Me"manusia"kan manusia


Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam liqa isnin lepas, tiba-tiba ana terkeluar perkataan ini..
"memanusiakan manusia"
Hihi peninla ahli liqa' yang mendengarnya.

Nampak macam pelik kan?
Kenapa nak "manusia"kan manusia sedangkan dah memang manusia?

Baiklah. Mari kita cuba fahami apa itu "manusia" terlebih dahulu sebelum kita bincangkan tentang ungkapan tadi.

"Wahai manusia!Jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungghunya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai abyi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua, sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami tutunkan air (hujan) di atasnya,hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah."(Al-Hajj:22)

Manusia. Makhluk ciptaan Allah yang dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Dalam konteks inovasi, apabila sesuatu barang /mesin itu dicipta pastilah ada tujuan diciptakannya. Bagaimana kalkulator dicipta untuk memudahkan manusia mengira nilai-nilai yang besar, begitulah juga dengan penciptaan manusia. Mana mungkin Allah ciptakan manusia sekadar untuk memenuhi ruang bumi yang serba luas hanya sebagai sebahagian dari hidupan alam.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu."(51:56)
"...Aku hendak menjadikan khalifah di atas muka bumi ini......."(2:30)
Fitrah manusia itu, walau macam manapun difikirkannya, manusia tidak mampu untuk berfikir tentang tujuan penciptaannya. Atas sebab itu, Allah utuskan para nabi untuk menyampaikan pada manusia tujuan hidupnya di atas muka bumi ini dan bukannya untuk mengajarkan ilmu fizik, biologi etc. Kerna ilmu-ilmu tersebut mampu dikuasai manusia melalui nikmat akal kurniaan Allah. Manusia itu hanya perlu mencari dan mengkaji, kerna sunnatullah ilmu-ilmu ini telah terbentang luas di atas muka bumi. Manusia hanyalah perlu mencari dan menemukannya.

Ingat lagi kisah suatu kaum yang meminta pendapat rasulullah s.a.w tentang mendebungakan pohon kurma?
Ha, ingat tak apa jawapan rasulullah s.a.w?
أنتم أعلم بأمر د نيا كم
Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu
Rasulullah s.a.w nak maksudkan di situ bahawa tak perlu bertanya pada baginda tentang hal-hal seperti itu kerna Allah telah kurniakan akal pada manusia yang tidak dimiliki mana-mana makhluk lain. Rasul diutus untuk menceritakan tentang matlamat hidup manusia dan manusia hanya perlu gunakan akal kurniaanNya sebagai alat untuk berfikir bagaimana untuk melaksanakan matlamat hidupnya.
"Sebagaimana kami telah kepadamu seorang rasul (Muhammad) dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu kitab(Al-Quran) dan hikmah(Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui." (Al-Baqarah:23)

Amat rugi manusia yang tidak menyedari hakikat kejadian dirinya. Tidak dinafikan jika ramai yang merasakan hidup mereka kosong lantaran si pemilik tubuh tidak mengenali sebenar-benar kejadian dirinya. Biarlah mewah, gembira dan bahagia sekalipun hidup seseorang itu, nalurinya tetap mengatakan "HIDUPKU KOSONG!". Neraca manusia dan neraca Allah itu bebeza sama sekali.
Pada perkiraan manusia, dengan memiliki ijazah yang hebat, pekerjaan yang bagus, duit yang mencukupi, keluarga yang bahagia sudah cukup untuk mengisi seisi hidupnya. Namun, manusia itu silap. Pada Allah, itu bukanlah sesuatu yang cukup sebagai pelengkap hidup insani. Selagi manusia tidak melaksanakan kedua-dua matlamat penciptaannya, selagi itu mereka tidak akan pernah puas untuk mencari unsur-unsur yang boleh mem'bahagia'kan mereka.

Sedar tak bahawa manusia itu bagaikan ROBOT sekiranya dia tidak memahami hakikat kejadian dan tujuan penciptaannya? Kenapa ana katakan ROBOT?
Cuba kita lihat kerja-kerja robot. Apabila disambung ke sumber elektrik, bekerjalah ia seperti mana yang telah diprogramkan oleh tuannya. Jika robot itu fungsinya adalah untuk mencuci pakaian, maka dari awal hinggalah kehilangan kuasa, kerjanya hanyalah "mencuci dan terus mencuci","berulang dan terus berulang".
Cuba kita muhasabah kembali kehidupan seharian kita.
Bangun pagi.........Solat......Pergi ke sekolah/kerja......Makan........Balik sekolah/kerja.....Tonton TV.....Layari internet.......Tidur..........dan keesokannya kita masih ulangi perkara yang sama kan? Berulang dan terus berulang!!
Ha, tak rasa ke kehidupan seperti ini tak ubah seperti robot kan?
Kerna itulah ana ungkapkan kata-kata di awal tadi, "memanusiakan manusia".

Kita perlu mengembalikan kembali nilai-nilai yang perlu ada pada seorang manusia supaya kehidupannya tidak lagi seperti robot yang dibayangkan tadi. Kehidupan yang seperti tiada matlamat yang jelas dan hanya mengulangi perkara yang sama hari demi hari.

Manusia yang bergelar "manusia" itu hidup kerna jiwanya hanya penuh dengan ketaatan pada Allah, fikirannya hanya penuh dengan BERFIKIR demi deenulislam dan jasadnya hanya bekerja demi kebangkitan Islam itu kembali.
Jika "robot-robot" lain mengatakan tidak mungkin untuk Islam bangun kembali, namun mereka tetap mengatakan YA.
Kerna keyakinan akan ketetapan Illahi itu memacu kehidupannya kepada usaha kerasnya sekaligus membentuk hadayatul rabbaniyyah (kehidupan rabbani) yang tiada lagi dikatakan ungkapan HIDUP KOSONG.




3 comments:

.Si kEmunCuP. said...

salu kate pde dri sndri,'tiap2 ari wat mende sme,bgun pg g skola,blik skola wat kadai,tdo,sok pg bgon wat mende sme.trase sgt bosan n dri mcm robot'.
rupe2nye dri sndri yg mnyebabkn jd mcm tu...
=(

Anonymous said...

mem'primer'kan yang 'sekunder'

FloWeR LoVeR said...

cik kemuncup: xpe wawa...alhamdulillah Allah pilih hati2 kita utk dpt hidayah nih kan..isshoni gambaroune:)

cik anonymous: hm menarik kata2 itu=)