katakanlah:"Ini Jalanku.."



Assalamualaikum wbt....
"Katakanlah:Ini jalan(agama)ku.Aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata.Maha suci Allah s.wt.,dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf:108)"
Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.Jalan inilah juga yang dilalui oleh para daei dalam menegakkan ad-din di atas muka bumi ini.Namun,jalan ini tidak seperti jalan-jalan yang lain yang dihiasi dengan taman-taman nan indah,dihamparkan karpet-karpet merah dan diiringi dengan nyanyian mengasyikkan.Ternyata jalan ini tidak ditaburi bunga-bunga,tetapi merupakan satu jalan yang susah,panjang serta penuh dengan onak-duri.Kerana berada di jalan ini menuntut kita untuk memikul satu tugas yang berat iaitu menghapus yang batil dan menegakkan al-haq,mengembalikan manusia kepada ajaran Islam yang sebenar-sebenarnya kerna manusia tidak mungkin bahagia tanpa menjadikan Islam sebagai cara hidupnya.


Ingatlah sahabatku,seperit mana berada di jalan ini selalulah beringat tentang sabda Nabi s.a.w:"Ad-dunya mazra`tul akhirat".Dunia adalah ladang akhirat.Biarlah kita terpaksa bersusah memimpin manusia kembali ke jalanNya,namun ingatlah dunia hanyalah persinggahan kita,tempat untuk kita menyediakan bekal sebelum belayar menuju destinasi terakhir kita yang kekal abadi iaitu akhirat.Segala yang ada dalam kehidupan kita di dunia,semua nikmat,harta benda,kekuasaan,kesenangan dan kemewahan semuanya kecil belaka.Tiada satu pun yang dapat menandingi betapa besar balasan Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa...yang pastinya balasan di akhirat nanti adalah syurga yang seluas langit dan bumi.Di dalamnya disediakan apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah telintas oleh fikiran.Dan kemuncak dari semua ini ialah `keredhaan Allah`.Di jalan ini,setinggi-tinggi hala tuju kita adalah Allah s.w.t.KepadaNya kita beriman,kepadaNya kita beribadah dengan sepenuh hati.Tidak ada sebab lain untuk melakukan semua ini melainkan semata-mata mencari keredhaanNya dalam dalam setiap usaha kita dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya dalam setiap kegiatan hidup kita dengan penuh keikhlasan serta benar-benar yakin bahawa di situlah terletaknya kebahagiaan yang sejati,hidayah hakiki dan kejayaan yang sebenar.Kerna redha Allah itu kemuncak segala usaha kita.
"Dan keredhaan Allah adalah lebih benar,itu adalah keberuntungan yang besar."
(At-taubah:72)



"Ya Allah ya Rabbi,ikatkanlah hati-hati kami yang berada di jalanMu ini agar kami terus tsabat dan sabar menghadapi mehnahMu dalam menegakkan deenMu atas muka bumi ini.
Amin ya rabbal a`lamin."

0 comments: