Bismillahirrahmanirrahim.......
kadang ku tertanya sendirian
bisakah batu-bata itu terbina
sedangkan sang pembina
masih belum cukup memahami
hakikat sang batu-bata
apakah unsur penguatnya?
apakah makanan keperluan hariannya?
apakah elemen yang membentuknya?
apakah yang mengikat ruh sang batu-bata?
kenyataannya....
sang pembina tahu perihal sang batu-bata
tapi yang merungsingkannya
kemampuan dirinya
yang kudrat tenaganya tidaklah sekuat mana
yang ilmu tentang binaan tidaklah setinggi mana yang disangka
yang kemahirannya dalam membina tidaklah sehebat mana
namun...
itulah hakikatnya
amanah di bahu
mana mungkin dilepaskan begitu sahaja
kerna itu bukan kriteria sang pembina
yang bertunjangkan kalimah Lailahaillallah
yang meyakini UA bisa tercapai dengan adanya batu-bata
yang hanya mengharapkan redha Tuannya atas usaha pembinaannya
buat sang pembina...
jangan pernah mengalah pada suara kelemahan itu
proses membina itu panjang
hanya yang ikhlas dan sabar
mampu bertahan
binalah batu-bata itu dengan kasih sayang (luv)
membina batu-bata
Labels: bicara qalbi
Fi Dzilalil Murabbi...
Labels: bicara qalbi, tarbiyah diri
dengan namaNya,
ar-Rahman..ar-Rahim..
ar-Rahman atas segalanya
ar-Rahim atas segalanya..
adunan rasa yang disimpan,
jauh di sudut yang paling dalam
buat jiwa-jiwa..yang berjiwa mutarabbi..
meski sudah jauh berjalan
jiwanya masih jiwa mutarabbi
mengharap sayang sang murabbi
mengharap kasih sang murabbi
wahai ‘abidurrahman..
dalam hatimu itu ada rasa sayang
dalam hatimu itu ada rasa kasih
sayang bukan sebarang sayang
kasih bukan sebarang kasih
cuma..cuma..
ingin kuingatkan..
diriku dan kalian
murabbi itu bukan malaikat
murabbi itu bukan nabi yang maksum,
cuma..cuma..
murabbi itu cuma seorang manusia,
yang dengan sedayanya mencuba
menjadikan nabi itu qudwah terbaik dalam hidupnya
dan kenapa, duhai pemilik hati ‘abidurrahman
perlu kalian mengeluh, berkeluh kesah
resah menanti murabbi sepertinya malaikat
menunggu murabbi sepertinya nabi
tanpa ada cacat walau sedikit
benar..benar..
benar murabbi itu seorang pemimpin
benar murabbi itu seorang guru
benar murabbi itu seorang teman
benar, seharusnya begitu
tapi..
ingin diingatkan,
diriku dan kalian..
kita merancang,
Allah jua merancang,
dan Dia adalah sebaik-baik perancang..
sabar..sabar..sabar duhai pemilik hati ‘abidurrahman..
tarbiyah itu dari Allah..
ada harinya tarbiyah itu lewat sang murabbi..
ada harinya tarbiyah itu lewat sang mutarabbi..
ada harinya tarbiyah itu, lewat diri kita sendiri…
tapi datangnya sama, dari Allah..
kenapa harus ada masa berhenti?
kenapa harus ada masa berhenti dari tarbiyah ini?
kenapa..?
yang miliki hatimu itu dirimu sendiri
yang miliki jiwamu itu jiwamu sendiri
yang miliki imanmu itu imanmu sendiri
Allah kan ada..
Allah ada..
Allah..
duhai pemilik hati ‘abidurrahman..
ku katakan begini,
untuk kalian yang memiliki jiwa mutarabbi
untuk diriku yang jua seorang mutarabbi
dan murabbi kita..jua seorang mutarabbi..
sampai..
murabbi teragung..
tidak rindukah kita pada baginda?
murabbi kepada murabbi teragung..?
DIA pemilik nyawa kita..
DIA pemilik hati kita..
DIA pemilik iman kita..
kembali pada asalnya diri.
jadi kenapa harus lari?
*puisi nukilan seorang ustaz....
"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."(3:139)
cahaya cinta itu
Labels: bicara qalbi, tarbiyah diri
"aku redha menerimanya seandai ia terjadi, kerna aku tidak bisa lari dari kenyataan yang suatu hari nanti dia tidak akan lagi menjadi milikku...."
