Nothing that i can say...just Alhamdulillah


Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah....bulan Rejab sudah berkunjung tiba menandakan tidak lama lagi Ramadhan akan berkunjung datang. Ibadah puasa merupakan salah satu ibadah yang paling saya gemari. Entah kenapa setiap kali berpuasa, pasti sepanjang hari akan terasa tenang dan segalanya dimudahkan. Mungkin juga kerna nafsu makan dapat dikawal...sebabnya jika berlebihan dalam makan pun merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada hati yang sakit(Qalbun Maridl).

Alhamdulillah...tenang aja minggu ini setenang air di muara(^_~). Seronok juga dapat bercerita dengan senior lab saya tentang ibadah puasa ketika kami tengah sibuk ber"jikken"(experiment).
Saya cerita kat dia, " danjikiha, kenkou ni ii rashii desuyo...."
Tapi, bila sebut pasal kesihatan, dia kaitkan pula dengan diet...huhu...(hurmm susah juga nak cerita lebih-lebih dalam bahasa jepun nih kalau tak tahu perkataan-perkataan yang mudah untuk diorang faham).Selepas itu masuk pula bab masa. Saya cerita kat dia tentang masa.
Saya cerita kat dia,"oinori no jikan to danjiki wo yamerareru jikan ha kisetsu ni yotte chigaimasuyo...kyou taberareru jikanha daitai 7.15 desu."
Dia cakap,"kibishiine jikanmo..."

Bila dia sebut begitu, tetiba saya teringat kata-kata kak yati, seorang akhawat indonesia yang saya jumpa 2 minggu lepas. Islam itu mementingkan masa. Sebab itu waktu solat pun ditekankan waktunya supaya umat Islam tidak mengabaikan tempoh 24 jam yang Allah kurniakan pada hamba-hambaNya. Begitu juga dalam setiap kerja yang kita lakukan setiap hari. Kita mesti merancang dengan masa supaya setiap matlamat kita tercapai. Misalnya, jika kita target untuk khatam Al-Quran sebanyak 2 kali dalam setahun, maka kita perlu merancang setiap hari atau dalam satu bulan berapa banyak juzuk yang kita boleh habiskan supaya target kita untuk khatam 2 kali itu tercapai. Sebenarnya perancangan dengan masa yang rapi lebih membuahkan hasil yang lebih baik kerna dalam satu hari kita hanya memiliki 24 jam. Jika setiap satu saat kita abaikan, pasti kita akan terlalai dengan perkara lain hinggakan matlamat yang diimpikan akan tergadai begitu sahaja. Nampak seperti perkara kecil sahaja yang Allah nak ajar dalam bab ini, tetapi hikmahnya sangat besar sekali kepada kehidupan kita.

“Kebatilan yang tersusun dan terancang (bersistem) boleh mengalahkan hak atau kebenaran yang tidak tersusun dan terancang.”(Imam Hassan Al-Banna)

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal sholih. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan Kebenaran. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kesabaran."(Al-3shr:1-3)
Alhamdulillah...walaupun seharian penat ber"jikken" satu hari, ditambah pula saya berpuasa hari itu, namun Allah kurniakan kekuatan pada saya untuk terus "bekerja". Sampai satu tahap, saya rasa sangat penat dan tidak mampu untuk berfikir. Tangan dah tak mampu untuk handle mesin-mesin yang perlu saya mengadap setiap kali ber"jikken". Waktu itu jugala senior saya banyak bertanya seperti kuiz untuk uji kefahaman saya tentang penggunaan mesin-mesin dalam lab. Namun, thanks a lot to Allah. Sedikit demi sedikit Allah datangkan kekuatan dalam diri ini hinggakan saya mampu berbicara sepanjang hari dengan senior saya ini, terutamanya tentang Islam(^_^). Teringat status ym seorang sahabat tempoh hari...
"Dakwah di mana-mana, even di kenkyushitsu(lab)..."
Sebenarnya awal minggu ini saya telah bertekad dan menanam azam baru bila melihatkan kesungguhan untuk menyiapkan sesuatu tugasan makin hilang dari diri saya yang selalu dikenali sebagai seorang sangat bekerja keras dalam sesuatu perkara.
"Seseorang muslim itu mesti bersungguh-sungguh dan memiliki keazaman yang tinggi dalam setiap kerja/usaha yang dilakukannya dengan niat semata-mata untuk memperolehi keredhaanNya tanpa mengira pandangan manusia terhadap kerja yang dilakukannya.....Towards Insan & Daei Rabbani!!!"
Alhamdulillah lagi......satu kejutan yang saya terima dalam minggu ini. Email dari bamba san datang lagi. Alhamdulillah saya berjaya dalam temuduga panasonic yang diadakan pada minggu lepas. Jika diikutkan perkiraan saya, memang saya jangka tidak akan berjaya dan gunakan peluang ini sebagai pengalaman menghadiri temuduga kerja sahaja. Malah, niat saya sejak dari awal lagi adalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan masih ingin terus "berkhidmat" di bumi sakura yang penuh dengan benih-benih segar yang perlu disemai hari demi hari. Tujuan "shushoku" hanyalah sebagai back up dan untuk mencari pengalaman. Namun, mengingatkan bait-bait doa yang saya pohon padaNya, ditambah lagi dengan sedikit masalah yang saya alami di lab, agak goyah hati saya tika ini untuk terus berada di sini. Saya sentiasa berdoa, jika itu yang terbaik buat saya, maka mudahkanlah. Dan terasa agak mudah saya melepasi temuduga panasonic walaupun pada awalnya saya hanya ingin mencuba. Namun, apabila mengingatkan nasihat seorang sahabat, mungkin juga ini satu ujian dari Allah untuk menguji tentang niat saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master dan meneruskan tarbiyah di sini.
Ibu dan ayah hanya menyerahkan semuanya atas pilihan saya sendiri.
"kalau ayu rasa ingin terus berada di jepun, teruskan...tapi, kalau rasa nak balik malaysia terima jelah tawaran dari panasonic tuh...jangan lupe buat istikharah...mak ngan ayah ikut keputusan ayu aje..."

Dan dari 'mama' saya di jepun...
"Buat istikharah. Minta Allah tunjukkan yang terbaik...jika ayu dah nekad nak duk jepun, then minta Allah mudahkan jalan....jika mmg akan sambung, boleh tolak je panasonic tuh...luv"

Dalam dua minggu lagi saya perlu memberi jawapan sama ada saya terima atau tidak tawaran tersebut. Dari sudut positif, bagus juga jika saya terima tawaran tersebut sebabnya kedudukannya adalah di shah alam. Agak selamat untuk tarbiyah saya sebab ramai akhawat yang bekerja di kawasan tersebut. Namun, risau juga untuk pulang ke malaysia sekarang dengan keadaan tarbiyah sendiri dan liqa di locality yang masih belum stabil. Memang susah untuk membuat pilihan kan? Apapun semuanya saya serahkan pada Allah s.wt. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui sedangkan saya tidak mengetahui jalan yang bakal saya pilih pada masa hadapan. Moga setiap pilihan yang saya buat akan sentiasa mendekatkan saya padaNya.

"Wahai Pembolak-balik hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu. Tunjukkanlah daku jalan lurusMu. Bimbinglah daku dalam membuat pilihan ini. Jika ia yang terbaik buat ku, maka mudahkanlah ia. Moga daku tergolong dalam hambaMu yang sentiasa redha dengan setiap pemberianMu.Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik penolong..amin"
p/s: kalau tak pilih antara dua nih, isi "borang" bm pun okay gak...hehe=

0 comments: