bedtime story...


Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
Masih dikurniakan Allah nikmat helaan nafas untuk terus "menyinggah" sebentar di bumi ciptaanNya yang penuh dengan keindahan.

Sudah agak lama saya rasakan "taman bunga" saya ini tidak dihiasi dengan "bunga-bunga" baru=)

Baiklah, saya ceritakan sedikit tentang hal-hal yang berlaku dalam hidup saya setelah selamat tiba di bumi jepun selepas cuti raya 2 bulan lepas. Seperti sahabat-sahabat saya yang lain, sem ke-2 bagi pelajar-pelajar tahun akhir merupakan satu tempoh yang sangat sibuk disebabkan tinggal hanya lebih kurang 3 bulan sahaja lagi kami akan menamatkan pelajaran dan insyaAllah menerima segulung ijazah. Namun, sesibuk manapun kita, jangan lupa tanggungjawab kita di sini bukan sekadar untuk mengejar segulung ijazah dunia, tapi ada hikmah Allah hantar kita ke sini iaitu untuk mengejar satu lagi ijazah iaitu IJAZAH AKHIRAT. Ingat lagi sabda Rasulullah s.a.w?Baginda bersabda bahawa, "barangsiapa yang mengejar dunia, dia akan mendapat dunia.Barangsiapa mengejar akhirat,dia akan mendapat akhirat sahaja. Dan barangsiapa mengejar dunia dan akhirat, dia akan memperolehi kedua-duannya."
Tak rugi kan kalau kita mengejar kedua-duanya?
Kita perlu selalu beringat bahawa tanggungjawab kita bukan hanya pada pihak kerajaan yang menaja pembelajaran kita di sini, tetapi kita juga ada tanggungjawab pada "tuan besar" yang menciptakan kita. Di mana syukur kita pada Dia yang menciptakan dan memberikan segala nikmat pada kita hingga ke saat ini??

Alhamdulillah...dalam kesibukan dengan hal di lab, Allah masih beri saya kekuatan dan himmah untuk sama-sama dengan sahabat lain meneruskan usaha kami memberi nafas baru islam kepada bumi sakura ini. Siapa lagi yang perlu meneruskan perjuangan murni Rasulullah s.a.w dan para sahabat suatu tika dulu kalau bukan kita ummatnya yang masih bernyawa atas nama islam?Malah tanpa perjuangan baginda dan sahabat dahulu, tak mungkin kita dapat menikmati nikmat islam pada saat ini. Berdoalah selalu moga kita terus berada dalam iman yang sejahtera dan jadilah muslim yang hari demi harinya ada pembaikan iman di jiwa sebagai tanda syukurnya kita atas nikmat Islam.
Tak sabar rasanya menanti autumn gathering yang bakal menjelang 2 minggu dari sekarang. Moga Allah permudahkan dan berikan yang terbaik dalam perancangan kita kerna hanya Dia sebaik-baik perancang.

Ketetapan ke atas setiap insan semuanya telah tertulis dalam kitabNya. Alhamdulillah kejayaan lulus dalam entrance examination for master bagi Nara Institute of Science & Technology(NAIST) sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk saya meneruskan pengajian di sini. Mungkin ramai yang tidak pernah dengar tentang universiti ini kan?
NAIST merupakan sebuah national university di Jepun yang hanya menempatkan pelajar di peringkat master dan Phd. Di dalam bidang research dan facilities, NAIST menduduki tangga pertama antara universiti-universiti di Jepun, malah mengatasi tokyo university..=)
Saya sendiri terkejut apabila diceritakan oleh professor di sana tentang hal tersebut. (huhu mampu ke level saya yang xseberapa nih..=)
InsyaAllah, mungkin itu yang terbaik untuk saya kan? Doakan juga ye moga dipermudahkan permohonan scholarship nanti.
(ada juga yang mencadangkan saya juken exam untuk kobe univ bln 2 nanti...hmm??terserah pada petunjukNya)

Sebenarnya, hari ini masuk hari ke-2 saya tidak ke sekolah lantaran mendapat cuti free dari doktor yang menasihatkan saya berehat di rumah selama 5 hari mulai isnin lepas. Sebabnye??
Hehe...pada hari ahad lepas, setelah pulang dari rumah sahabat saya di gifu, tiba-tiba saya diserang demam panas dan badan memang sangat lemah pada malam itu. Saya gagahkan diri bangun jam 3~4pagi untuk menyiapkan slide bagi presentation keesokan harinya. Tapi, ternyata saya asyik tidur lantaran badan yang sangat lemah. Keesokan paginya, saya bangun seperti biasa dan cuba menyiapkan kerja yang terbengkalai. Tanpa disangka, tiba-tiba suhu badan naik mendadak. Lalu saya terus ke klinik yang berdekatan dan akhirnya doktor mengesahkan saya positif influenza A. Terpaksala dikuarantin di rumah selama 5 hari dan akhirnya saya tak dapat menghadirkan diri ke lab untuk sesi presentation. Alhamdulillah, saya terima dengan redha takdirNya ini. Sakit pun satu nikmat kan?Mungkin Allah ingin memberi ruang pada saya untuk memantapkan tarbiyah diri yang makin kering lantaran kesibukan di lab dan program-program yang bakal menjelang. Jadi, Dia kurniakan cuti yang panjang nih.Boleh jadi ulat buku kut seminggu nih...hihi=)
Adik saya di kinki,osaka pun dah disahkan positif influenza A. Moga Allah terus lindungi kita dari sebarang musibah ye..InsyaAllah setiap ujian dariNya itu satu nikmat buat kita sebenarnya.

~ubat yang perlu disedut setiap hari~

Ada satu kata-kata dari sensei seorang adik yang agak mencuit hati;
cikgu saya kata, org yang tak demam tuh, die baka..
so, kalo demam tuh, ternyata, kak ayu, org
yg bijak pandai..
hihi..Nara Sentan Insei damon..:D
Memandai jek sensei nih..hehe
Penyakit itu semua dari Allah dan Allah sendiri pengubat segala penyakit. Tiada kaitan sama ada seseorang itu pandai ataupun tidak...^_^
Ini pula saya kongsikan kata-kata dari seorang adik yang turut membuat saya tersenyum;
"Sesungguhnya ujian kesenangan itu mudah menyebabkanmu alpa, tetapi ujian kesusahan akan lebih mengingatkanmu akanNya.
Sabar dan takwa tanpa henti."
Jazakallahukhair antunna atas keperihatinan dan kasih sayang yang antunna berikan walaupun kita berjauhan...Moga ujian Allah itu terus mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama kita.

InsyaAllah jika berkesempatan lagi saya akan menulis di sini. Maaf ye mungkin entry kali ini tak banyak menambah iman..huhu=)
"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dair jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-An`am:153)

7 comments:

pengembara tegar said...

salam kak ayu
odaiji ni!!!!
(^^)v

FloWeR LoVeR said...

wsalam wbt...
arigatou izzat^_^
(rindu plak nk g lab..=)

Unknown said...

salam ayu,
walaupun kita jauh tapi fizah sentiasa dekat dngn blog ni:)
slalu bukak tau:)
terima kasih..
bnyk menginsafkan...:)
miss u so much

Unknown said...

take care dear:)
hafizah hussin:)

FloWeR LoVeR said...

wsalam wbt..fizah,
masyaAllah dah lama ayu menjejaki fizah...hehhe
maaf ye lupe nk call before blk jepun aritu...
thanks anyway sudi melawat blog ayu yg xseberape nih..moga sama2 kite beroleh manfaatnye:)
rindunye ngan sahabat lama den nih:)
u too take care ye..=)
wassalam...

zinnia-lyana said...

ayu odaijini!

sakit ni kan menghapus dosa2 kecik. insyaAllah.

ayu jgn lupa mkn ubat naaaa.....ikut ckp doktor.

=)

FloWeR LoVeR said...

arigatou noq:)
soudane...
alhmdulillah da mula g skolah arini....=)