cerita cik Mut di pagi raya....


Bersemangat cik Mut dan housematenya pagi itu. Selalunya pagi-pagi begini, ditambah pula musim sejuk seperti ini agak sunyi teratak usang mereka berdua itu. Mungkin ini yang dikatakan keberkatan di pagi raya. Kedengaran takbir raya berkumandang di seluruh ruang rumah mereka.

"akak, kami keluar rumah 7.55pg..bajet sampai eki(station) jam 8.00pg camtu.."

Begitula sms yang diterima dari kouhai(junior) cik mut. Tepat jam 7.55 pagi, cik Mut pun bergegas keluar dari rumahnya, risau kalau-kalau tak sempat sampai di eki jam 8.00 pg. Berseri-seri cik Mut dengan baju raya jahitan ibunya. Sebelum sempat melangkah keluar, kedengaran housemate cik Mut memesan sesuatu.

"Mut, jangan lupe sedekah tuh ye....pastu, belikan aku kebab sekali ye..hehe" pesan cik Bah.
"InsyaAllah,nanti Mut sampaikan...kebab tu kalau adela..hehe"jawab cik Mut sebelum menutup pintu rumah yang dari tadi ditunggu untuk ditutup oleh tuannya.
"Kesian cik Bah, pagi-pagi raya gini ada kelas, tak dapat nak merasa solat raya kat masjid. Nasib belajar di perantauan..huhu."bisik cik Mut dalam hatinya.

Setelah selesai membeli tiket densya(train), kelihatan kelibat cik laba merah dan cik laba hitam menuju ke arah mesin menjual tiket.

" Selamat hari raya...."ucap cik laba hitam ketika menghampiri cik Mut sambil mengukir senyuman penuh bahagia.

Sepanjang perjalanan menaiki densya , banyak yang cik Mut fikirkan. Perasaan syukur yang tak terhingga, walaupun berada di bumi kafir, tetapi masih berkesempatan untuk bertakbir beramai-ramai seperti yang dilakukan locality cik Mut semalam dan pagi yang redup lagi dingin dikurniakan rahmatNya untuk mengerjakan solat sunat aidiladha di masjid walaupun suasananya tidak semeriah serta laungan takbirnya tidak sesyahdu di negara sendiri. Sungguh nikmat Allah itu tidak terbilang dan terjangkau fikiran manusia untuk memikirkannya.
Tiba-tiba keitai(handphone) cik Mut berbunyi menandakan sms diterima.

"Salam wbt.....eid mubarak!Moga hari-hari dipenuhi zikir tahmid tasbih pada Allah. Bantulah si miskin, si yatim....saling mendoalah kita"
Tersenyum cik Mut membaca sms yang dihantar oleh "mama cik Mut". Alhamdulillah, mesej berisi peringatan yang baik di pagi yang penuh barakah dari orang yang tersayang.

"Assalamualaikum....you`re Mut rite? We`ve met at Arashiyama,kyoto. Remember me?"sapa seorang gadis indonesia mengejutkan cik Mut yang sedang asyik dengan sms yang diterimanya.
"Yeah...we`ve met at arashiyama last month rite?at the toilet..hehhe"balas cik Mut sambil cuba mengingati nama gadis tersebut.
"My name is Arian...."jawab gadis itu seperti dapat membaca fikiran cik Mut ketika itu.
"Can i go with you? Saya kurang ingat jalan ke masjid...teman-teman saya udah pergi ke sana,"sambung Arian lagi mengharapkan persetujuan cik Mut dan cik laba-cik laba yang lain.
"Yeah...sure!"jawab cik Mut sambil mengukir senyuman tanda mengalu-alukan kehadiran Arian bersama mereka.

Satu pertemuan yang tidak disangka-sangka. MasyaAllah hebatnya kekuasaan Allah. Tidak pernah terlintas di fikiran cik Mut akan pertemuan dengan Arian untuk kali kedua walaupun masing-masing belajar di universiti yang sama, cuma berlainan kampus. Sebuah pertemuan di pagi aidiladha, bukan kerna untuk melawat daun-daun momiji (maple) seperti pertemuan yang pertama dulu, tetapi kerna talian aqidah yang sama. Keindahan pertemuan kali ini dapat dirasai oleh cik Mut, sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Betullah apa yang dipelajari cik Mut dalam liqa' minggu lepas.
"Aqidah seseorang itu adalah tanah airnya, keluarganya dan kaumnya. Aqidah itulah yang mengikat umat manusia untuk kembali kepada Allah. Manusia di alam ini seharusnya bersatu kerana Allah, bukannya kerana bangsa yang sama, kaum yang sama, sekolah yang sama dan sebagainya. Allah s.w.t mengajar kita bahawa muslim itu adalah bersaudara,satu negara dan satu keluarga walaupun kita berlainan warna kulit, berlainan bangsa,berlainan kewarganegaraan dan sebagainya. Ini adalah kerana kita melafazkan kalimah syahadah yang sama, memiliki pegangan yang sama, iaitu kepercayaan pada Tuhan yang SATU, ALLAHazzajawalla. Janganlah jadi seperti haiwan yang berkumpul kerana rumput,padang ragut dan sebagainya....Sentiasa betulkan niat, kerna apa kita berkumpul!"
*******************************************************************
Akhirnya mereka tiba di perkarangan masjid yang dituju, iaitu antara masjid yang pertama didirikan di bumi sakura ini. Alhamdulillah, walaupun sudah berusia puluhan tahun, tetapi masih tersergam indah. Ramai muslim yang sudah mengisi ruang masjid sambil lafaz takbir beramai-ramai memenuhi setiap ruang masjid. MasyaAllah indahnya perasaan cik Mut dan cik laba-cik laba ketika itu. Perkumpulan umat Islam dari berbagai negara tapi atas tali hubungan yang sama.


