Sejernih dan semurni air susu...


Di kala mata berpinar-pinar membaca nota dielectric yang penuh dengan kanji (japanese character) yang kebanyakannya sukar difahami, ditambah pula dengan jiten(electronic dictionary) saya yang tertinggal di rumah kakak 'L' di tokyo hampir 2 minggu yang lalu...syaitan dan nafsu mula menghasut diri,timbullah perasaan malas untuk meneruskan pembacaan. Iman saya diuji lagi dengan 'ketibaan' buku "The Kite Runner" karya Khaled Hosseini yang saya beli melalui internet beberapa hari lepas, pasti hati ini lagi tertarik untuk membaca novel yang sudah lama saya idamkan itu. Di saat membelek-belek novel tersebut,tetiba saya tersentak di kala terdengar DJ nasyid fm menyebut nama seseorang iaitu "Aimi Samihah binti Azuhan" yang menjadi tajuk berita utama akhbar berita harian pada hari ini. Bagi memastikan kesahihan berita tersebut,saya cuba melayari laman web bharian online dan alhamdulillah,sangkaan saya tepat sekali.
Nama yang dimaksudkan dalam berita tersebut adalah bekas senior sekolah saya (SMSTSSS a.k.a soksek) yang telah mencatat sejarah kerna bukan saja menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia kelas pertama, malah muncul penerima pertama Anugerah Lonza dari Imperial College London. Berita selanjutnya boleh klik di sini bharianorNST

~congratulations kak aimi!proud of you~

Apa yang ingin saya kongsikan di sini bukanlah tentang beliau, namun sesutu yang terkesan di hati lantaran kejayaan senior saya yang saya kagumi kerajinannya sejak dari alam persekolahan lagi. Lantas hati yang sedang di ambang kemalasan untuk membaca nota dielectric tadi terasa tercabar dengan kejayaan beliau dan perasaan malu(serta sedikit marah) dengan sikap diri sendiri yang tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Pernah dulu saya berazam untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik akademiknya dari seorang kafir, tetapi melihatkan diri sendiri yang sejak akhir-akhir ini semakin kurang bersemangat untuk belajar, timbul perasaan malu pada Dia yang Maha Mengetahui segala isi hati. Melihatkan kejayaan senior saya tersebut, saya kembali bermuhasabah....cuba memikirkan mengapa saya belajar? Apa tujuan saya belajar?Untuk apa dan siapa saya belajar sehingga berjaya menempatkan diri di salah sebuah universiti 'terkemuka' di jepun ini?
Sememangnya sebagai seorang muslim,saya membawa imej serta identiti seorang Muslim yang belajar.... tetapi, persoalannya,sudahkah saya melaksanakan tanggungjawab tersebut? Astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim...ighfirly ya Allah..ighfirly ya Allah!!Maafkanku ya Rabbi atas kelalaian hambaMu yang lemah ini.....
Alhamdulillah, tika hati sarat dengan perasaan bersalah dan sedih, petunjuk dr-Nya datang... kembali memujuk diri."La tahzan!"
Jazakillah buat kakak 'M' yang call saya (on the rite time) dan mengingatkan saya tentang "mengikhlaskan diri". Moga perkongsian berkenaan ikhlas ini dapat memberi manfaat kepada sahabat semua dan juga diri saya sendiri=)

"Ya Allah ya Rabbi,berilah aku niat yang baik, perbaguslah niatku, berilah aku niat yang ikhlas,ya Allah ya Tuhanku kurniakanlah keikhlasan dalam ku beribadah kepadaMu."
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba-Nya.Ia tida diketahui malaikat, sehingga ia tiada kuasa menuliskannya. Tiada pula diketahui syaitan, sehingga ia tiada kuasa merosakkannya." -Al Junaid
Ikhlas merupakan rahsia yang hanya di ketahui pemiliknya dan Allah s.w.t semata. Maka, tatkala seorang hamba merasa ingin menangis dan hatinya berdetak kencang untuk melakukan ketaatan, itulah detik-detik munculnya keikhlasan. Jika semalam kita merasa menunaikan solat sesuatu yang membebankan, sehingga terasa ingin sahaja ditinggalkan. Tetapi keesokan harinya, kita merasa begitu tenang dan bahagia, malah walaupun terpaksa mengerjakan solat di tepi-tepi jalan, maka inilah tanda keihklasan! Tatkala orang memandang pelik ke arah kita lantaran pergerakan kita, namun yang ada dalam hati hanyalah 'solatku hanyalah untukMu, cukuplah Engkau sebagai saksiku'.

