siku-siku kehidupan


Teringat poem "the road not taken" yang belajar kat sekolah dulu....


TWO roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;


Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim,

Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same,


And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back.


I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I—

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.


Sepanjang hidup di atas muka bumi ini, sedar tak yang kita seringkali akan sampai ke persimpangan jalan, memerlukan kita untuk membuat pilihan antara 2 jalan, jalan A atau B. Mustahil kita akan memilih kedua-duanya kerna itu di luar kemampuan insani. Walau macam mana susah sekalipun, pasti kita akan membuat satu pilihan. Pernah tak kita terfikir mengapa perlunya kita membuat pilihan, kadang-kadang hanya untuk satu hal yang kecil sahaja??


"Kan senang kalau hidup ni hanya ada satu pilihan, xpayah nak susah2 kita fikir sekadar utk memilih jalan/pilihan terbaik......"


Itulah fitrah kehidupan manusia .Masakan Allah menjadikan manusia itu sia-sia sahaja, membiarkan ia hidup di muka bumi ini dengan mudah tanpa sebarang tangunggjawab dan ujian. Dari sinilah datangnya hikmah Allah wujudkan siku-siku kehidupan dalam kehidupan hambaNya bergelar manusia. Di setiap siku, pasti ada satu pilihan yang akan membawa kita kepada satu jalan yang lurus dan satu lagi pilihan adalah jalan yang menjauhi kita dari jalan lurus itu. Kerna itulah Allah ciptakan syaitan dan nafsu untuk menggoda kita dalam membuat pilihan yang menentukan destinasi seterusnya dalam kehidupan kita.Siapa yang gagal dengan ujianNya ini, maka pilihan yang dibuat akan semakin menjauhinya dari jalan yang lurus itu. Namun sahabatku, ingatlah rahmat dan kasih sayang Allah mampu mengatasi segala yang lain. Dia akan sentiasa memimpin kita kepada pilihan yang baik yang bersesuaian dengan kita kerna sebagai pencipta, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Justeru, jika kita tersalah pilih jalan, janganlah salahkan Allah tetapi salahkanlah diri kita. Allah sentiasa memimpin kita ke jalan yang diredhaiNya, tapi kelemahan iman mampu menyebabkan kita tersalah pilih jalan dan akhirnya menjadi sahabat syaitan...nauzubillah!!


Masih ingat lagi waktu kecil-kecil dulu. Selepas keputusan UPSR keluar, saya sangat berharap dapat masuk sekolah aliran agama seperti SMAP Labu, lagipun kakak-kakak saya juga dihantar ke sekolah-sekolah agama, jadi faktor ini agak mempengaruhi saya. Namun, ternyata rencana Allah itu lebih baik. Saya dipilih untuk memasuki sekolah aliran sains dan bukannya agama iaitu soksek@SMSTSSS, satu-satunya SBP di pulau pinang. Ditakdirkan pada masa sama saya turut mendapat tawaran dari sebuah sekolah agama di pulau pinang, walaupun bukan SBP tapi antara sekolah yang terhebat juga di sekitar pulau pinang dan kawasan utara. Namun, atas nasihat cikgu-cikgu dan keluarga, akhirnya saya membuat keputusan untuk ke soksek. Masih ingat lagi sebelum hari mendaftar, saya menangis teresak-esak hanya kerana sedih lantaran tak dapat nak belajar bahasa arab seperti mana kakak-kakak saya yang lain(hihi..kelakar plak teringat kisah dulu-dulu). Mungkin ketika itu saya fikirkan sekolah menengah sains nih takde belajar bahasa arab dan agama sangat. Pada hari pertama mendaftar di soksek, tanpa diduga saya ditempatkan di kelas 1 cendekia, yang mana bahasa asing bagi kelas tersebut adalah bahasa arab. Alhamdulillah terubat kesedihan saya waktu itu....Betullah ayat-ayat cinta Illahi dalam surah al-baqarah ayat 216:


"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."