"Sesungguhnya apapun yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya."(Al-An`am:134)
Bit taufiq wan najah...
Labels: imtihan, tazkirah corner
Bismillahirrahmanirrahim....
Tarbiyah dari Illahi itu sangat hebat kan?
Terkesima seketika tika seorang sahabat memberikan ayat-ayat cinta Illahi ni.
Dia Musa berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku......" ( Taha: 25)Doa Nabi Musa ketika memohon pada Allah agar dikurniakan pendokong baginda dalam berdakwah.
Subhanallah.......
Allah sebaik-baik tempat untuk kita memohon pertolongan.
Moga Allah permudahkan 中間発表 ana esok. Doakan ye:)
Buat adik-adik dan sahabat-sahabat yang sedang berperang dengan imtihan (peperiksaan), 論文 (thesis) dan 発表(presentation), tenangkan hati dan banyakkan mengingati Allah.
InsyaAllah dalam kesusahan itu pasti ada kemudahannya. Yakinlah akan pertolonganNya.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."(Al-Insyirah: 5-8)
اللّهُمَّ لا سَهْلا إِلا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلا وَأَنْتَ
تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِيئْتَ سَهْلا
ربي زدني علماً وارزقني فهماً
Rabbi zidni ilma, warzuqni fahma
"Dan mohonlah pertolongan( kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang kusyuk"(Al-baqarah: 45)
Marilah kita sama-sama lemparkan persoalan kepada diri kita, adakah kita telah bersungguh-sungguh dalam jihad ilmu ini sebagaimana Nabi Muhammad (saw) telah bersungguh-sungguh dalam menyampaikan amanah risalah? Dan adakah kita telah merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhan kita, sebagaimana Nabi Muhammad (saw) merasai peritnya mujahadah dalam kesungguhan baginda?Renungkanlah...
"Ya Allah, bantulah kami dalam mujahadah kami dan tetapkanlah niat kami semata-mata keranaMu sebagaimana ikrar kami; sesungguhnya solat kami, ibadah kami, kehidupan kami dan kematian kami adalah semata-mata keranaMu, Tuhan sekelian alam."
Maa taufiq wannajah.......Fasbir sabran jameela (bersabarlah dengan sebaik-baik kesabaran)!
ikhlas dari,
FloWeRLoVeR

"ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hambaMu yang lemah ini, hindarkanku dari rasa malas kerna ia pematah tekad dan ikhlasku.."ameen.
Me"manusia"kan manusia
Labels: flower bercerita, tazkirah corner
Bismillahirrahmanirrahim...
Dalam liqa isnin lepas, tiba-tiba ana terkeluar perkataan ini..
"memanusiakan manusia"
Hihi peninla ahli liqa' yang mendengarnya.
Nampak macam pelik kan?
Kenapa nak "manusia"kan manusia sedangkan dah memang manusia?
Baiklah. Mari kita cuba fahami apa itu "manusia" terlebih dahulu sebelum kita bincangkan tentang ungkapan tadi.
"Wahai manusia!Jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungghunya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai abyi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua, sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami tutunkan air (hujan) di atasnya,hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tetumbuhan yang indah."(Al-Hajj:22)
Manusia. Makhluk ciptaan Allah yang dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Dalam konteks inovasi, apabila sesuatu barang /mesin itu dicipta pastilah ada tujuan diciptakannya. Bagaimana kalkulator dicipta untuk memudahkan manusia mengira nilai-nilai yang besar, begitulah juga dengan penciptaan manusia. Mana mungkin Allah ciptakan manusia sekadar untuk memenuhi ruang bumi yang serba luas hanya sebagai sebahagian dari hidupan alam.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu."(51:56)
"...Aku hendak menjadikan khalifah di atas muka bumi ini......."(2:30)Fitrah manusia itu, walau macam manapun difikirkannya, manusia tidak mampu untuk berfikir tentang tujuan penciptaannya. Atas sebab itu, Allah utuskan para nabi untuk menyampaikan pada manusia tujuan hidupnya di atas muka bumi ini dan bukannya untuk mengajarkan ilmu fizik, biologi etc. Kerna ilmu-ilmu tersebut mampu dikuasai manusia melalui nikmat akal kurniaan Allah. Manusia itu hanya perlu mencari dan mengkaji, kerna sunnatullah ilmu-ilmu ini telah terbentang luas di atas muka bumi. Manusia hanyalah perlu mencari dan menemukannya.
Ingat lagi kisah suatu kaum yang meminta pendapat rasulullah s.a.w tentang mendebungakan pohon kurma?
Ha, ingat tak apa jawapan rasulullah s.a.w?
Rasulullah s.a.w nak maksudkan di situ bahawa tak perlu bertanya pada baginda tentang hal-hal seperti itu kerna Allah telah kurniakan akal pada manusia yang tidak dimiliki mana-mana makhluk lain. Rasul diutus untuk menceritakan tentang matlamat hidup manusia dan manusia hanya perlu gunakan akal kurniaanNya sebagai alat untuk berfikir bagaimana untuk melaksanakan matlamat hidupnya.أنتم أعلم بأمر د نيا كم
Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu
"Sebagaimana kami telah kepadamu seorang rasul (Muhammad) dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu kitab(Al-Quran) dan hikmah(Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui." (Al-Baqarah:23)
Amat rugi manusia yang tidak menyedari hakikat kejadian dirinya. Tidak dinafikan jika ramai yang merasakan hidup mereka kosong lantaran si pemilik tubuh tidak mengenali sebenar-benar kejadian dirinya. Biarlah mewah, gembira dan bahagia sekalipun hidup seseorang itu, nalurinya tetap mengatakan "HIDUPKU KOSONG!". Neraca manusia dan neraca Allah itu bebeza sama sekali.
Pada perkiraan manusia, dengan memiliki ijazah yang hebat, pekerjaan yang bagus, duit yang mencukupi, keluarga yang bahagia sudah cukup untuk mengisi seisi hidupnya. Namun, manusia itu silap. Pada Allah, itu bukanlah sesuatu yang cukup sebagai pelengkap hidup insani. Selagi manusia tidak melaksanakan kedua-dua matlamat penciptaannya, selagi itu mereka tidak akan pernah puas untuk mencari unsur-unsur yang boleh mem'bahagia'kan mereka.
Sedar tak bahawa manusia itu bagaikan ROBOT sekiranya dia tidak memahami hakikat kejadian dan tujuan penciptaannya? Kenapa ana katakan ROBOT?
Cuba kita lihat kerja-kerja robot. Apabila disambung ke sumber elektrik, bekerjalah ia seperti mana yang telah diprogramkan oleh tuannya. Jika robot itu fungsinya adalah untuk mencuci pakaian, maka dari awal hinggalah kehilangan kuasa, kerjanya hanyalah "mencuci dan terus mencuci","berulang dan terus berulang".
Cuba kita muhasabah kembali kehidupan seharian kita.
Bangun pagi.........Solat......Pergi ke sekolah/kerja......Makan........Balik sekolah/kerja.....Tonton TV.....Layari internet.......Tidur..........dan keesokannya kita masih ulangi perkara yang sama kan? Berulang dan terus berulang!!Ha, tak rasa ke kehidupan seperti ini tak ubah seperti robot kan?
Kerna itulah ana ungkapkan kata-kata di awal tadi, "memanusiakan manusia".
Kita perlu mengembalikan kembali nilai-nilai yang perlu ada pada seorang manusia supaya kehidupannya tidak lagi seperti robot yang dibayangkan tadi. Kehidupan yang seperti tiada matlamat yang jelas dan hanya mengulangi perkara yang sama hari demi hari.
Nafas baru
Labels: bicara qalbi
Bismillahirrahmanirrahim...
berbekal himmah dari yang Maha Satu
disulami satu nafas baru
satu anjakan baru
kerna,
dalam kehidupan Rabbani itu
adanya bisikan lembut di hati
menyeru untuk sentiasa
membersihkan hati
memperbaharui niat
mencari nafas baru
agar kita bisa segar, ceria, teguh
untuk terus bertapak di jalan penuh liku ini
meninggalkan palit-palit jahiliyyah
sedikit demi sedikit dikikis
agar ia tidak bisa lagi menjadi batu penghalang
untuk terus bermujahadah
mengharapkan mardhatillah yang teragung
kerna dalam nafas baru itu
hanya ada DIA dalam setiap helaan..
kerna nikmat tarbiyah dariMu, langkahku bermula dan terus mara....
atas kefahaman yang satu...
ad-da'wa ahsanul qaul wa AHSANUL `AMAL!
"Wahai Pembolak-balik hati, tetapkanlah hati-hati kami untuk terus thabat di jalan ini dan kekal dalam agamaMu."
Istiqamah dalam mencintaiMu
Labels: bicara qalbi
Di mana Dia dalam hatiku?
Di mana Dia dalam amalku?
Di mana Dia dalam tawakalku?
Kadang hati ini pilu
pilu teramat sangat
Kadang hati ini malu
malu teramat sangat
Kerna hati ini tidak bisa setia dalam mencintaiNya
Kerna hati ini tidak bisa istiqamah dalam mendambakan kasihNya
Ighfirly ya Allah!Ighfirly ya Allah!
Tidak bisa hati ini meraih cintaMu
andai qalbi masih penuh noda duniawi
andai qalbi masih belum mengerti
erti KUSYUK dalam menyemai rindu padaMu
Letakkanlah dunia di tanganku, di genggamanku
dan bukan di hatiku..
agar hati ini bisa mengenang nikmat-nikmat kathirMu
agar hati ini bisa kembali istiqamah
ISTIQAMAH DALAM MENCINTAIMU
ISTIQAMAH DALAM BERMUJAHADAH
menegakkan kalimah LA`ILAHAILLALLAH
kerna telah ku berjanji atas kalimah itu
menjadi SAKSI AL-HAQ pada manusia sejagat!
kerna atas janji itu...
hati ini yakin akan pertemuan denganMu..ya Waduud~
"Thank you Allah...kerna dalam perjalanan yang panjang itu ku temui KEBENARAN dan CINTAMU"
Perginya seorang daei...
Labels: flower bercerita, tazkirah corner
Tatkala ia datang
Itulah pengakhiran kehidupan di suatu alam
dan tatkala ia datang
bermulalah kehidupan di alam yang baru
suatu alam yang tiada siapa ketahui
pengakhirannya....
suatu INFINIT!!!
Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya....
Bercampur baur perasaan hari ini. Pagi-pagi lagi saya search website TV9 untuk menonton rancangan berita siaran stesen televisyen tersebut. Hati tersentak lantaran berita yang disiarkan adalah berkaitan salah seorang ikhwah yang kemalangan jalan raya setelah baru sahaja 4 jam lepas selesai akad nikah, iaitu antara ibadah yang sangat dituntut dan juga menjadi kesukaan Rasulullah s.a.w. bagi umatnya, kejadian berlaku pada hari jumaat, penghulu segala hari . Kemudian, saya baca lagi berita di mailing list, disertakan sekali dengan gambar-gambar yang menyayat hati dan menginsafkan insan-insan yang melihat. "Innalillahiwainnailahiraji`un...."
“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,ia PASTI menemui kamu…”(Al-Jumu’ah:8)
‘Mahu tak kamu tahu apakah perkara yang menjadi pemutus kepada kelazatan dunia?’ Rasulullah pernah bertanya.
‘ Itulah dia mengingati mati..’
Kematian datang tanpa kita mampu menjangka bila ia akan berkunjung, walaupun baru sahaja selesai menyarungkan cincin tanpa sempat majlis perkahwinan dilangsungkan. Itulah ketentuanNya. Kita hambaNya yang lemah ini tidak berkuasa untuk menghalang sebarang ketetapanNya. Yang pergi tetap pergi dan yang masih bernyawa perlu meneruskan perjuangan suci ini hingga saat Sang Pencipta memanggil kita pulang ke pangkuanNya.
Moga roh arwah serta kedua ibubapanya diberkatiNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di syurga kelak.
Buat para duat, sama-sama kita luruskan kembali niat, moga redhaNya serta kebahagiaan syurgaNya yang hakiki sentiasa menjadi impian kita sebagai puncak perjuangan kita menegakkan kembali al-haq di atas muka bumi ini.
"Seandainya dunia terjadinya perpisahan, moga di syurga kelak terjadinya pertemuan kembali."
hingga kita lupa untuk mendekatiNya
kita lupa untuk memohon ampun
atas dosa-dosa lalu
walaupun sesaat...walaupun seminit!
Namun, kematian juga tidak akan menunggu kita
walaupun SESAAT...!
Tiada apa yang mampu dilakukan
saat jasad dan ruh terpisah...
Banyakkanlah muhasabah
Banyakkanlah mengingati mati
Kerna dengan mengingati mati
Hati itu "HIDUP".....
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. "(Ali- 'Imran: 185).
Hati Seorang Daei
Labels: bicara qalbi, flower bercerita
itu adalah kebiasaan baginya
kerna tidak semua akan menerima ajakannya
tidak semua akan suka akan ajarannya
itulah fitrah seorang daei.
Namun,
dia juga insan biasa
insan yang serba kekurangan
insan yang bisa menangis
tika kebenaran yang dibawa
ditolak bulat-bulat oleh masyarakat sekeliling..
Kenapa begitu sukar
untuk manusia menerima al-haq itu?
Kenapa al-batil tetap menjadi pilihan mereka?
walau berbuih sudah mulut menyatakan kebenaran!
Kerna itu adalah ketetapan Illahi..
tiada paksaan dalam menerima hidayah
lantaran ia adalah hak milik sang pencipta.
Seorang daei...
walau hatinya dihiris luka
dari kata-kata pedih manusia
dari reaksi yang mengharukan
Itulah hakikat yang harus diterima
Kerna dia hanyalah perantara
Kerna dia hanyalah penyebab
untuk hidayah Allah itu sampai
pada manusia yang terpilih...
Wahai insan yang bergelar pembela agama suci
Cerminlah dirimu...
andai kata hidayah itu sukar sampai pada insan di sekelilingmu
Reflekkanlah dirimu kembali..
adakah usahamu setimpal dengan apa yang diimpikan?
adakah hatimu cukup ikhlas dalam bekerja?
adakah redhaNya yang kau dambakan?
adakah cintaNya yang kau rindui?
andai cinta tanpa kusyuk ,
andai kasih tanpa redha,
andai sayang tanpa ikhlas,
keringlah hati sang pendamba cinta suci....
keringlah hati sang pembela agama suci....
kerna hati seorang daei itu...
memancarkan kelembutan jiwanya..
menjelmakan keikhlasan perjuangannya..
Teguhkanlah hatimu untuk terus berjuang
kerna ikhlas dan sabar itu kunci hati seorang daei.

Sabda Rasulullah S.A.W;"Allah menjamin seseorang yang berjihad fi sabilillah, yang keluar dari rumahnya tiada yang lain hanyalah untuk berjihad fi sabilillah dan untuk membenarkan janjiNya bahawa Allah akan memasukkan dia ke dalam syurga atau mengembalikan dia ke rumahnya yang telah dia tinggalkan dengan membawa pahala atau ghanimah yang dia perolehi."(Hadith riwayat Bukhari, Muslim,Tirmidzi dan Malik)
bedtime story...
Labels: flower bercerita
Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
Masih dikurniakan Allah nikmat helaan nafas untuk terus "menyinggah" sebentar di bumi ciptaanNya yang penuh dengan keindahan.
Sudah agak lama saya rasakan "taman bunga" saya ini tidak dihiasi dengan "bunga-bunga" baru=)
Baiklah, saya ceritakan sedikit tentang hal-hal yang berlaku dalam hidup saya setelah selamat tiba di bumi jepun selepas cuti raya 2 bulan lepas. Seperti sahabat-sahabat saya yang lain, sem ke-2 bagi pelajar-pelajar tahun akhir merupakan satu tempoh yang sangat sibuk disebabkan tinggal hanya lebih kurang 3 bulan sahaja lagi kami akan menamatkan pelajaran dan insyaAllah menerima segulung ijazah. Namun, sesibuk manapun kita, jangan lupa tanggungjawab kita di sini bukan sekadar untuk mengejar segulung ijazah dunia, tapi ada hikmah Allah hantar kita ke sini iaitu untuk mengejar satu lagi ijazah iaitu IJAZAH AKHIRAT. Ingat lagi sabda Rasulullah s.a.w?Baginda bersabda bahawa, "barangsiapa yang mengejar dunia, dia akan mendapat dunia.Barangsiapa mengejar akhirat,dia akan mendapat akhirat sahaja. Dan barangsiapa mengejar dunia dan akhirat, dia akan memperolehi kedua-duannya."
Tak rugi kan kalau kita mengejar kedua-duanya?
Kita perlu selalu beringat bahawa tanggungjawab kita bukan hanya pada pihak kerajaan yang menaja pembelajaran kita di sini, tetapi kita juga ada tanggungjawab pada "tuan besar" yang menciptakan kita. Di mana syukur kita pada Dia yang menciptakan dan memberikan segala nikmat pada kita hingga ke saat ini??
Alhamdulillah...dalam kesibukan dengan hal di lab, Allah masih beri saya kekuatan dan himmah untuk sama-sama dengan sahabat lain meneruskan usaha kami memberi nafas baru islam kepada bumi sakura ini. Siapa lagi yang perlu meneruskan perjuangan murni Rasulullah s.a.w dan para sahabat suatu tika dulu kalau bukan kita ummatnya yang masih bernyawa atas nama islam?Malah tanpa perjuangan baginda dan sahabat dahulu, tak mungkin kita dapat menikmati nikmat islam pada saat ini. Berdoalah selalu moga kita terus berada dalam iman yang sejahtera dan jadilah muslim yang hari demi harinya ada pembaikan iman di jiwa sebagai tanda syukurnya kita atas nikmat Islam.
Tak sabar rasanya menanti autumn gathering yang bakal menjelang 2 minggu dari sekarang. Moga Allah permudahkan dan berikan yang terbaik dalam perancangan kita kerna hanya Dia sebaik-baik perancang.
Ketetapan ke atas setiap insan semuanya telah tertulis dalam kitabNya. Alhamdulillah kejayaan lulus dalam entrance examination for master bagi Nara Institute of Science & Technology(NAIST) sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk saya meneruskan pengajian di sini. Mungkin ramai yang tidak pernah dengar tentang universiti ini kan?
NAIST merupakan sebuah national university di Jepun yang hanya menempatkan pelajar di peringkat master dan Phd. Di dalam bidang research dan facilities, NAIST menduduki tangga pertama antara universiti-universiti di Jepun, malah mengatasi tokyo university..=)
Saya sendiri terkejut apabila diceritakan oleh professor di sana tentang hal tersebut. (huhu mampu ke level saya yang xseberapa nih..=)
InsyaAllah, mungkin itu yang terbaik untuk saya kan? Doakan juga ye moga dipermudahkan permohonan scholarship nanti.
(ada juga yang mencadangkan saya juken exam untuk kobe univ bln 2 nanti...hmm??terserah pada petunjukNya)
Sebenarnya, hari ini masuk hari ke-2 saya tidak ke sekolah lantaran mendapat cuti free dari doktor yang menasihatkan saya berehat di rumah selama 5 hari mulai isnin lepas. Sebabnye??
Hehe...pada hari ahad lepas, setelah pulang dari rumah sahabat saya di gifu, tiba-tiba saya diserang demam panas dan badan memang sangat lemah pada malam itu. Saya gagahkan diri bangun jam 3~4pagi untuk menyiapkan slide bagi presentation keesokan harinya. Tapi, ternyata saya asyik tidur lantaran badan yang sangat lemah. Keesokan paginya, saya bangun seperti biasa dan cuba menyiapkan kerja yang terbengkalai. Tanpa disangka, tiba-tiba suhu badan naik mendadak. Lalu saya terus ke klinik yang berdekatan dan akhirnya doktor mengesahkan saya positif influenza A. Terpaksala dikuarantin di rumah selama 5 hari dan akhirnya saya tak dapat menghadirkan diri ke lab untuk sesi presentation. Alhamdulillah, saya terima dengan redha takdirNya ini. Sakit pun satu nikmat kan?Mungkin Allah ingin memberi ruang pada saya untuk memantapkan tarbiyah diri yang makin kering lantaran kesibukan di lab dan program-program yang bakal menjelang. Jadi, Dia kurniakan cuti yang panjang nih.Boleh jadi ulat buku kut seminggu nih...hihi=)
Adik saya di kinki,osaka pun dah disahkan positif influenza A. Moga Allah terus lindungi kita dari sebarang musibah ye..InsyaAllah setiap ujian dariNya itu satu nikmat buat kita sebenarnya.
cikgu saya kata, org yang tak demam tuh, die baka..Memandai jek sensei nih..hehe
so, kalo demam tuh, ternyata, kak ayu, org yg bijak pandai..
hihi..Nara Sentan Insei damon..:D
Penyakit itu semua dari Allah dan Allah sendiri pengubat segala penyakit. Tiada kaitan sama ada seseorang itu pandai ataupun tidak...^_^
Ini pula saya kongsikan kata-kata dari seorang adik yang turut membuat saya tersenyum;
"Sesungguhnya ujian kesenangan itu mudah menyebabkanmu alpa, tetapi ujian kesusahan akan lebih mengingatkanmu akanNya.Jazakallahukhair antunna atas keperihatinan dan kasih sayang yang antunna berikan walaupun kita berjauhan...Moga ujian Allah itu terus mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama kita.
Sabar dan takwa tanpa henti."
InsyaAllah jika berkesempatan lagi saya akan menulis di sini. Maaf ye mungkin entry kali ini tak banyak menambah iman..huhu=)
"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dair jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-An`am:153)










.jpg)



