Kembalilah padaNya...


Manusia biasa itu tidak dapat lari dari melakukan pelbagai kesalahan terhadap penciptaNya lantaran fitrah manusia itu lemah, memiliki nafsu dan syaitan yang akan sentiasa menjadi penggodanya selagi bernafasnya dia di atas muka bumi ini. Begitulah kita, hanyalah makhlukNya yang dijadikan dari tanah yang lagi hina tetapi dimuliakan dengan ditiupkanNya ruh ke dalam jasad kita ketika proses penciptaan manusia. MasyaAllah... Allah jadikan kita dari setinggi-tinggi dan serendah-rendah perkara. Ketika Allah ingin mengambil tanah untuk mencipta manusia, Allah utuskan satu-persatu malaikat untuk berjumpa dengan tanah, tetapi semua tanah tidak mahu kerna mereka tahu bahawa manusia akan membuat kerosakan di Bumi nanti. Sehinggalah saat Allah mengutuskan malaikat Izrail, semua tanah tetap mengatakan perkara yang sama.
Malaikat Izrail:"Allah telah utuskan aku untuk mengambil kamu bagi mencipta manusia."
Tanah:"Kami tidak mahu.Pasti manusia akan melakukan kerosakan di Bumi nanti."
Malaikat Izrail:"Aku tidak kira. Allah lagi aku takuti dari kamu.Aku akan tetap mengambil kamu."
Sahabatku, kerna itulah di saat kematian kita nanti malaikat Izrail diperintahkan untuk mencabut nyawa kita. Tanah sendiri mengakui bahawa manusia itu akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Ternyata semuanya terjadi sepertimana yang kita lihat sekarang. Tujuan Allah jadikan kita daripada tanah supaya kita tidak merasa sombong di atas muka bumi. Tetapi lihatlah apa yang terjadi sekarang. Manusia merasakan bahawa mereka adalah raja bumi ini. Langsung tidak memikirkan makhluk-makhluk lain yang turut hidup mengikut sunnatullah seperti manusia, malah kepatuhan mereka terhadap Allah mengatasi manusia itu sendiri.
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,"Sungguh Aku akan menciptakan manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan ruh ciptaanKu ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud(sebagai penghormatan)."(Al-Hijr:28~29)
Ingatlah bahawa kita ini asalnya hanyalah dari tanah dan dengan tiupan ruh Allah muliakan kita. Ruh itu dari Allah yang kudus.Bayangkan tanpa ruh,tidak mungkin akan sempurna kejadian kita. Lihatlah, betapa Allah menyayangi kita. Kita lebih istimewa berbanding makhluk lain. Tetapi, kita sering lupa akan sayangnya Allah pada kita. Kita lebih gemar melakukan perkara-perkara yang dilarangNya yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Keseronokan dunia, hiburan, pangkat dan segala nikmat di dunia ini lebih indah di mata kita. Kita sering takut akan kehilangan pangkat yang kita miliki, kekayaan yang kita perolehi dan sebagainya. Setiap saat kita hanya memikirkan bagaimana untuk menambah sumber kewangan, bagaimana untuk mencantikkan diri serta bagaimana untuk menghiburkan diri yang kebosanan. Malangnya, jarang sekali setiap saat kita berfikir bagaimana untuk mendekatkan diri pada pencipta kita atau bagaimana untuk menambah amal ibadat kita serta meningkatkan kualiti ibadah kita. Manusia lupa Tuhannya, lupa tujuan hidupnya lantaran terlalu mengejar duniawi. Sedangkan ketenangan dan kebahagiaan yang abadi adalah ketika manusia itu kembali kepada penciptaNya.

