Bit taufiq wan najah...


Bismillahirrahmanirrahim....

Tarbiyah dari Illahi itu sangat hebat kan?
Terkesima seketika tika seorang sahabat memberikan ayat-ayat cinta Illahi ni. 

Dia Musa berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku......" ( Taha: 25)
Doa Nabi Musa ketika memohon pada Allah agar dikurniakan pendokong baginda dalam berdakwah.
Subhanallah.......
Allah sebaik-baik tempat untuk kita memohon pertolongan.
Moga Allah permudahkan 中間発表 ana esok. Doakan ye:)

Buat adik-adik dan sahabat-sahabat yang sedang berperang dengan imtihan (peperiksaan), 論文 (thesis) dan 発表(presentation), tenangkan hati dan banyakkan mengingati Allah.
InsyaAllah dalam kesusahan itu pasti ada kemudahannya. Yakinlah akan pertolonganNya.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."(Al-Insyirah: 5-8)

اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأَنْتَ

تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْلا

“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau dapat jadikan susah itu mudah, apabila Engkau menghendakinya”


ربي زدني علماً وارزقني فهماً
Rabbi zidni ilma, warzuqni fahma

"Wahai tuhanku tambahkanlah kepadaku akan ilmu, dan kurniakan aku kefahaman."


"Dan mohonlah pertolongan( kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang kusyuk"(Al-baqarah: 45)


Marilah kita sama-sama lemparkan persoalan kepada diri kita, adakah kita telah bersungguh-sungguh dalam jihad ilmu ini sebagaimana Nabi Muhammad (saw) telah bersungguh-sungguh dalam menyampaikan amanah risalah? Dan adakah kita telah merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhan kita, sebagaimana Nabi Muhammad (saw) merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhan baginda?Renungkanlah...

Moga Allah permudahkan setiap urusan kita. Selamat bermujahadah:)

"Ya Allah, bantulah kami dalam mujahadah kami dan tetapkanlah niat kami semata-mata keranaMu sebagaimana ikrar kami; sesungguhnya solat kami, ibadah kami, kehidupan kami dan kematian kami adalah semata-mata keranaMu, Tuhan sekelian alam."

Maa taufiq wannajah.......Fasbir sabran jameela (bersabarlah dengan sebaik-baik kesabaran)!



ikhlas dari,
FloWeRLoVeR

"ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hambaMu yang lemah ini, hindarkanku dari rasa malas kerna ia pematah tekad dan ikhlasku.."ameen.

1 comments:

husain ali said...

trimakasih buat ilmunya :)