Dalam setiap pilihan yang kita buat, pasti Dia di situ memimpin kita ke arah jalan yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya rencanaNya lebih sempurna dan terbaik untuk setiap hambaNya. Akal manusia tidak mampu untuk memikirkan apakah yang bakal berlaku seterusnya dalam kehidupannya di dunia ini. Yang penting adalah banyakkan solat istikharah dalam setiap pilihan yang kita buat, banyakkan berdoa moga Allah sentiasa memimpin kita kepada jalan yang benar serta belajar bertawakal kepadaNya.Sepanjang 5 tahun belajar di soksek, saya tidak pernah rasa menyesal ditempatkan di situ, sebaliknya di situlah saya mula mengenali usrah( even bukan yang macam mana saya faham sekarang..), dibelai dengan surah-surah hafazan, solat jemaah setiap waktu, al-maksurat setiap petang, dididik menjadi menjadi seorang "daei" walaupun kefahaman tangunggjawab seorang muslim itu belum diketahui. Sekurang-kurangnya saya bersyukur kerna didedahkan dengan "biah islami" yang sedikit sebanyak telah membentuk peribadi saya dan kesannya saya rasai hingga kini. Jazakalluhukhair buat ustazah aisyah, ustaz khairul dan abah(ustaz saedin) yang banyak memberi pengaruh dalam usia awal saya berjinak-jinak dengan islam. Hingga kini, setiap kali pulang ke malaysia, saya pasti akan mengikuti mak dan ayah ke masjid di kampung saya sebab rindu untuk mendengar kuliah subuh dari ustaz kesayangan saya, ustaz khairul. Alhamdulillah, walaupun sudah tamat sekolah masih berpeluang mendengar suara ustaz yang banyak menyentuh hati saya sejak menjejakkan kaki ke soksek. Masih ingat lagi, setiap kali ada ceramah atau kuliah dari ustaz, pasti nota poket berwarna hijau yang saya simpan dari form 1 akan dibawa. Bagi saya, bait-bait hikmah yang keluar dari kata-kata ustaz sangat penting sebagai peringatan kepada diri sendiri.



-spm 2003-


Masih terasa kehangatan pelukan ustazah aisyah ketika hari peperiksaan SPM diumumkan. Saya agak kaget tika itu. Keputusan penuh masih belum diumumkan, tiba-tiba ustazah datang dan terus memeluk saya. Beliau memberitahu keputusan peperiksaan saya sambil berbisik, lantas air mata jernih mula membasahi pipi saya. Ustazah tenangkan saya dan nasihatkan saya banyak bersabar. Rupa-rupanya saya antara pelajar terawal yang dibuka slip keputusan oleh cikgu-cikgu yang lain dan mereka agak terkejut dengan keputusan SPM saya. Dua subjek yang selalunya saya skor A bertukar menjadi B3. Peristiwa ini banyak mengajar saya untuk bersikap redha dengan ketentuanNya dan "never give up". Kini, sejak mula memahami konsep tawakal yang sebenarnya, saya sedar ketika di sekolah dahulu saya sentiasa mengharapkan pertolongan Allah tapi tidak tahu untuk bersikap redha dengan takdirNya. Alhamdulillah, kerna rahmat dan kasih sayangNya serta keputusan cemerlang subjek-subjek yang lain telah membawa saya ke sini, bumi sakura yang saya impikan sejak di awal persekolahan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.......


Di sinilah saya mula mengenali "jahiliyah" dan di sinilah juga saya mula mengenali "tarbiyah". Ketika tahun pertama di bumi jepun ini, saya rasakan setiap pilihan yang saya buat semakin menjauhi "jalan lurus itu". Saya dibuai dengan cinta duniawi dan sentiasa ingin merasai keseronokan seperti teman-teman lain rasai. Syaitan sentiasa mencucuk-cucuk hati yang lemah ini dengan menimbulkan rasa bosan digelar "budak baik dan skema". Namun, Allah itu Maha Penyayang. Di setiap kali saya lalai dan leka dengan pesona duniawi, pasti akan terdetik rasa gusar di hati dan sering persoalan ini timbul, "betul ke apa yang sedang aku buat ini??"