Sahabatku,

Allah tidak kisah semua itu kerna Dia tidak akan rugi biarpun hambaNya melupaiNya. Tetapi, walaupun kita sering lupa akan Dia yang sentiasa mengawasi kita, walaupun dosa kita menggunung sekalipun, walau sejahil mana diri kita di masa silam, Allah bersedia menerima kembali hamba-hambaNya yang ingin bertaubat. Subhanallah...betapa kasih sayang Allah itu tidak bertepi. Siang malam dia menunggu hamba-hambaNya kembali kepadaNya.
"Sungguh Allah membentangkan tanganNya setiap malam agar orang yang berbuat kejahatan di siang hari mahu bertaubat. Dan Dia juga membentangkan tanganNya di siang hari agar orang yang berbuat kejahatan di malam hari mahu bertaubat."
(HR Imam Muslim dan Ahmad)
Sahabatku, apakah kita tahu, siapa Rabb kita? Apakah kita merasakan kebesaran, kasih sayang dan makrifat Allah dengan hambaNya?Mari kita amati hadith qudsi ini;
"Wahai Bani Adam, kalian tidaklah (sungguh-sungguh) berdoa dan mengharap padaKu, Aku akan mengampuni dosa-dosa kalian dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau dosa kalian mencapai awan di langit, lalu kalian minta ampun padaKu, Aku akan mengampuni kalian, dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau kalian datang padaKu dengan dosa sebesar ukuran bumi, tetapi kemudian kalian mendatangiKu dengan tanpa berbuat syirik padaKu, maka Aku akan mendatanganimu dengan ampunan sebesar itu pula."(HR At-Tirmidzi)
Subhanallah..kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya. Tiada kasih sayang insani yang mampu menandingi kasih sayang Ilahi. Sungguh Allah itu Maha penyayang lagi Maha Pengampun. Sayangnya Allah pada kita kerna Dia tidak mahu ciptaanNya merosakkan dirinya sendiri. Bayangkan seorang jurutera yang mencipta robot. Pasti dia tidak mahu ciptaannya rosak. Pasti disayanginya dan dijaga setiap hari agar dapat berfungsi dengan baik. Sahabatku, begitulah juga Allah selaku pencipta kita. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jadi, mengapa kita perlu mengingkari perintahNya? Dia telah membentangkan tangannya siang dan malam, menanti hambaNya kembali kepadaNya, tetapi mengapa kita masih menyombongkan diri untuk kembali padaNya?Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.......

Saya akhiri entry kali ini dengan sebuah kisah taubat seorang tabi'in yang begitu indah sekali. Moga sahabat semua turut merasai kesannya di hati sepertimana yang saya rasai ketika pertama kali membaca kisah ini. Kisah taubat seorang tabi'in bernama Malik Bin Dinar...

*******************************************************************************
Siapa Malik bin Dinar?

Beliau adalah seorang Tabi'in, dan dikenali kerna selalu menangis sepanjang malam sambil berkata,
"Ya Rabbku, Kau sendirilah yang tahu penghuni syurga dari penghuni neraka, lalu aku termasuk yang mana? Ya Allah, jadikanlah aku dari penghuni syurga, dan jangan Kau jadikan aku dari penghuni neraka."
Perhatikanlah ibadahnya! Inilah Malik bin Dinar. Tapi, di awal hidupnya beliau tidak memiliki ketaqwaan seperti ini. Beliau berkata, "Aku memulai hidupku dengan sia-sia, banyak minum dan banyak berbuat maksiat. Aku berbuat zalim pada manusia, aku melakukan kezaliman. Tiada maksiat yang tidak kulakukan. Aku sangat jahat, sehingga manusia menjauhiku."

Apakah Malik bin Dinar seperti itu? Ya, dulu beliau seperi itu. Lalu beliau berkata lagi,
"Tapi di suatu hari, aku ingin menikah dan memiliki anak. Maka aku pun menikah dan isteriku melahirkan anak yang kuberi nama Fatimah. Aku sangat mencintainya. Setiap kali Fatimah bertambah besar, imanku pun bertambah dan maksiatku berkurang. Mungkin Fatimah tahu kalau aku memegang botol khamr, lalu ia mendekat padaku,aku menjauhkan botol itu darinya, sedang ia baru berusia 2 tahun. Seakan Allah menjadikan ia melakukan itu. Setiap kali Fatimah bertambah besar, imanku pun bertambah. Dan semakin aku selangkah lebih dekat dengan Allah, maka aku sedikit demi sedikit jauh dari maksiat, hingga usia Fatimah genap 3 tahun."

