rintihan seorang hamba


ya Rabb...
satu-persatu daku lihat
daku dengar....
mula meninggalkan jalanMu ini
mula melangkah keluar
dari meneruskan perjuangan di jalan yang mulia ini...

ya Allah...
hati ini sedih...
sedih di kala melihat sahabat-sahabat yang turut sama
mengorak langkah ke jalan ini
sahabat yang turut sama mengucapkan syukur di kala sama-sama
merasai hidayahMu
suatu tika dulu...
kini tersungkur di pertengahan jalan...
namun..ya Rabbi
Kau bimbinglah mereka...lindungilah mereka
agar mereka sentiasa merasai tarbiyahMu
moga suatu hari nanti mereka dapat kembali
meneruskan perjuangan kekasihMu..

ya Rabb...
hati ini juga takut..
takut kiranya suatu hari nanti
diri ini juga turut berpatah balik
menyusuri jalan yang tika dulu pernahku telusuri
yang penuh dengan karat-karat jahiliyah...
takut kiranya daku tiada kekuatan
tiada kekuatan bagi menempuhi ujian-ujianMu suatu hari nanti
kerna itu...pimpinlah daku
bimbinglah daku agar daku tidak bisa kembali ke masa silamku..

ya Allah...
sesungguhnya diri ini mengerti..
bahawa Engkau sedang menguji..
sedang menguji hati-hati yang sedang berjuang di jalanMu ini..
semata untuk memilih
siapakah di antara hati-hati ini
yang sepenuh hatinya menyerahkan diri
demi mempertahankan agamaMu...
kerna itu mengingatkanku pada kisah jalut dan thalut...(al-baqarah:246-252)

ya Rabb...
tetapkanlah hati hambaMu ini
tetapkanlah hati-hati yang bersamaku ya Allah
agar kami terus istiqamah..
ikatkanlah hati-hati kami ya Rabbi

agar kami merasai kekuatan bagai sebuah bangunan yang kukuh..(as-saff:4)

agar kami terus tekad menyelusuri pahit manis bersama..
pahit manis sebuah jalan
yang bisa membawa kami
kepada pertemuan denganMu
yang bisa menjanjikan nikmat syurga
di akhirat kelak....

"Wahai jiwa yang tenang!Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurga-Ku."(Al-Fajr:27-30)

"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya yang (sebenar). Penuhkan piala hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Amiin."

3 comments:

Anonymous said...

ayu..T_T

FloWeR LoVeR said...
This comment has been removed by the author.
FloWeR LoVeR said...

to my dear mah: can`t stop crying..T_T =)
uhibbuki fillah ya ukhti...sayang kamu sume=)