Alhamdulillah, ketika di pertengahan tahun kedua di jepun, Allah beri petunjukNya lagi dan tika itu saya betul-betul yakin bahawa apa yang saya buat selama ini salah di sisi islam. Solat di awal waktu, solat sunat tak ditinggalkan tapi hati sangat kotor. Hanya mengingati Allah ketika beribadat tapi di lain waktunya leka dengan "pesona duniawi". Ternyata keputusan untuk meninggalkan semua itu telah membawa saya hingga berada di dalam sistem tarbiyah saat ini. Ketenangan ramadhan 2007 sehinggalah saat seorang sahabat mengajak saya ke autumn gathering 2007 dan jaulah UK/Ireland spring 2008. Alhamdulillah, siku-siku jalan yang saya telusuri kini sentiasa disinari cahaya rahmat dariNya. Namun, rasa gusar di hati masih mencengkam jiwa. "Apakah pilihan yang akan dibuat kelak??? Masihkah aku akan terus terpilih untuk berada di jalan ini?"


"Wahai Pembolak-balik hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu"


Sahabat yang dikasihi, setiap dari kita diberi pilihan dalam hidup ini. Walau sejahil dan seteruk mana sekalipun diri kita, ingatlah Allah sentiasa di situ memimpin kita ke arah pilihan yang terbaik. Kita berhak untuk memilih.Kerna itu Allah kurniakan akal yang tiada pada makhluk lain. Berfikirlah secara rasional......

Dan mereka berkata,"Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan(peringatan itu), tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala."(Al-Mulk:10)

Teruskanlah berdoa moga Allah mengurniakan hidayahNya pada kita. Sampai bila kita mahu hidup tanpa arah tujuan bagaikan robot yang akhirnya penat dengan kitaran kerja yang sama berulang kali, setiap hari.?Hidup kita bukanlah sekadar tidur, makan, belajar, kerja, main, shopping, dan kemudian tidur balik. Jangan fikir tiket sebagai muslim sudah cukup untuk menjamin kemasukan kita ke syurga selagi taggungjawab ibadah dan khilafah tidak dilaksanakan. Mohonlah pada Allah moga kita terpilih untuk menghadiri majlis-majlis ilmu demi mengenal pencipta dan diri kita sendiri.....InsyaAllah, Allah sentiasa mendengar rintihan kita siang dan malam. "Telefon" Allah tidak akan pernah busy untuk panggilan dari hamba-hambaNya yang mahu bertaubat. Mungkin sahabat kita akan busy untuk menjawab panggilan, tetapi Allah tidak. Dia sedia mendengar luahan hati kita bila-bila masa sahaja.

"Barangsiapa yang mendekat padaKu sejengkal, maka Aku akan mendekat padanya sehasta;barangsiapa yang mendekat padaku sehasta,maka Aku akan mendekat padanya sedepa;dan barangsiapa yang datang padaKu berjalan,maka Aku (akan) mendatanginya dengan berlari-lari kecil."(HR Bukhari dan Muslim)




-@mamalinda`s house,saitama -


p/s: rindunye nak balik kobe...huhu=)

2 comments:

Anonymous said...

salam ayu.. you've changed a lot, hihi, i'm proud of you.. moga Allah sentiasa memimpin kita dalam siku hidup yg diredhainNya.

"Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan.. bukan pada manisnya ucapan di bibir.. tetapi.. pada ingatannya terhadap sahabatnya di dalam doanya" Imam Al-Ghazali

Jpe wiken ni.. hati2 dlm perjalanan, kem salam knda :)

FloWeR LoVeR said...

wsalam wbt...arigatou kak ateen:)
amin~~

InsyaAllah...doakan kami due selamat sampai....masak sedap2 ye..hihi~~~