Antara impian dan takdir


Bismillahirrahmanirrahim.....

Fitrah manusia itu akan bersedih tatkala impiannya tidak tercapai. Namun, manusia yang mampu mengucapkan "alhamdulillah" tatkala impiannya musnah , bagai menerima dengan redha qadha dan qadar ketentuan Illahi itulah sebaik-baik hamba. Hamba yang tidak mengharapkan natijah di pengakhiran usahanya, padanya ketetapan Illahi itulah perkara terbaik buatnya. Ternyata benar kata-kata bahawa "belajar teori itu mudah, tapi untuk mempratikkannya tatkala ujian itu datang bukan semudah yang disangka." Saat inilah kefahaman dan keyakinan terhadap ilmu teori yang dipelajari itu terbukti. Bukan hanya lafaz di bibir tetapi iman di dada dan amal itulah yang utama.

Takdir Illahi itu tiada siapa yang tahu. Hanya Dia Sang Pencipta yang Maha Mengetahui qadar setiap hambaNya. Semuanya telah tertulis dalam kitab Lauh Mahfuz sejak sebelum kita diciptakan. Manusia itu hanya mampu mengejar impian yang boleh dilihat melalui pancainderanya. Tetapi, takdir Illahi yang ghaib itu hanya Dia yang tahu. Kerna itulah mengharap keredhaan Allah adalah matlamat yang tertinggi. Percayalah kata saya, apabila sesuatu yang kita impikan tiba-tiba tidak menjadi milik kita, pasti hati akan remuk kesedihan lantaran harapan menggunung kini berkecai. Tetapi, kita menyebut " redha jelah....".Bibir mungkin melafazkan redha, tetapi adakah hati kita betul-betul redha dengan takdirNya itu???

Menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka dan tenang itu bukanlah suatu yang mudah oleh seseorang bergelar manusia. Lantaran syaitan dan nafsu itu sentiasa bekerja "fulltime".Namun, ingatlah Allah menyukai dan menyayangi hambaNya yang berusaha ke arah kebaikan. Belajarlah bersikap redha dengan setiap takdirNya. Berusahalah kerna perintahNya dan bukan mengharapkan natijahNya. Bekerjalah agar keredhaan Allah itu menjadi milik kita dalam setiap amal yang dilaksana. Janji Allah ke atas hambaNya pasti datang. Bersabarlah....kehilangan satu jalan tidak bermakna tertutup jalan-jalan yang lain. Setiap manusia telah ditetapkan rezekinya. Berusahalah sebagai sebab untuk kita memperolehi ketetapanNya itu. Mungkin kita sukakan sesuatu tapi sebenarnya ia bukan milik kita dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ucaplah "alhamdulillah" tatkala ujianNya datang kerna itu tanda rahmat dariNya.

"Sesungguhnya apa pun yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya."(Al-An'am:134)

"....Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah:216)
Tidak salah membina impian kerna ia pembakar azam, tetapi janganlah sampai ia memakan diri. Ingatlah Allah itu lebih mengetahui yang ghaib. Tatkala takdir Illahi itu datang berlapang dada itu yang terbaik.

Moga ramadhan kali ini mendidik kita untuk lebih tabah dalam menghadapi mehnah duniawi agar taqwa itu dibajai dalam setiap hela nafas kita. InsyaAllah pasti ada hikmah rabbaniyah dari Dia yang Maha Berkuasa.
Allah itu sayang pada hambaNya dengan memberikan yang terbaik buatnya...
bukan dengan memberi apa yang disukai hambaNya...
kalau benar kita cinta padaNya....
maka seluruh jiwa redha dengan pemberianNya...
RADIALLAHU WA RADHUANH...
semoga Allah cinta padamu...
(a message from a friend...jzkk ukhti=)

13 Ramadhan 1430H, Kobe,Japan.


4 comments:

ct said...

ayu,何かあったの?
院試の結果?

izzat-kobe said...

salam kak ayu
izzat harap kak ayu sabar byk2 atas dugaan yg Allah bg kn.
walaupun bukan rezeki kak ayu kali ini insya allah rezeki kak ayu pasti ada di mana2 kelak.

misoshiru2312 said...

salam ayu..

hehehehehe....
biarlah bibir seiring dengan hati.
mengitakan apa yang diucap, biar terpancar di seluruh anggota jasad,
Moga Allah redha pada kita, dan kita redha padaNya.

kemanakah kita selepas ini ek??

FloWeR LoVeR said...

wsalam wbt...
jzkk sahabat2ku...

insyaAllah semuanya telah tertulis dalam kitabNya...
yakin Dia akan beri yang terbaik untuk kita, itu tandanya kita cinta padaNya...

ke mana kita selepas ini??
jawapan itu hanya Dia yang tahu:)