"Dan cukuplah Allah sebagai saksi..."(Al-Fath:28)

Mari sama-sama kita amati perumpamaan indah tentang keikhlasan yang Allah ceritakan dalam Al-Quran.
"Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya(berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya." (An-Nahl:66)
Allah mengatakan,"Bagi kalian dalam binatang ternak itu terdapat ibrah(pengajaran) yang menakjubkan." Cuba kita fikirkan apakah ibrah yang Allah maksudkan itu? Dalam ayat tersebut, Allah ceritakan air susu keluar dari binatang ternak, iaitu antara tahi dan darahnya.Dan air susu yang keluar itu bersih dan menyegarkan,mudah ditelan oleh peminumnya. Pernahkah kita memeras air susu, lalu ia tercampur dengan setitis darah? Tidak mungkin air susu itu tercampur dengan air seni bukan? kerna kita pasti tidak mahu meminumnya sekiranya ia bercampur dengan bahan lain...subhanAllah!indahnya ciptaan Allah.Renungkan bagaimana bersihnya air susu itu, begitu bersih, begitu murni. Sahabatku, begitulah juga dengan keikhlasan kita. Bagaimana bersihnya 'susu yang murni' (labanan khalishan), maka demikianlah juga ikhlas dalam beramal. Ia perlu bersih dari segala campuran. Malulah kita dengan Allah. Dia telah memberikan kita sesuatu yang murni, kenapa kita perlu memberiNya amal yang tercampur? Ikhlaskanlah hati kita. Bersihkanlah amal kita dari segala macam campuran...hanya untuk Dia yang SATU.

"Amal ini tidak untuk sesiapapun kecuali Engkau, ya Rabbi. Sejernih dan semurni air susu."
Ikhlas memang sesuatu yang sulit dan berat. Bayangkan, kita harus memurnikan semua sisa hidup kita dari segala campuran. Dari yang kita rahsiakan atau yang kita tampakkan, semata-mata ikhlas keranaNya.
Katakanlah:"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya, dan demikian itulah yang diperintahkan padaku...."'(Al-An'am:162-163)

Imam Sufyan Ats-Tsauri rahimallah pernah berkata,"Tidaklah aku mengubati sesuatu yang lebih berat dari niatku."Maksudnya sesuatu yang paling berat untuk diubati adalah qalbu(hati), kerna ia mudah berubah-ubah. Teringat saya kepada kata-kata seorang ustaz di sekolah dulu,"Penyakit yang paling sukar untuk diubati adalah penyakit HATI."
Dari hatilah juga datangnya niat. Jika hati itu bersih dan dekat dengan Penciptanya, maka lahirlah niat yang suci yang menzahirkan keikhlasan seseorang hamba dalam beramal.
"Sesungguhnya semua amal itu dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang ia niatkan. Barangsiapa hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu untuk Allah dan RasulNya. Dan barang siapa hijrahnya kerana dunia atau wanita, maka hijrahnya itu untuk apa yang ia berhijrah kerananya."(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabatku, marilah sama-sama kita memperhatikan dan memperbaharui niat dalam setiap amal kita. Kerna pintu gerbang keikhlasan adalah niat. Seorang salaf mengatakan, "Pelajarilah niat kalian, sebagaimana kalian belajar ilmu." Dalam menuntut ilmu, kita seharusnya memikirkan mengapa kita belajar!Kita mungkin menjawab,"Saya belajar agar tidak dimarahi orang tua...saya belajar untu berbakti kepada negara."Namun, cubalah untuk mengatakan,

