Are you angry??




Marah....satu perasaan yang sangat sinonim dengan insan yang bergelar manusia. Pelikkan kiranya di alam ini ada manusia yang tidak pernah merasai perasaan marah?Marahnya kita kerna apa yang kita inginkan tidak dipenuhi oleh kedua ibubapa kita. Marahnya kita kerna orang mengatakan sesuatu yang tidak disukai kita. Marahnya kita kerna kouhai(junior) tak nak dengar cakap kita sebagai sempai(senior). Marahnya kita kerna tinggal dengan housemate yang agak kurang rajin yang menyebabkan kita sahaja yang perlu melakukan kerja rumah. Marahnya kita kerna orang tak nak mengikut ajakan kita ke arah kebaikan. Marahnya kita kerna partner jikken(lab) yang selalu membuli dan mempermainkan kita. Marahnya kita kerna sensei(lecturer) mentertawakan percakapan bahasa jepun kita.Marahnya kita kerna gagal lulus peperiksaan sedangkan kita telah berusaha siang dan malam!...Huh!Banyakkan sebab yang boleh menimbulkan kemarahan seseorang itu. Tapi, cuba kita fikir kembali.

Bagaimana perasaan marah itu boleh timbul?
Apa yang kita buat apabila timbul perasaan marah itu?
Adakah kita cuba mengawalnya atau membiarkannya menguasai kita?
Hinggakan semua percakapan kita ketika itu tanpa disedari telah menyakiti pihak yang lain?
Adakah kita rasa puas setelah melepaskan amarah kita pada si mangsa?


Tidak saya nafikan, apabila sesuatu yang bertentangan dengan kehendak kita terjadi, pasti hati mula berasa panas dan jika tidak dikawal sampai meluap-luap jadinya lantaran terlalu dilayan perasaan ketika itu. Sahabatku, hati seorang insan yang sentiasa bersabar akan ujian Allah dan sentiasa menerimanya dengan jiwa yang tenang tidak memerlukan perasaan marah ini dalam hidupnya. Kerna baginya marah itu tidak akan membawa sebarang keuntungan untuk dirinya bukan sahaja untuk di dunia bahkan di akhirat kelak. Apabila kita memarahi seseorang, kita bagaikan telah melayan nafsu dan membiarkannya menguasai diri kita sehinggakan kekadang orang yang sedang marah itu sendiri tidak menyedari kata-kata kasar yang telah dikeluarkannya yang mungkin telah menyakiti hati insan lain. Nah, di sini kita sendiri yang rugi. Menggandakan dosa sendiri yang sememangnya sudah menggunung...nauzubillah!
Apakah saat itu kita telah menguasai diri kita? atau membiarkan nafsu menguasai kita???

Hadith;"Seseorang yang dikatakan berkuasa adalah orang yang berjaya menguasai dirinya ketika marah."
Kemarahan sebenarnya melenyapkan sama sekali orang yang lemah iaitu orang yang lemah menguasai dirinya, lemah menghadapi kelakuan yang tenang, sekalipun dia orang yang gagah dan ditakuti. Kerna itulah rasulullah berpesan,"Janganlah marah"
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w:"Berilah wasiat kepada aku."Sahut Nabi;" Janganlah engkau marah." Kemudian ia mengulangi beberapa kali.Sabdanya; "Janganlah marah."(Riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa marah itu puncanya dari hati yang sedang bakar dengan hasutan syaitan. Dan kita mengetahui bahawa syaitan itu dijadikan Allah daripada api. Maka tiada lagi jalan terbaik untuk memadamkan api yang sedang membakar selain menggunakan air. Kerna itu Rasulullah s.a.w menganjurkan agar kita lantas mengambil wudhuk tika hati kita mula panas dengan api kemarahan. Tiada ruginya kita berwudhuk. Malah dengan berwudhuk juga kita dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita...bi iznillah!

Berkata Nabi Isa a.s kepada Nabi Yahya bin Zakaria a.s;
" Saya akan mengajar engkau satu ilmu yang berguna iaitu jangan engkau marah!"
"Bagaimana caranya supaya saya jangan marah?",tanya Nabi Yahya a.s.
Jawab Nabi Isa a.s:"Bila ada orang yang mengatakan tentang kesalahan engkau, maka katakanlah sememangnya dosa yang saya tidak ingat dan kerananya saya minta keampunan kepada Allah. Dan jika ada orang yang mengatakan satu yang tidak ada pada engkau, maka bersyukurlah pada Allah kerana dia telah membuat kebaikan kepada engkau dengan menghina engkau."

Imam Ghazali pernah berkata: "Kemarahan manusia bermacam-macam. Setengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Setengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Setengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yang terpuji."

Islam yang syumul mendidik kita dengan berakhlak mulia. Ketika inilah bergunanya sikap sabar. Sahabatku, marah itu berpunca dari nafsu kemarahan dan kemarahan itu sendiri merupakan satu-satu dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan. Maka, didiklah nafsu kita dengan sifat sabar ini. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang bersabar dan mengerjakan kebajikan. Ketiadaan marah adalah punca kepada akhlak yang mulia dan perangai yang baik dalam kehidupan seseorang. Berdiam diri itu juga adalah jalan terbaik untuk menahan hati yang sedang marah, tetapi janganlah diam kiranya kehormatan peribadi dan agama dihina dan diganggu musuh. Banyakkanlah istighfar, moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang telah lepas.
"Ada seorang yang datang kepada Rasulullah s.a.w dari pihak hadapannya lalu berkata;'Hai Rasulullah, apakah amal yang lebih utama?' Sabdanya;'Elok perangai'.Setelah itu ia datang dari pihak kirinya lalu berkata;'Hai Rasulullah!Apakah amal yang lebih utama?'Sabdanya;'Elok perangai'.Akhirnya ia datang dari pihak belakang Rasulullah, dan berkata:'Hai Rasulullah!Apakah amal yang lebih utama?' Maka bersabdalah baginda kepadanya; "Kenapa engkau tidak faham? Elok perangai itu ialah engkau tak usahlah marah jika engkau berupaya." (Hadith)



4 comments:

Ummu Mujahid said...

byk marah, lekas tua... ceria2 slalu :)

FloWeR LoVeR said...

hiihi...sosne.."byk marah,lekas tua"..
senyum-senyum slalu:)

sImbIosIs said...

eetOo..saye pn suke marah..
huuuu..mottO2 ganbarana akan atashi ga..:-p

FloWeR LoVeR said...

adik farah cumel,
maa ne...ningentte so iiu koto yade..
nafsu marah tuh tetap ada, yang penting kite perlu bijak mengawalnya saat ia menerpa..:)
InsyaAllah..ganbareba dekiru yarou^_^