"Ketika usianya 3 tahun, ia mati......".
"Maka hidupku berubah menjadi lebih teruk dari dahulu. Aku belum memiliki kesabaran orang yang beriman yang menguatkanku menerima bala', sehingga syaitan mempermainkanku. Sehingga datang suatu hari, maka ia berkata,"Mabuklah kau yang mana kau belum pernah mabuk seperti itu sebelumnya.....".Maka aku pun ingin mabuk, aku ingin minum khamr, sehingga aku minum semalaman."

"Lalu aku bermimpi yang menebus kesedaranku. Aku bermimpi melihat diriku pada hari kiamat. Ketika matahari menjadi gelap, lautan berubah menjadi api, bumi bergoncang, dan manusia berkumpul di hari kiamat, manusia berbondong-bondong, aku bersama manusia, aku mendengar ada yang menyeru,"Fulan bin Fulan kemarilah menghadap pada Yang Maha Berkuasa."

"Aku lihat wajah Fulan bin Fulan itu berubah menjadi hitam kerana ketakutan. Sehingga aku mendengar si penyeru itu memanggil Malik bin Dinar. Manusia di sekelilingku hilang, seakan tidak ada orang di bumi Masyar itu. Lalu aku melihat ular besar lagi ganas berjalan ke arahku sambil membuka mulutnya. Aku pun berlari ketakutan, hingga aku menemukan lelaki tua lagi lemah dan aku berkata,'Tolonglah aku dari ular itu.'Ia berkata,'Anakku, aku lemah, aku tidak bisa menolongmu, tetapi larilah ke arah ini mungkin kau akan selamat'."

"Aku pun lari ke arah yang ia tunjukkan. Ular berada di belakangku, dan di depanku neraka. Maka aku pun berkata,'Apakah aku akan lari dari ular dan jatuh ke neraka?' Aku pun segera kembali lari dan ular semakin mendekatiku, aku kembali kepada lelaki lemah itu sambil berkata, 'Selamatkanlah aku, tolonglah aku.' Ia pun menangis kasihan pada keadaanku, lalu berkata,'Aku lemah seperti yang kau lihat, aku tidak mampu melakukan apa-apa, tetapi larilah ke gunung itu mungkin kau akan selamat'."

"Aku pun lari ke gunung dan ular akan menyambarku. Lalu aku lihat di puncak bukit itu anak-anak kecil, mereka berteriak, 'Wahai Fatimah, temuilah bapamu, temuilah bapamu!'."

"Aku pun tahu kalau itu anakku. Aku gembira kerna anakku yang mati di usia 3 tahun menolongku, mengambil tanganku dan mengusir ular itu dengan tangan kirinya, sedang aku seperti mayat kerana takut. Lalu aku pun duduk di kamarku seperti aku duduk di dunia, dan ia berkata, 'Wahai bapaku, "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah..."(Al-Hadid:16)".

"Aku bertanya, 'Wahai anakku, beritahulah padaku tentang ular itu'. Ia menjawab, 'Itu adalah amalmu yang buruk, kau besar-besarkan dan kembangkan, sehingga ia hampir memakanmu. Bukankah kau tahu wahai bapaku, bahawa amal di dunia akan berubah memiliki jasad di hari kiamat?'."

"Aku bertanya lagi, 'Dan lelaki lemah itu?'. Ia menjawab,'Itu adalah amal solehmu. Kau lemahkan dia, sehingga ia menangis melihat keadaanmu, dan ia tidak mampu melakukan sesuatu. Sekiranya kau tidak melahirkan aku, dan aku mati ketika masih kecil, tentu tidak ada yang bermanfaat bagimu'."

"Aku pun terbangun dari tidurku sambil berteriak, 'Telah datang, wahai Tuhanku,...telah datang, wahai Tuhanku..."Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah....".

"Aku pun mandi dan keluar untuk solat subuh, aku ingin bertaubat, kembali pada Allah s.w.t."
Beliau bercerita lagi, "Ketika aku masuk masjid, sang imam sedang membaca ayat al-quran yang sama,
"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah...."(Al-Hadid:16)
Malik bin Dinar pun bertaubat, hingga beliau terkenal setiap hari duduk di depan masjid sambil berkata,
"Wahai hamba yang bermaksiat, kembalilah pada majikanmu. Wahai hamba yang lalai, kembalilah pada majikanmu. Wahai hamba yang lari, kembalilah pada majikanmu, majikanmu menyeru setiap malam dan siang hari sambil berkata, 'Siapa yang mendekat padaKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta, lalu siapa yang mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya satu depa, dan siapa yang mendekatiKu sambil berjalan, maka Aku akan mendekatinya sambil berlari kecil.'(HR Bukhari dan Muslim)......."
Semoga Allah s.w.t memberi kita semua nikmat taubat.InsyaAllah..=)

"Wahai jiwa yang tenang!Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu,dan masuklah ke dalam syurga-Ku."(Al-Fajr:27-30)

cerita cik Mut di pagi raya....


Bersemangat cik Mut dan housematenya pagi itu. Selalunya pagi-pagi begini, ditambah pula musim sejuk seperti ini agak sunyi teratak usang mereka berdua itu. Mungkin ini yang dikatakan keberkatan di pagi raya. Kedengaran takbir raya berkumandang di seluruh ruang rumah mereka.

"akak, kami keluar rumah 7.55pg..bajet sampai eki(station) jam 8.00pg camtu.."

Begitula sms yang diterima dari kouhai(junior) cik mut. Tepat jam 7.55 pagi, cik Mut pun bergegas keluar dari rumahnya, risau kalau-kalau tak sempat sampai di eki jam 8.00 pg. Berseri-seri cik Mut dengan baju raya jahitan ibunya. Sebelum sempat melangkah keluar, kedengaran housemate cik Mut memesan sesuatu.

"Mut, jangan lupe sedekah tuh ye....pastu, belikan aku kebab sekali ye..hehe" pesan cik Bah.
"InsyaAllah,nanti Mut sampaikan...kebab tu kalau adela..hehe"jawab cik Mut sebelum menutup pintu rumah yang dari tadi ditunggu untuk ditutup oleh tuannya.
"Kesian cik Bah, pagi-pagi raya gini ada kelas, tak dapat nak merasa solat raya kat masjid. Nasib belajar di perantauan..huhu."bisik cik Mut dalam hatinya.

Setelah selesai membeli tiket densya(train), kelihatan kelibat cik laba merah dan cik laba hitam menuju ke arah mesin menjual tiket.

" Selamat hari raya...."ucap cik laba hitam ketika menghampiri cik Mut sambil mengukir senyuman penuh bahagia.

Sepanjang perjalanan menaiki densya , banyak yang cik Mut fikirkan. Perasaan syukur yang tak terhingga, walaupun berada di bumi kafir, tetapi masih berkesempatan untuk bertakbir beramai-ramai seperti yang dilakukan locality cik Mut semalam dan pagi yang redup lagi dingin dikurniakan rahmatNya untuk mengerjakan solat sunat aidiladha di masjid walaupun suasananya tidak semeriah serta laungan takbirnya tidak sesyahdu di negara sendiri. Sungguh nikmat Allah itu tidak terbilang dan terjangkau fikiran manusia untuk memikirkannya.
Tiba-tiba keitai(handphone) cik Mut berbunyi menandakan sms diterima.

"Salam wbt.....eid mubarak!Moga hari-hari dipenuhi zikir tahmid tasbih pada Allah. Bantulah si miskin, si yatim....saling mendoalah kita"
Tersenyum cik Mut membaca sms yang dihantar oleh "mama cik Mut". Alhamdulillah, mesej berisi peringatan yang baik di pagi yang penuh barakah dari orang yang tersayang.

"Assalamualaikum....you`re Mut rite? We`ve met at Arashiyama,kyoto. Remember me?"sapa seorang gadis indonesia mengejutkan cik Mut yang sedang asyik dengan sms yang diterimanya.
"Yeah...we`ve met at arashiyama last month rite?at the toilet..hehhe"balas cik Mut sambil cuba mengingati nama gadis tersebut.
"My name is Arian...."jawab gadis itu seperti dapat membaca fikiran cik Mut ketika itu.
"Can i go with you? Saya kurang ingat jalan ke masjid...teman-teman saya udah pergi ke sana,"sambung Arian lagi mengharapkan persetujuan cik Mut dan cik laba-cik laba yang lain.
"Yeah...sure!"jawab cik Mut sambil mengukir senyuman tanda mengalu-alukan kehadiran Arian bersama mereka.

Satu pertemuan yang tidak disangka-sangka. MasyaAllah hebatnya kekuasaan Allah. Tidak pernah terlintas di fikiran cik Mut akan pertemuan dengan Arian untuk kali kedua walaupun masing-masing belajar di universiti yang sama, cuma berlainan kampus. Sebuah pertemuan di pagi aidiladha, bukan kerna untuk melawat daun-daun momiji (maple) seperti pertemuan yang pertama dulu, tetapi kerna talian aqidah yang sama. Keindahan pertemuan kali ini dapat dirasai oleh cik Mut, sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Betullah apa yang dipelajari cik Mut dalam liqa' minggu lepas.
"Aqidah seseorang itu adalah tanah airnya, keluarganya dan kaumnya. Aqidah itulah yang mengikat umat manusia untuk kembali kepada Allah. Manusia di alam ini seharusnya bersatu kerana Allah, bukannya kerana bangsa yang sama, kaum yang sama, sekolah yang sama dan sebagainya. Allah s.w.t mengajar kita bahawa muslim itu adalah bersaudara,satu negara dan satu keluarga walaupun kita berlainan warna kulit, berlainan bangsa,berlainan kewarganegaraan dan sebagainya. Ini adalah kerana kita melafazkan kalimah syahadah yang sama, memiliki pegangan yang sama, iaitu kepercayaan pada Tuhan yang SATU, ALLAHazzajawalla. Janganlah jadi seperti haiwan yang berkumpul kerana rumput,padang ragut dan sebagainya....Sentiasa betulkan niat, kerna apa kita berkumpul!"
*******************************************************************
Akhirnya mereka tiba di perkarangan masjid yang dituju, iaitu antara masjid yang pertama didirikan di bumi sakura ini. Alhamdulillah, walaupun sudah berusia puluhan tahun, tetapi masih tersergam indah. Ramai muslim yang sudah mengisi ruang masjid sambil lafaz takbir beramai-ramai memenuhi setiap ruang masjid. MasyaAllah indahnya perasaan cik Mut dan cik laba-cik laba ketika itu. Perkumpulan umat Islam dari berbagai negara tapi atas tali hubungan yang sama.


Cik Mut mengambil tempat bersebelahan seorang wanita berketurunan Arab yang sedang melayan kerenah 2 orang anaknya sambil bibirnya melafazkan zikir pada yang Maha Esa. Solat sunat tahiyatulmasjid dan sunat dhuha didahulukan sebelum menunggu solat sunat adiladha jemaah dimulakan. Timbul perasaan sayu dalam hati cik Mut. Sudah agak lama sunat tahiyatulmasjid tidak dikerjakannya.

"Astaghfirullahalazim...jarangnya diri ini melawat rumahMu dek kesibukan duniawi...ighfirly ya Allah!..."bisik hati cik Mut penuh rasa bersalah padaNya.

Jam menunjukkan 9.00 pagi. Imam masjid mula menyampaikan sedikit tazkirah berkisar tentang kisah pengorbanan Siti Hajar, Nabi Ismail a.s dan Nabi Ibrahim a.s. Selesai tazkirah ringkas tersebut, solat sunat aidiladha jemaah dimulakan. Seperti biasa cik Mut menaggalkan cermin matanya sebelum solat untuk memudahkannya bersujud nanti. Diletakkan cermin mata tersebut di bahagian belakang, berkedudukan agak tinggi supaya tiada yang memijaknya nanti. Fikir cik Mut,selamat...

"tap!..tap!...tap!..."

Kedengaran bunyi dari arah belakang sekaligus menghilangkan kekusyukan cik mut dalam solatnya. Tika itu datanglah syaitan membisikkan kata-kata hasutan.

"ha....bunyi apa tuh? entah-entah anak wanita Arab tuh tengah main dengan cermin mata kau...tak takut patah ke? cermin mata baru kan?mahal plak tuh...haha"bisik syaitan durjana.
"astaghfirullahalazim....dah2 jangan fikir pasal tuh....tumpukan dalam solatmu...serahkan hal itu semua pada Allah...tawakal padaNya.."pujuk hati nurani cik Mut.

Selesai solat cik Mut terus ke bahagian belakang dan mendapati cermin mata kesayangannya telah bengkok. Sedih hatinya. Baru 3 bulan usia cermin matanya itu,malah dibeli dengan wang sakunya sendiri.

"sabar Mut...sabar Mut...ingat lagi apa yang diajar murabbimu? semua yang kita miliki di dunia ini adalah pinjaman dari Allah. Walaumacam mana sayangnya kita kat barang kesayangan kita, bila Allah nak amik balik, kita kena redha....sebabnya, semua yang kita miliki adalah milikNya, tanpa pertolongan Allah kita tak mampu untuk memiliki semua itu kan?...Ingat balik tentang kata-kata Ummu Sulaim kepada suaminya,Abu Talhah apabila mereka kehilangan anak meraka.
'Hai Abu Talhah, ada seorang jiran kita telah diberi pinjam pinggan pada anaknya, datang tuan pinggan untuk mengambil pinggannya kembali. Tetapi tidak diberi oleh jiran kita itu. Apa pendapat engkau tentang jiran kita ini?'
'Mereka tidak berhak berbuat demikian,'jawab Abu Talhah.

Lalu Ummu Sulaim berkata lagi,'Allah telah meminjamkan kepada kita anak, kemudian Dia meminta kembali anak itu.'

Terdiam Abu Talhah lalu ia pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan hal yang berlaku. Rasulullah s.a.w bersabda,"Semoga Allah memberkati kamu berdua dalam perbuatan kamu malam tadi."Doa nabawi naik menjulang tinggi dan sejak hari itu Ummu Sulaim mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki.'

sabar ye Mut...lagipun budak tuh kecik lagi...dia tak reti apa-apa lagi..dia ingat cermin mata tu benda mainan jek ....,"pujuk hati nurani cik Mut lagi.

"Kenapa kak Mut?...sedih jek..."tanya cik laba hitam tika cik Mut kembali ke tempat solatnya.
"takde....cermin mata nih...dah bengkok skit...anak makcik nih kut yang main tadi...huhu"jelas cik Mut pada juniornya itu sambil memandang ke arah kelibat anak wanita berketerunan arab tu dengan mengukir senyuman pada mereka anak-beranak walaupun hatinya masih berat untuk menerima apa yang telah berlaku.
"sabar ye akak....."nasihat cik laba hitam, cuba menghilangkan kesedihan di hati cik Mut.
"sabar jelah ek....takpela nanti akak try pergi kedai, maybe diorang boleh repair balik..huhu"balas cik Mut seperti memberi harapan pada diri sendiri.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, pasti ada sesuatu yang ingin ditunjukkan Allah pada hambaNya sebagai ibrah(pengajaran) diri. Itulah yang cuba difikirkan cik Mut sepanjang pagi itu.

"Mungkin ini akibatnya Allah nak tunjuk pada orang yang tidak kusyuk dalam solatnya...astaghfirullahalazim!....ya Allah hinanya diriku ini,ampunkan daku yang lalai dalam beribadah padaMu ini ya Allah...."bisik hati cik Mut penuh kesalan.

Selesai mengaminkan doa Imam dan bersalaman dengan jemaah yang lain, cik Mut dan cik laba-cik laba yang lain bergegas keluar sebelum keadaan menjadi sesak dengan para jemaah mula meninggalkan ruang solat. Saat itu cik Mut tidak lagi melihat kelibat Arian. Mungkin bersama dengan teman-teman Indonesianya.