"Saya akan belajar, kerana orang soleh tidak layak gagal. Sehingga saya tidak mencoreng muka orang mukmin nan soleh.."
"Saya akan belajar kerana sampai sekarang yang menokhdai dunia adalah orang kafir, orang fasik. Maka kini tiba giliran salah satu dari orang soleh memimpin dunia..."
"Saya akan belajar hingga saya memiliki kedudukan terhormat di kalangan masyarakat, lalu saya akan menyeru manusia kepada Allah s.w.t.."


Mungkin agak berat bagi kita untuk memikirkan niat kita menuntut ilmu sehingga ke tahap tersebut. Namun, kiranya hati kita hanya ada Allah, setiap ibadah hanya dilakukan keranaNya. Tidak rugi untuk kita berniat baik bagi setial amal kita terutama sekali ketika belajar kerna dengan niat itu, setiap goresan pena atau pandangan mata pada kitab(buku) akan menerima pahala. Indahnya agama ini, mengubah adat kebiasaan menjadi suatu ibadah. Kekadang selama 2 jam kita mentelaah, tiada satupun yang kita pelajari atau fahami, tetapi saat niat itu datang, lahirlah ikhlas, terbitlah redha, maka jadilah hati yang rajin...insyaAllah.
Marilah sama-sama kita pelajari niat!Kerna dengan niat datanglah keikhlasan. Dengan mengikhlaskan diri, maka bersihlah amal kita dari tercampur dengan 'bendasing' lain, saat itu jadilah amal kita sebersih dan semurni air susu.

p/s: untuk berbicara tentang ikhlas bukanlah suatu yang mudah dan memerlukan masa kerna ia suatu yang berat dan sulit....saya juga masih dalam proses memurnikan amal saya semurni air susu^_^...insyaAllah jika berkesempatan akan saya kongsi lagi di sini...
bagi yang belum menonton movie 'Sang Murabbi', saya syorkan sahabat semua menonton movie tersebut kerna dari situ saya terkesan dengan keikhlasan dan betapa dekatnya hubungan seorang daei dengan Penciptanya....wallahualam=)

4 comments:

Farid Abu Talib said...

sebagai anak muda belajar adalah sesuatu yang perlu tetapi sebagai anak muda kehidupan adalah wajib kita rayakan.

FloWeR LoVeR said...

to en farid abu talib :betul tu cikgu farid...tetapi,dalam meraikan kehidupan kurniaan Illahi kita perlu menjadikan Al-quran dan sunnah nabi s.a.w sebagai pegangan kita agar tidak terkeluar dari landasan ajaran Islam yg sebenarnya...raikanlah kehidupan kita dengan beramal kpdNya kerna itu adalah sebaik-baik bekalan buat kita di akhirat kelak yang pastinya Allah janjikan kehidupan di syurga bagi hambaNya yang bertaqwa ketika hidupnya di dunia..Rasulullah s.a.w bersabda:"Ad-duniya mazra`atul akhirat"(Dunia itu ladang akhirat)..
ops..terpanjang plak=)

zahratulhilal said...

salam.. wah wah ana ingat sape td flower lover ni. cik ayuuu rupanya. nice blog anyway..new blog, new atmosphere :) jom kte buang jahiliyah dulu, beban2 tak tertanggung sepjg jln ni.. shuh2.

moga menjadi semurni susu...khalas!

FloWeR LoVeR said...

to zahratulhilal: wsalam wbt...jzkk ya ukhti=)
may this 'new atmosphere' can lead us to meet HIM in Jannah on the day of akhirah..bi iznillah!
jom throw away those karat2 jahiliyah :)insyaAllah,moga Dia permudahkan urusan kita...

khalas!(hihi..like it!mcm tok2 arab plak=)