KOG 2009:Di sini kita bermula...


Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah 3x......
Satu hari suntuk video ini cuba disiapkan dan akhirnya siap juga:)
Setelah sebulan program Kansai Onna Gathering(KOG) berlalu, baru dapat disiapkan videonya. Maaf atas kesibukan saya sendiri dan sahabat lain sepanjang spring holiday ini. Jazakallahukhair buat semua yang menyertai program yang julung-julung kali diadakan di kawasan kansai ini. InsyaAllah, moga program seperti ini mampu menjadi pemangkin dalam perkembangan dakwah islamiyah di seluruh bumi jepun yang kebanyakannya masih dahagakan sinaran nur Illahi. Sungguh saya rindukan kemanisan ukhuwah yang terjalin sesama kita=)

Buat adik-adik dan sahabat yang dikasihi, jangan jadikan pertemuan kita ini hanya sekadar kenangan, namun jadikanlah ia sebagai titik tolak kita mengenal kembali "SAYA" iaitu diri kita sendiri. Sejak kita dilahirkan ke atas muka bumi ini, sedar atau tidak, masih banyak rahsia kejadian diri yang belum kita ketahui dan perlu dipelajari dalam rangka mengenali diri dan pencipta kita sendiri. Ingatlah ISLAM kita bukan hanya pada kad pengenalan, tapi adalah suatu nikmat yang amat berharga. Bagaimana kita akan merasai nikmat sebagai MUSLIM selagi kita tidak mengenali pencipta kita dan asal-usul kejadian kita serta mengapa kita diciptakan. InsyaAllah moga Dia sentiasa memimpin kita ke jalan yang diredhaiNya.

"Keep Sharpening your mind as a Muslim"

p/s: boleh jugak membaca entry penuh di IniCeritaKita. Kepada yang tidak dapat sertai kerana musim exam, insyaAllah kita jumpa di program akan datang.Nantikan hebahannya=)

4 comments:

Ainul Arina Madhiah said...

salam ziarah dan salam taaruf..

tertarik tengok blog ni sebab pertamanya sama template. Lepas tu suka pulak isi-isi nya. ^_^

Bagusnya ada program macam ni. Semoga bermanfaat untuk sister-sister di sana.

FloWeR LoVeR said...

Salam taaruf adik ainul...
time kasih kerna sudi melawat blog akak=)

Moga apa2 pengisian yang bermanfaat di sini dapat dikongsi bersama.
Marilah berjaulah ke jepun..boleh kita berkongsi pengalaman dan berkenal rapat lagi..insyaAllah:)

Ainul Arina Madhiah said...

akak, nama akak apa ye? Ainul nak mintak izin linkkan blog ye?

FloWeR LoVeR said...

Salam taaruf ainul...ble aje pggl akak kak ayu=)
ttg link tu, silakan...jzkk^_^