pilih ini, sayangilah ia sebagaimana sayangnya kita pada dinulislam...kerna kiranya tersilap langkah, akan tercatat satu fitnah pada 'jalan ini' hinggakan perjuangan al-haq kita akan tercoreng lantaran kekhilafan kita menonjolkan kebenaran dan kemanisan dalam berada di 'jalan ini'.Jangan biarkan kemanisan berada dalam tarbiyah dipahitkan oleh kebatilan yang akhirnya mendatangkan pandangan serong manusia terhadap usaha-usaha murni kita ini. Yakinlah pada penolong kita yang SATU. Tetapkanlah hati kita akan janji-janjiNya. Sesungguhnya janjiNya suatu yang PASTI!
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong(agama)Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."(Muhammad:7)
*kata-kata dan tulisanku adalah satu nasihat sebagai pengingat diri lantaran kealpaanku dalam melaksanakan tanggungjawabku sebagai hambaMu...ighfirly ya Allah!ighfirly ya Allah*

4 comments:

Marini said...

usrah,meeting,program,study..

that's the life of a DAI'E.
=)

FloWeR LoVeR said...

itulah realitinya....=)
jzkk nini..

Anonymous said...

Anda di undang untuk mengirim puisi2 yang bertemakan Manusia-Alam - Ke Tuhanan -
kepada :
radiokita.malaysia@yahoo.com.my
Website rasmi;
http://malaysiaexpress.net/radiokita.html

kami akan ke udarakan puisi anda melalui siaran radiokita..
makasih
drp:
Putera Idris
Penyelia Dan Pengawal Rancangan
RADIOKITA

FloWeR LoVeR said...

InsyaAllah...jazakillah atas undangan saudara..=)