**************************************
Selesai menikmati kebab yang dijual di perkarangan masjid dan membeli kebab yang dipesan cik Bah, cik Mut bergegas meninggalkan cik laba hitam, cik laba merah dan teman-teman yang lain untuk ke kedai cermin mata yang berdekatan. Sepanjang perjalanan, cik Mut berfikir tentang nikmat penglihatan yang Allah kurniakan. Dirasai besarnya nikmat mata ketika itu, kerna setiap yang dilihatnya samar-samar, sukar untuk menafsirkan setiap objek yang dilihatnya sehinggalah berada dekat dengan objek tersebut.

"Bagaimanalah rasanya orang yang buta penglihatannnya?Alhamdulillah, thank you Allah kerna diriku masih mampu untuk melihat alam ciptaanMu..."bisik syukur hati cik Mut.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."(An-Nahl:78)
Alhamdulillah setibanya cik Mut di kedai tersebut, jam di tangan menunjukkan 11.00 pagi menandakan kedai tersebut baru sahaja dibuka. Cik Mut segera masuk ke dalam kedai tersebut dan bertanyakan tentang keadaan cermin matanya yang sudah bengkok itu sama ada masih boleh dibaiki atau tidak.

"hmmm...korega naosemasukedo, oru kanouseiga takaidesuyo...doushimasuka?(hmm....ini boleh dibaiki lagi, tapi risiko nak patah tinggi....macam mane?nak teruskan?),"tanya pekerja kedai tersebut.
"maa...shouganaidesune....ichiyo naoshitemiyou to omotte, onegaishimasu....(hm..terpaksala baiki gak...mintak tolong ye..),"balas cik Mut penuh pengharapan.

Sambil menunggu cik Mut berdoa pada Allah sambil mulutnya melafaz zikir, mengharapkan pertolongan dariNya. Setelah hampir 10 minit menunggu, pekerja tersebut datang kembali menghampiri cik Mut. Alhamdulillah cermin matanya berjaya dibaiki semula walaupun kurang sempurna sedikit, tetapi masih boleh dipakai.

"thank you Allah!thank you Allah!...,"bisik hati cik Mut penuh rasa kesyukuran.


Satu pagi yang pendek, tapi sarat dengan ujian dan petunjukNya.Benar firman Allah bahawa Dia tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ujian merupakan tarbiyah dari Allah s.w.t untuk mendidik hambaNya agar bersifat sabar dengan setiap ketentuanNya dan sentiasa mengharapkan pertolongan dariNya tanpa mendahulukan yang lain. Setiap ujian yang diturunkanNya adalah semata untuk mengingatkan hambaNya yang lalai bahawa Dia yang berkuasa ke atas setiap makhluk, Dia yang patut diingati dalam setiap hela nafasnya, Dia yang perlu diutamakan dalam segala hal.......Terima kasih Allah atas nikmat ujianMu ini.........
Bunyi deringan ringtone handphone cik Mut menghentikan lamunannya. Cik Mut membaca sms yang diterimanya sambil menguntum senyuman penuh kesyukuran atas peringatan yang diterimanya yang sentiasa mengembalikan dirinya pada sang Khaliq.
"Salam wbt..eid mubarak to all! make zikr, doa & praise ALLAH a lot...."




Di mana Allah dalam hatimu?




"ukhti, ana dapat rasakan dalam diri enti masih kekurangan sesuatu. Semangat juang enti ana kagumi....itu tidak dapat ana nafikan....siang malam enti bersengkang mata memerah keringat bagi menyiapkan tugasan-tugasan yang diamanahkan, demi memastikan segala yang dirancang berjalan lancar....tapi, ana rasakan enti kekurangan sesuatu yang seharusnya menjadi kekuatan seorang hamba yang berjuang menyebarkan risalahNya....hurmmm..."


"hurmmm.....apa enti? cakaplah ana sedia mendengar........."


"hurmm....begini....perumpamaan seorang daie cukup dengan hanya ceria dan riak wajahnya mampu menawan hati-hati dan jiwa manusia. Satu tarikan anugerah Allah di mana dhuat yang ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam usahanya menarik manusia kembali pada Allah memang mempunyai tarikan tersendiri. Rijal-rijal yang pautan hatinya tidak melainkan kerana Allah memiliki wajah yang berseri dan ramai jiwa-jiwa tertarik hanya dengan perwatakan luarannya... ukhti, inilah yang ana sedar masih kurang dalam diri enti...iaitu hubungan dengan Allah. Sekiranya kita dekat denganNya, insyAllah segala buah bicara kita dan perwatakan kita akan terpancar cahayanya dari hati seorang yang sentiasa dekat denganNya dan yang menjadikan Allah sebagai kekuatannya."

"Dulu ana juga begitu ukhti. Himmah untuk bekerja itu sentiasa ada melihatkan sahabat-sahabat yang begitu semangat, saling menegur jika ada yang tersilap langkah. Kesedaran melalui fikrah juga mendorong ana untuk terus melaksanakan amanahNya. Tapi, semua itu tidak kekal lama jika tidak dikukuhkan dengan kekuatan yang SATU ini. Apabila ana mula mendekati adik-adik bimbingan ana, ana jadi takut untuk berhadapan dengan realiti yang sebenarnya. Timbul juga tika itu perasaan kasal da`wi(malas untuk berdakwah) melihatkan adik-adik bimbingan ana yang bermacam-macam level dan kerenah. Ana rasakan mereka tidak sesuai dengan cara ana dan sentiasa ingin mencari alasan dengan meminta bantuan sahabat lain menggantikan tempat ana...."

"Alhamdulillah...semua itu berlarutan untuk seketika sahaja...suatu hari, selepas solat, Allah hadirkan hidayahNya..ana berfikir kembali masalah yang sedang ana alami, kembali bermuhasabah.....tika itu ana teringat akan ayat-ayat kesukaan ana dalam surah Al-baqarah..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanNya...." (2:286)

".....Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."(2:216)

"Ataukah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu(cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang(dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."(2:214)

"Benarlah firman-firman Allah ini. Ana malu denganNya. Malu kerna ana tidak meletakkan Dia sebagai kekuatan ana. Malu kerna ana lalai dalam beribadah padaNya. Malu kerna ana tidak mendahulukan pertolonganNya. Malu kerna ana cuba lari dari ujianNya dan lebih banyak merungut dengan takdirNya. Astaghfirullahal'azim.....astagfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim! Sejak dari itu ana sedar kekuatan utama kita adalah Allah. Kiranya hati kita sentiasa terpaut denganNya, insyaAllah setiap ujian yang datang akan kita hadapi dengan senyuman...malah jiwa-jiwa di sekeliling kita juga akan turut tertarik untuk mendekati kita sekadar hanya melalui buah bicara dan perwatakan kita. Itulah kesannya dari hati yang sentiasa dekat denganNya....."

"jazakillah ukhti.........hukhukhuk....."


"Afwan jika teguran ana mengguris hati enti...Janganlah bersedih sangat ye...
If we truly did it because of Allah, with He’s will, we won’t forget Allah throughout the course of our life as a Muslim. However, if we had other intentions, don’t fret. We still have time to repent and renew our intentions. Allah is Most Merciful and surely He loves His slaves who are constantly trying to improve and become better Muslims. InsyaAllah let dhuha and qiam be our routine.Every moment in our heart we try to remember HIM okay?....Sama-sama kita baiki diri kita er...ana pun still berusaha.....

"Betul kata ukhti tu....jika kita dekat denganNya dan meletekkan terus-menerus Allah sebagai kekuatan utama kita, biarlah di mana kita berada, berseorangan atau beramai-ramai, di negara sendiri atau di oversea, kaya atau miskin, sihat atau sakit, susah atau senang, InsyaAllah kita akan mengingati tanggungjawab dan amanah sebenar kita sebagai seorang Muslim di atas muka bumiNya....thanks again ukht...InsyaAllah, isshoni gambaroune (sama-sama berusaha ye)..."

"InsyaAllah...."