Cik Mut mengambil tempat bersebelahan seorang wanita berketurunan Arab yang sedang melayan kerenah 2 orang anaknya sambil bibirnya melafazkan zikir pada yang Maha Esa. Solat sunat tahiyatulmasjid dan sunat dhuha didahulukan sebelum menunggu solat sunat adiladha jemaah dimulakan. Timbul perasaan sayu dalam hati cik Mut. Sudah agak lama sunat tahiyatulmasjid tidak dikerjakannya.

"Astaghfirullahalazim...jarangnya diri ini melawat rumahMu dek kesibukan duniawi...ighfirly ya Allah!..."bisik hati cik Mut penuh rasa bersalah padaNya.

Jam menunjukkan 9.00 pagi. Imam masjid mula menyampaikan sedikit tazkirah berkisar tentang kisah pengorbanan Siti Hajar, Nabi Ismail a.s dan Nabi Ibrahim a.s. Selesai tazkirah ringkas tersebut, solat sunat aidiladha jemaah dimulakan. Seperti biasa cik Mut menaggalkan cermin matanya sebelum solat untuk memudahkannya bersujud nanti. Diletakkan cermin mata tersebut di bahagian belakang, berkedudukan agak tinggi supaya tiada yang memijaknya nanti. Fikir cik Mut,selamat...

"tap!..tap!...tap!..."

Kedengaran bunyi dari arah belakang sekaligus menghilangkan kekusyukan cik mut dalam solatnya. Tika itu datanglah syaitan membisikkan kata-kata hasutan.

"ha....bunyi apa tuh? entah-entah anak wanita Arab tuh tengah main dengan cermin mata kau...tak takut patah ke? cermin mata baru kan?mahal plak tuh...haha"bisik syaitan durjana.
"astaghfirullahalazim....dah2 jangan fikir pasal tuh....tumpukan dalam solatmu...serahkan hal itu semua pada Allah...tawakal padaNya.."pujuk hati nurani cik Mut.

Selesai solat cik Mut terus ke bahagian belakang dan mendapati cermin mata kesayangannya telah bengkok. Sedih hatinya. Baru 3 bulan usia cermin matanya itu,malah dibeli dengan wang sakunya sendiri.

"sabar Mut...sabar Mut...ingat lagi apa yang diajar murabbimu? semua yang kita miliki di dunia ini adalah pinjaman dari Allah. Walaumacam mana sayangnya kita kat barang kesayangan kita, bila Allah nak amik balik, kita kena redha....sebabnya, semua yang kita miliki adalah milikNya, tanpa pertolongan Allah kita tak mampu untuk memiliki semua itu kan?...Ingat balik tentang kata-kata Ummu Sulaim kepada suaminya,Abu Talhah apabila mereka kehilangan anak meraka.
'Hai Abu Talhah, ada seorang jiran kita telah diberi pinjam pinggan pada anaknya, datang tuan pinggan untuk mengambil pinggannya kembali. Tetapi tidak diberi oleh jiran kita itu. Apa pendapat engkau tentang jiran kita ini?'
'Mereka tidak berhak berbuat demikian,'jawab Abu Talhah.

Lalu Ummu Sulaim berkata lagi,'Allah telah meminjamkan kepada kita anak, kemudian Dia meminta kembali anak itu.'

Terdiam Abu Talhah lalu ia pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan hal yang berlaku. Rasulullah s.a.w bersabda,"Semoga Allah memberkati kamu berdua dalam perbuatan kamu malam tadi."Doa nabawi naik menjulang tinggi dan sejak hari itu Ummu Sulaim mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki.'

sabar ye Mut...lagipun budak tuh kecik lagi...dia tak reti apa-apa lagi..dia ingat cermin mata tu benda mainan jek ....,"pujuk hati nurani cik Mut lagi.

