Perginya seorang daei...


Bismillahirrahmanirrahim....


Kematian....
Tatkala ia datang
Itulah pengakhiran kehidupan di suatu alam
dan tatkala ia datang
bermulalah kehidupan di alam yang baru
suatu alam yang tiada siapa ketahui
pengakhirannya....
suatu INFINIT!!!
Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya....

Tersentak...Sedih...Takut..Insaf...
Bercampur baur perasaan hari ini. Pagi-pagi lagi saya search website TV9 untuk menonton rancangan berita siaran stesen televisyen tersebut. Hati tersentak lantaran berita yang disiarkan adalah berkaitan salah seorang ikhwah yang kemalangan jalan raya setelah baru sahaja 4 jam lepas selesai akad nikah, iaitu antara ibadah yang sangat dituntut dan juga menjadi kesukaan Rasulullah s.a.w. bagi umatnya, kejadian berlaku pada hari jumaat, penghulu segala hari . Kemudian, saya baca lagi berita di mailing list, disertakan sekali dengan gambar-gambar yang menyayat hati dan menginsafkan insan-insan yang melihat. "Innalillahiwainnailahiraji`un...."
Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,ia PASTI menemui kamu…”(Al-Jumu’ah:8)

‘Mahu tak kamu tahu apakah perkara yang menjadi pemutus kepada kelazatan dunia?’ Rasulullah pernah bertanya.

‘ Itulah dia mengingati mati..’

Walaupun saya tidak mengenali arwah akhi yang dimaksudkan, namun mungkin kerna atas fikrah yang sama, sedikit sebanyak turut menyentuh hati yang masih baru dalam lapangan dakwah ini.

Kematian datang tanpa kita mampu menjangka bila ia akan berkunjung, walaupun baru sahaja selesai menyarungkan cincin tanpa sempat majlis perkahwinan dilangsungkan. Itulah ketentuanNya. Kita hambaNya yang lemah ini tidak berkuasa untuk menghalang sebarang ketetapanNya. Yang pergi tetap pergi dan yang masih bernyawa perlu meneruskan perjuangan suci ini hingga saat Sang Pencipta memanggil kita pulang ke pangkuanNya.
Moga roh arwah serta kedua ibubapanya diberkatiNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di syurga kelak.

Buat para duat, sama-sama kita luruskan kembali niat, moga redhaNya serta kebahagiaan syurgaNya yang hakiki sentiasa menjadi impian kita sebagai puncak perjuangan kita menegakkan kembali al-haq di atas muka bumi ini.
"Seandainya dunia terjadinya perpisahan, moga di syurga kelak terjadinya pertemuan kembali."

Kadang kita leka mengejar dunia
hingga kita lupa untuk mendekatiNya
kita lupa untuk memohon ampun
atas dosa-dosa lalu
walaupun sesaat...walaupun seminit!
Namun, kematian juga tidak akan menunggu kita
walaupun SESAAT...!
Tiada apa yang mampu dilakukan
saat jasad dan ruh terpisah...
Banyakkanlah muhasabah
Banyakkanlah mengingati mati
Kerna dengan mengingati mati
Hati itu "HIDUP".....

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. "(Ali- 'Imran: 185).


"Ya Allah ya Rabbi, matikanlah kami dalam husnul khotimah"
sumber lain: berita harian

1 comments:

Syahir Abu Sahmah said...

terima kasih atas ingatan..
insyaAllah semoga sisa2 nafas yg ada terus dlm redhaNya..
=)