"Kenapa kak Mut?...sedih jek..."tanya cik laba hitam tika cik Mut kembali ke tempat solatnya.
"takde....cermin mata nih...dah bengkok skit...anak makcik nih kut yang main tadi...huhu"jelas cik Mut pada juniornya itu sambil memandang ke arah kelibat anak wanita berketerunan arab tu dengan mengukir senyuman pada mereka anak-beranak walaupun hatinya masih berat untuk menerima apa yang telah berlaku.
"sabar ye akak....."nasihat cik laba hitam, cuba menghilangkan kesedihan di hati cik Mut.
"sabar jelah ek....takpela nanti akak try pergi kedai, maybe diorang boleh repair balik..huhu"balas cik Mut seperti memberi harapan pada diri sendiri.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, pasti ada sesuatu yang ingin ditunjukkan Allah pada hambaNya sebagai ibrah(pengajaran) diri. Itulah yang cuba difikirkan cik Mut sepanjang pagi itu.

"Mungkin ini akibatnya Allah nak tunjuk pada orang yang tidak kusyuk dalam solatnya...astaghfirullahalazim!....ya Allah hinanya diriku ini,ampunkan daku yang lalai dalam beribadah padaMu ini ya Allah...."bisik hati cik Mut penuh kesalan.

Selesai mengaminkan doa Imam dan bersalaman dengan jemaah yang lain, cik Mut dan cik laba-cik laba yang lain bergegas keluar sebelum keadaan menjadi sesak dengan para jemaah mula meninggalkan ruang solat. Saat itu cik Mut tidak lagi melihat kelibat Arian. Mungkin bersama dengan teman-teman Indonesianya.

**************************************
Selesai menikmati kebab yang dijual di perkarangan masjid dan membeli kebab yang dipesan cik Bah, cik Mut bergegas meninggalkan cik laba hitam, cik laba merah dan teman-teman yang lain untuk ke kedai cermin mata yang berdekatan. Sepanjang perjalanan, cik Mut berfikir tentang nikmat penglihatan yang Allah kurniakan. Dirasai besarnya nikmat mata ketika itu, kerna setiap yang dilihatnya samar-samar, sukar untuk menafsirkan setiap objek yang dilihatnya sehinggalah berada dekat dengan objek tersebut.

"Bagaimanalah rasanya orang yang buta penglihatannnya?Alhamdulillah, thank you Allah kerna diriku masih mampu untuk melihat alam ciptaanMu..."bisik syukur hati cik Mut.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."(An-Nahl:78)
Alhamdulillah setibanya cik Mut di kedai tersebut, jam di tangan menunjukkan 11.00 pagi menandakan kedai tersebut baru sahaja dibuka. Cik Mut segera masuk ke dalam kedai tersebut dan bertanyakan tentang keadaan cermin matanya yang sudah bengkok itu sama ada masih boleh dibaiki atau tidak.

"hmmm...korega naosemasukedo, oru kanouseiga takaidesuyo...doushimasuka?(hmm....ini boleh dibaiki lagi, tapi risiko nak patah tinggi....macam mane?nak teruskan?),"tanya pekerja kedai tersebut.
"maa...shouganaidesune....ichiyo naoshitemiyou to omotte, onegaishimasu....(hm..terpaksala baiki gak...mintak tolong ye..),"balas cik Mut penuh pengharapan.

Sambil menunggu cik Mut berdoa pada Allah sambil mulutnya melafaz zikir, mengharapkan pertolongan dariNya. Setelah hampir 10 minit menunggu, pekerja tersebut datang kembali menghampiri cik Mut. Alhamdulillah cermin matanya berjaya dibaiki semula walaupun kurang sempurna sedikit, tetapi masih boleh dipakai.

"thank you Allah!thank you Allah!...,"bisik hati cik Mut penuh rasa kesyukuran.


Satu pagi yang pendek, tapi sarat dengan ujian dan petunjukNya.Benar firman Allah bahawa Dia tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ujian merupakan tarbiyah dari Allah s.w.t untuk mendidik hambaNya agar bersifat sabar dengan setiap ketentuanNya dan sentiasa mengharapkan pertolongan dariNya tanpa mendahulukan yang lain. Setiap ujian yang diturunkanNya adalah semata untuk mengingatkan hambaNya yang lalai bahawa Dia yang berkuasa ke atas setiap makhluk, Dia yang patut diingati dalam setiap hela nafasnya, Dia yang perlu diutamakan dalam segala hal.......Terima kasih Allah atas nikmat ujianMu ini.........
Bunyi deringan ringtone handphone cik Mut menghentikan lamunannya. Cik Mut membaca sms yang diterimanya sambil menguntum senyuman penuh kesyukuran atas peringatan yang diterimanya yang sentiasa mengembalikan dirinya pada sang Khaliq.
"Salam wbt..eid mubarak to all! make zikr, doa & praise ALLAH a lot...."




0 comments: